Thursday, November 20, 2014

Resepi makanan untuk bayi/kanak-kanak - Nasi Tomato Salmon

Thursday, November 20, 2014 2
Kali ini aku nak sertakan resepi nasi tomato salmon
yang selalu aku buat untuk Qaseh.. Berselera Qaseh makan kata pengasuh dia.
Tapi baru semalam aku rasa betapa sedapnya nasi tomato itu.
 Tetiba teringin nak masak nasi tomato salmon 
untuk family makan. hahahaha.
Dibawah aku sertakan resepi dan cara-cara membuatnya.
Selamat mencuba. Kalau ader yang dah cuba sila comment ye..

Bahan-bahan
Beras yang direndam terlebih dahulu
Isi ikan salmon fresh - di potong dadu
Susu full cream/whipping cream
Bawang merah,putih dan halia di kisar halus
Sebiji tomato - dibuang kulit dan di cincang
Sleri yang dicincang halus
Carrot yang di cincang halus
Tomato sos dalam tin
Himalayan salt
Black papper
Butter
** sukatan ikut masing-masing**

Cara membuatnya:
1) Panas kan periuk dan masuk kan butter. Hingga butter cair
2) kemudian masukkan bahan yang dikisar halus hingga kekuninggan
3) Masukkan isi salmon tadi dan gaul hingga masak.
4) masukkan tomato yang dicincang tadi dengan 3 sudu tomato sos.
Biar hingga mereneh. 
5) Masukkan kan sayur-sayur tadi dan biar hingga semua sebati dan layu.
6) Baru masukkan air dan susu , biarkan hingga mendidih. Kemudian
masukkan beras yang direndam dan dicuci bersih.
7) Perisakan dengan garam dan black papper. 
8) Tunggu hingga nasi masak dan boleh di hidangkan.

** Untuk Qaseh, aku buat biar lebih air. Bukan sampai jadi bubur tadi lembik.
Senang dia nak kunyah.

NASI TOMATO SALMON


SELAMAT MENCUBA


Wednesday, November 19, 2014

Resepi makanan untuk bayi/kanak-kanak - Nugget ayam

Wednesday, November 19, 2014 0
Rasanya dah lama tak cerita pasal makanan kan.. 
Ishkk ishkkk macam blogger terkenal pulak.
Letak dalam blog pun bukan ader orang yang baca pun kan.. 
Tak pe la untuk diri sendiri je la.
Sejak du amenjak nie aku keje duk mengoggle je resepi untuk Qaseh.
 Ye la hari-hari bagi makan
nasi lembik bosan gak kan dia.. so saje duk google cari resepi breakfast la.
So dapat la satu resepi simple. Nugget ayam. So bolehla bagi pada Qaseh
tanpa rasa bersalah kan.. Dengan riak lagi..hahahaha gurau je.
So aku bentangkan resepi nugget ayam berkhasiat.

Bahan - Bahan
Isi ayam - direbus separuh masak+ dan dikisar hancur
Garam
Lada hitam
Paprika (optional)
Telur
Serbuk bawang putih
4 keping biskut cream cracker

Cara membuatnya.
1) Campur semua bahan kecuali biskut cracker.
2) Isi ayam yang digaul tadi dibentukkan ikut suka hati anda.
3) Biskut tadi dihancurkan. Aku buat sebagai bread crumb.Jimat dan berkhasiat kot
4) Golek-golek kan isi tadi di dalam serbuk biskut tadi.
5) Boleh terus digoreng atau simpan dalam freezer.


NUGGET AYAM 



Tuesday, October 7, 2014

Petua melegakan batuk dan selsema pada bayi

Tuesday, October 07, 2014 0
Petua nie aku dapat hasil dari google jugak.
Seminggu sebelum Paksu Qaseh nak bernikah di Johor, 
Qaseh dah start demam, batuk dan selesema.
Orang-orang tua cakap sebab nak bertukar bulan, 
means umur tue nak masuk setahun ke , 2 bulan ke.

So, bila dah batuk dan selesema confirm malam mesti tidur tak nyenyak.
Asyik batuk je. So kesian pulak dekat anak dara nie, aku terus google la
 apa-apa petua yang boleh dilakukan untuk mengurangkan batuk dan selsema. Dapat la petua yang selalu orang guna.

Untuk Selsema dan Batuk Bayi


1. Bakar bawang putih (jangan buang kulit) dan lenyek sedikit dengan minyak zaiton. Kemudian sapukan pada dada, belakang dada, tapak kaki dan ubun-ubun. Alhamdulillah, kurang sikit Qaseh batuk dan selsema
2. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah 
disagat pada tepi lesung.



3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan 

    menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-

    ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi 

    sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.



4. Sediakan sup ayam. Yang nie kita selalu tak perasan. Makanan panas boleh 
merawat selesema dan batuk



5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya. Atau  sapukan minyak telon selepas mandi di ubun-ubun,tapak kaki bayi 

    selsema selepas mandi



6. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
7. Habbatulsauda pun boleh bagi pada bayi. Makanan sunah lagi kan.





Apabila Bayi Demam


1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi,    

    celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut. Tapi aku letakkan cuka masak dalam air untuk di tuam atas badan dan dahi.





2. Monitor suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat 

    pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga


Saturday, September 6, 2014

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA SAYANG

Saturday, September 06, 2014 0
ALLAHUAKBAR
ALHAMDULILLAH KE HADRAT MU YA ALLAH

5 September 2014 genap Fey Qaseh Nausheen berusia setahun.
Mama dan baba cukup excited bila Qaseh nak setahun nie..
Macam-macam dalam kepala memikirkan nak buat birthday party la.
But at this moment, mama dan baba kena lebihkan keselesaan kita dahulu 

Memikirkan pasal nak pindah ke rumah baru kita. 
In sha allah tahun ini jugak kita akan berpindah ke rumah baru kita.
Mama dan baba akan sedaya upaya beri yang terbaik untuk Qaseh.
Semoga rumah kita nanti akan buat kita lebih selesa.


5 Sept 2013 - Hari pertama Qaseh melihat mama baba
5 Sept 2014 - Selepas 365 hari
Apa-apa pun, mama dan baba akan sentiasa doakan Qaseh membesar sihat. Jadi anak yang solehah, mendengar kata orang tau, berbudi bahasa dengan semua orang, rajin berusaha, 
jangan cepat mengalah dan berjasa pada agama, bangsa dan negara.

MAMA & BABA
  YOU, FEY QASEH NAUSHEEN

 
Youtube: Selamat Ulangtahun sayang by Imran Ajmain

Tuesday, June 24, 2014

ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH ......

Tuesday, June 24, 2014 0


Sebelum ini pun telah aku tulis didalam blog bahawa aku cukup sensitif bila mendengar atau melihat kejadian yang menyayat hati melibatkan kanak-kanak.
Cukup sensitif. Aku yang dulunya hati kental, tak kisah untuk menonton video penderaan, kekejaman terhadap anak2 tapi kini aku tidak mampu untuk melihat walaupun aku cuba untuk mendengar sahaja.

Aku akui aku menjadi seorang yang lembut hati dan ngilu melihat akan video-video itu. Tak termampu untuk memainkan video-video lagi. Selepas aku melahirkan Qaseh.
Benar kata orang, naluri seorang ibu begitu kuat. Cepat tersentuh dan sensitif. Aku macam dapat merasakan yang aku melalui detik-detik itu. Saat yang menyakitkan, menyedihkan, menakutkan dan segala jenis perasaan yang tidak baik.
Gambar Pelajar OKU
Gambar: http://www.beritasemasa.com.my

Sekarang sedang rancak bercerita tentang seorang ibu yang sanggup membiarkan anak OKU nya hidup dalam keadaan yang menyayat hati. Ditinggalkan berkurung didalam bilik yang busuk dengan najis dan air kencing merata-rata, keadaan baju yang sudah reput dan lebih memilukan keadaan diri anak itu kurus kering.  YA ALLAHHHHHHHH..... begitu kejam ibu itu. Sanggup membiarkan anak istimewa itu sedemikian rupa.  Anak bakal ahli syurga yang dibiarkan dan diperlakukan sekejam itu. Subhanallah.... Mana perginya naluri keibuan mu ?
Anak-anak anugerah Illahi yang begitu bernilai diperlakukan begitu... Sebak bila aku megenangkan nya ... 

Alasan-alasan yang kau berikan tidak bermakna bagi kami kerana tidak boleh diterima akal.
Kami tahu kesusahan mu membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal tapi bukan ini cara yang kau harus lakukan pada anak istimewa mu itu. Tak dapat aku luahkan betapa geram, sedih dan marah nya diri ini bila membaca isu itu.

Semoga kau akan sedar dan insaf atas apa yang telah kau lakukan pada anak itu. Semoga Allah swt membuka pintu hati mu wahai ibu... Aku dan rakyat malaysia akan berdoa untuk anak mu untuk terus sihat dan kembali seperti sedia kala.. 

Note:
Anak adalah anugerah yang paling terindah. Semoga mama dan baba akan menjaga dan memdidik Qaseh menjadi anak yang solehah dan sempurna mental dan fizikal ke arah SyurgaMU...

Saturday, April 5, 2014

Qaseh dah tumbuh gigi..yahoooo

Saturday, April 05, 2014 0
Actually entry nie dah lama tulis tapi tak di postkan huhuhu
sebab konon nak edit lagi la. huhuhu

Kisahnya Qaseh diserang demam yang pertama after 6 months dia lahirkan.
Ya Allah, hati mama Qaseh memang tak keruan. Terpaksa la ambik EL
Nak monitor temperature badan Qaseh.
Nak jadi pulak, baba Qaseh pulak nak balik kampung waktu tue.
Ader hal penting yang harus diselesaikan.

Tapi alhamdulillah, baba Qaseh dah mintak tolong nenek dan atok Qaseh datang
teman Qaseh dan mama buat 2,3 hari nie.
Dan pulak nak jadi cerita sedih, air tak de. Kena catu
Subhanallah, memang dugaan. Ader tadah air satu bekas je
tapi faham-faham je la baba Qaseh mandi pakai air banyak tauuuu
(Hihihihihi gurau je tau baba Qaseh)

Nenek dan atok Qaseh plan nak datang petang jumaat tapi 
mama Qaseh bagitahu Qaseh demam, terus nenek dan atok 
sampai KL pukul 11 pagi. Peeerrrghhhhh sayang betul nenek dan atok kat Qaseh yee...

Uuusshhhh... meleret lak cite nie. Ok berbalik pada story 
Sejak 2,3 menjak nie Qaseh asyik menggigit je. Jari mama baba pun dia belasah gigit.
Ada satu hari, masa sedap dia menggigit tiba-tiba....
terasa ader benda keras dekat gusi Qaseh.

Apa lagi mama Qaseh godek la mulut dia tengok-tengok
ada sebatang gigi dah tumbuh sikit.
Patut la air liur dia mencurah bak air terjun Victoria tue..
Rambut mama dah lama berguguran ke lantai dan satu rumah, so mama tak kisah
kalau mama botak pun. Cuma risau baba Qaseh la tak selera tengok mama botak nanti
HAHAHAHAHAH

Maybe demam 2,3 hari nie pun sebab nak tumbuh gigit tue kot.
Then lagi cuaca panas dengan berjerebu lagi.
Kesian Qaseh. Bila malam je badan dia panas je. Ader sampai 37.8 jugak la
Malam-malam nenek ngan atok bangun sama jaga Qaseh.
Nenek siap lap-lap badan Qaseh dengan kain basah tau.
Mama dengan nenek tidur tak lena sebab nak monitor body temperature Qaseh.

Tapi Qaseh good girl sangat. Tak merenggek pun just Qaseh  akan 
guling- guling, baring, tidur je atas comforter. 
Bila dah lama sangat, baru merenggek nak susu or nak tido je.
Mama tahu Qaseh tak selesa badan. Dengan selsema dan batuk-batuk.
Skrg dia dah ok.

Note: Mama baba Qaseh excited sangat bila si anak dah mula ader gigi.
Dan dah ajar sikit makan solid food. Cuma tak kerap bagi sangat la..
Selang 2 hari bagi makan solid food.

Tuesday, February 18, 2014

NALURI SEORANG IBU TIDAK PERNAH SALAH

Tuesday, February 18, 2014 0
NALURI SEORANG IBU TIDAK PERNAH SALAH | Memang benar orang berkata, bila kita jadi ibu baru kita tahu perasaan sakit dan sedihnya bila sesuatu buruk berlaku pada anak. Even akan ada satu rasa bila sesuatu berlaku pada anak kita kan? Liez juga ada naluri keibuan yang begitu. Hati akan rasa gelisah sehari sebelum kalau anak-anak nak sakit.

Aku terbaca entri Mazidul Akmal Sidek yang menunjuk kan gambar seorang kanak-kanak 
dilekatkan pita pelekat dimulutnya ketika tido. Ya Allah, sakit dan sedihnya Liez rasa.
Kenapa la manusia makin hari makin kejam ? Makin tiada keperimanusiaan ? Aku setiap kali terbaca atau ternampak gambar kanak-kanak didera atau kanak -kanak mangsa peperangan mesti tersentuh hati. Dan pasti aku akan terbayangkan Qaseh hati.

Ya Allah, semoga KAU lindungi anak ku dan jugak semua kanak-kanak didunia ini
Jauhi dari kecelakaan dan musibah.

Qaseh mama baba, Mama dan baba akan sentiasa doakan Qaseh didalam 
lindungan Allah SWT. Mama dan baba sayang Qaseh





Tuesday, January 28, 2014

PETUA MENGHILANGKAN RUAM PADA MUKA BAYI

Tuesday, January 28, 2014 17
Alkisah, tiba-tiba pipi anak dara kecik tue kena ruam.. Banyak pulak tue klau tgk dah macam clown pakai pemerah pipi tue.. Maybe ruam susu. Ye la, selalu bila menyusu je tido then susu tue meleleh la ke pipi.. Babysitter dia pun tak lap muka bila lepas menyusu. Tue yang tumbuh ruam. Tapi bagi aku tue normal untuk semua baby melaluinya.
Cian Qaseh mama, tiba- tiba kena ruam kat muka
Dah tak comey weiiiiii .....
Aku pun google la ubat ape yang boleh mengubati ruam tue.. Ader yang aku baca beli virgin coconut oil (VCO) Aku pun plan nak beli la. Bila aku google product yang sesuai untuk baby, ader la 1 brand VCO yang agak famous la untuk kegunaan baby tp harganya mahal. Seratus lebih jugak la.

Bukan berkira untuk anak tp macam melampau pulak harganya. Goggle lg. ader yang kata beli krim dekat farmasi. Tp bila aku pergi farmasi dan baca kandungan bahan dalam krim tue buat aku terfikir pulak. Bahan kimia nak diletak kan di pipi Qaseh, dengan dia sekarang dah pandang hisap jari semua. Macam merbahayakan je kan.. So aku pun terus mengoggle Mr Google. 

Nak jadi cerita, lepas je aku mandi boleh terpandang botol minyak olive oil. Aku guna olive oil untuk remove make up.Aku belek dan baca isi kandungan minyak dan sesuai untuk bayi. Apa lagi, aku try sapu pada muka Qaseh. Aku kerap sapu lepas mandi pagi dan petang.
Olive oil Syahirah yang digunakan. Memang berkesan
Alhamdulillah, dalam masa 3 hari ruam tue dah kecut.. Masuk hari ke 5, hilang dah ruam-ruam tue semua. Kulit Qaseh pun dah bersih dari ruam. Bertambah lembut sebab aku still jugak sapu Dekat pipi dia walaupun dah ruam dah hilang. Lega rasanya. Boleh la mama fikirkan pulak urusan untuk aqiqah minggu depan.

Kalau tidak susah hati tgk muka anak dara tue comot dengan ruam tue.
Tadaaaaaa ...... Licin kan kulit Cik Qaseh kita nie
So, boleh la melaram Cik Qaseh kita dihari aqiqah nanti ye..Hihihihi
Baru comey nak oooooiiiiiii

Monday, January 13, 2014

PERKATAAN PERTAMA QASEH SEBUT??

Monday, January 13, 2014 2

Yahoooo.... Qaseh aku tiba- tibe je menangis dan sebut " Ma Ma".Waaaaaaa~ Happy giler melompat hingga langit ke -7,Haaa tipula tue sampai ke langit kan....

Tapi memang happy giler bila Qaseh sebut " Ma Ma" tadi. Nampak tak pengaruh aku lebih mempengaruhi dari baba dia... hihihiihi~

Malam nie dua kali dengar dia sebut "Ma Ma" bila menangis. Aloo aloooo bushuk masham mama nie..manja ye

Buat my Dearie tersayang, jangan jeles ye. Mama takkan biarkan Qaseh sebut "Ma Ma" je
Mama akan ajar dia sebut "Ba Ba" atok" Nenek" opah" dan macam - macam nanti. Terasa cepat sangat Qaseh membesar..terlalu pantas. Rasa macam nak undur masa  nak tgk Qaseh masa lahir dulu...

*** tetiba excited blogging on the spot lepas dengar Qaseh sebut " Ma Ma"
Sambil pangku Qaseh tido di dakapan

Sunday, January 12, 2014

Saat - saat melahirkan ........ (Part 3)

Sunday, January 12, 2014 0
JENG..JENG..JENG

Doctor tue datang rupanya untuk check bukaan.... Huwaaaaaaaa malu makkkk !!!
Sekali dia seluk.. Uiisshhhh sakit giler huhuhu 
Doctor kata dah bukak 5cm dan dia yang pecahkan air ketuban ku
Rasa panas bila air ketuban pecah. Dan tak rasa sakit.

So lepas je doctor blah, nurse dah bagi 1st induce. Tak rasa ape-ape pun lagi. Then datang serombongan doctor wanita masuk dalam labor room. Diaorg nak advice.

Doc: So puan ada rasa sakit sekarang?
Aku: Takde rasa ape-ape
Doc: Ok, kami nak advice puan nak ambik epidural ke?
Aku: (Dengan selamba dan riak) Taknak la, terima kasih
Doc: (Sambil senyum) Amboi confident nya. Nanti kita akan bagi 2nd induce lagi sakit ye.
            Bila bukaan dah buka 7cm kita dah tak boleh bagi epidural pada puan. 
           Jadi puan kena decide.
Aku: Saya yakin saya tak nak
Doc: Ok takpe.. Selamat ye puan

Haaaaa..nampak tak diaorg nie saje je kan nak tawar menawar nie.. Aku memang dah nekad tak nak ambik epidural. Bila dengar benda negative je pasal kesan epidural nie. Nak rasa sendiri sakitnya bersalin. Insya allah semua akan selamat.

Opps lupa pulak nak cerita pasal air selusuh. Actually aku ader air selusuh yang dibuat oleh Achik My dearie kat Ipoh. So nak jadi cerita, masa 4hb malam mak ader pesan suruh minum air selusuh sikit. Minum senyap-senyap..hihihi Bukan ape tau, sebab ader notice tidak dibenarkan bawa atau minum air selusuh atau air jampi di hospital. Hahaha pelik kan
Padahal air je. So aku ape lg malam tue sebelum tidur minum air selusuh sikit.

Masa dalam labor room, nurse ader tanya aku ader air selusuh ke. Aku cakap la ader.Dia pesan suruh Dearie aku bawak bila nak masuk nanti.. So aku ingat dia nak bg aku minum.Tapi bila Dearie aku bawak botol air selusuh, dia biarkan air tue kat atas meja dengan penutup dibuka. So aku macam pelik sikit kenapa dia beriya tanya pasal air selusuh tp tak bagi aku minum pun.

Lepas doctor keluar bilik, Dearie aku sampai. Dalam masa tue, nurse akan masuk kan tiub untuk keluar kan air kencing. Memang senang tapi ader sekali punya banyak air kencing sampai tilam lencun. huhhhhhh lega dapat buang air.
Kemudian nurse bagi 2nd induce. Katanya akan sakit. That time dah pukul 12 la. Haaaaa this time setiap 3-5 minit dah mula contraction. Sakitnya tak boleh nak di describe la. Sebab induce cucuk belah kiri,  sakit tu tangkap ke pinggang kiri sahaja. Waktu nie aku dah macam meronta tak hinggat. Even maybe sakit tangan my Dearie aku ramas. Sampai ader satu ketika aku rasa aku ader sebut nak epidural sebab sakit yang teramat sangat. Memang sakit la.

Dalam masa tue nurse akan akan check bukaan.. Dalam pukul 1.00 petang aku dah mula rasa macam nak berak. Rupa-rupanya memang rasa macam nak meneran buang air besorrr.
That time doctor dah ader. Bagus doctornya sebab dia bagi kata - kata semangat. Tak lupa jugak My Dearie yang tak putus putus bagi kata-kata semangat untuk aku push.Masa push tue memang sakit la. Nafas pendek so ader la beberapa kali  meneram dan alhamdulillah lahir lah permata hati kami yang di tunggu -tunggu setelah hampir 3 tahun berkahwin.

Indah nya perasan bila dapat melihat si kecil manis yang diletak kan di atas dada ku. Subhanallah .... tak boleh nak di ucap dengan kata-kata. Lagi si kecil manis tue dah membuka matanya seperti melihat aku. Ya Allah memang tak boleh nak di ucapkan, semua perasaan bercampur aduk.


Sikecil manis berusia 5 jam

Ketika berusia 10 jam


Saat - saat melahirkan ........ (Part 2)

Sunday, January 12, 2014 0
5hb September  (Khamis 29 Syawal) .........

Pukul 6.00 pagi nurse sudah kejutkan dan suruh pergi ke bilik doctor untuk check bukaan masing-masing.
Macam takut je..macam nervouse je waktu nie ... ye la tak tahu macam maner doc check bukaan kan.Lebih sepuluh orang beratur dan masuk bila nama dipanggil.

Bila nama aku dipanggil, aku terus masuk dalam bilik doctor. Ader 4 orang nurse dan seorang doktor wanita india. Perghhh alhamdulillah, doctor perempuan..pufthhhhh Takut nya klau doctor lelaki. Ye la nak tengok bahagian bawah yang mahal tue maner leh sebarangan..

Pengalaman diseluk tue yang memang sakit. Waaaaaaa rasa macam nak 
tendang je doctor tue... huhuhuhu
Yang suprise nya, doctor cakap bukaan aku dah 4cm..HAAAAAAAA !!!! Memang terkejut sebab tak rasa sakit pun sebenarnya. Aku bagitahu doc yang aku tak rasa sakit pun. Dia kata normal la tue. Dan doctor dan inform nurse untuk bawa aku ke labor room. Lepas je doctor check, nurse tanya sama ada aku dah membuang air besar ke belum. Aku cakap belum la.. Tambah lagi aku jenis susah berak memang tak la kan..
Terus nurse masuk kan cecair sejuk dalam anus aku dan dengan beberapa saat perut sakit sakit yang memulas. Mula la berebut toilet dengan yang lain. Aku terus ke toilet wad sebelah.. 

Bila doctor suruh masuk labour room, aku dah nervous. Terus call My Dearie cakap maybe bersalin pagi nie. Dia terus la gegas datang dan yang pasti dia tak akan sampai awal pada masanya. Dengan keadaan jalan sesak di MRR2 dan bila sampai hospital kena pulak cari parking. Memang susah nak cari parking dia Hospital Ampang sebab ye la kawasan perumahan kan.

Aku mengemas beg dan bila nurse datang dengan wheelchair nak sorong aku ke labor room, aku pesan untuk nurse simpan handbag dan bag baju aku. My Dearie akan 
ambik bila dia sampai nanti.
Dup Dap Dup Dap Dup Dap ....... Aku disorong ke labor room.. huhuhuhu Takuttttttttt tapi masih mengekalkan wajah ayu dan macho...hahaha

Bila masuk area labor room, baru ku tahu rupanya banyak bilik bersalin didalam kawasan ini. Mungkin proses bersalin bersalin lebih sepuluh orang dalam satu masa. Aku tengok nurse sudah bersiap sedia dia bilik masing-masing. Aku nampak box kecil untuk meletak kan bayi selepas dibersihkan.. Membuatkan aku tak sabar untuk melihat dan mencium si kecil ku nanti.

Bila naik je dia atas katil, perasaan takut menguasai diri. Aku whatsapp My Dearie tanya dia dimana. Nurse pun bertanya mana suami untuk dia menguruskan semua urusan membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin. Waktu menunggu tue, aku tak henti2 berdoa dan berzikir. Dan nurse yang bertugas sangat sporting dan lembut. Tiba - tiba datang seorang doctor lelaki chinese masuk kedalam bilik ku. JENG..JENG..JENG


 - BERSAMBUNG - 

Saat - saat melahirkan ........ (Part 1)

Sunday, January 12, 2014 0
Kita selalu disorotkan dengan cerita sakitnya bersalin, koyakan yang besar dibahagian bawah dan tak bestnya bersalin caesarean. Walaupun macam-macam kata-kata "kengerian" dilemparkan, sebenarnya
moment-moment melahirkan adalah yang kenangan terindah buat semua ibu-ibu. 

Begitu juga dengan aku. Saat-saat melahirkan permata hati ku Qaseh begitu indah. Hanya Allah swt mengetahui perasaan ku. Perasaan lega selepas 9 bulan membawa badan yang berat sudah berakhir dan perasaan bersyukur kerana Allah swt mengurniakan kami anak yang sihat dan sempurna.

Aku dikesan menhidap kencing manis ketika mengandung di usia 4 bulan. So, dari awal lagi dah diberitahu aku harus melahirkan pada 5 Sept 2013 kerana takut anak dalam kandungan besar dari saiz sepatutnya. Aku sudah diberitahu untuk "menyerah diri" di hospital pada 4hb Sept jika tiada tanda-tanda bersalin sebelumnya.

Tanggal 4hb September tiba ......
Tiada tanda-tanda aku akan melahirkan diketika ini. Jadi aku telah bersiap untuk menyerah diri di hospital.Perasaan ku dan suami ketika ini sangat teruja tapi hati ku berasa sangat takut. Ye la pengalaman pertama melahirkan adalah saesuatu yang baru dan mencabar. Kami mulakan dengan solat taubat berjemaah. Memohon keampunan dan kekuatan mengharungi detik-detik itu.Menitis air mata kami dan aku tak dapat menyembunyikan perasaan takut. Aku menangis teresak-esak  tapi My Dearie menenangkan diri ini.

Selepas sesi mengemas barang untuk dibawa ke hospital selesai, kami keluar dari rumah dan terlebih dahulu menikmati sarapan pagi. Untuk aku, perlu kerana jika aku dipaksa bersalin hari ini jugak,tenaga yang banyak perlu untuk mememudah dan mempercepatkan proses bersalin nanti.

Jadi kami sampai di Hospital Ampang sekitar pukul 12 tengahari. Setiba disana, jantung ku berdengup makin kencang.. Nervous sebenarnya. Selepas melaporkan diri, aku dibawa ke wad untuk beristirehat sebelum pergi "berjuang" esok hari. Ketika ini, My Dearie, mak dan ayah ku serta adik ku serta isterinya datang melawat. Sedikit sebanyak mengurangkan perasaan takut ini.

Dalam wad, ader la dengar suara seorang ibu meraung kesakitan nak bersalin. Ya Allah, memang waktu tue bertambah la rasa takut huhuhuhu .... Tapi otak ni selalu berpesan untuk berzikir dan baca doa nabi ibrahim semoga hilang semua rasa takut tue. My Dearie teman sampai habis waktu melawat pukul 7.00 malam.Lepas tu, aku mencari kawan sembang.Alhamdulillah ader la 3 orang kawan baru dalam wad tue. Seorang tu dah pecah air ketuban dan dah buka 1cm. Yang sorang lagi lambat lagi nak bersalin tapi ditahan masuk wad kerana baby songsang.Yang sorang lagi tue baru masuk la, sama dengan yang 1st tue dah pecah ketuban tapi bukaan 1cm.

Jadi kami bersembang macam-macam tapi topik utama pasal bersalin la. Pada waktu nie nurse akan datang ke setiap katil untuk check jantung baby, ambik tekanan darah dan bagi makan vitamin . Doctor hanya datang sekali untuk bagi penerangan tentang bersalin. Bila tengah malam, macam biasa la aku memang tak dapat tidur lena sbb tak selesa kan.. sepanjang mengandung dari 7 bulan memang tidur akan terganggu dengan nak ke toilet lagi dengan sakit pinggang dan badan. Tapi kawan katil depan aku tue memamg dia tak tidur sebab dia dah rasa sakit dari saat pecah air ketuban. Kejap-kejap dengar dia ke toilet tukar pad sebab air ketuban. Pukul 3.30pagi nurse datang buat pemeriksaan semula. Dan kami harus bangun pukul 6.00pagi untuk pemeriksaan bukaan.


 - BERSAMBUNG -  



Friday, January 10, 2014

Pengalaman menyusu Qaseh (Part 2)

Friday, January 10, 2014 0
Tapi ikut badan masing-masing la susu banyak ker tak.
Aku buat masa sekarang memang cukup-cukup untuk Qaseh.
Seminggu nak start kerja baru nak beli breast pump.
So memang stock cukup untuk sehari sahaja.
Masa mula, aku bagi 4 tiub susu setiap satu ader 2oz.
Struggle dekat ofis pump susu untuk dapatkan 4 tiub susu tu.
Susu memang tak banyak tapi banyak kali pump la.
Aku nekad pump untuk pastikan Qaseh dapat minum susu aku

Masuk bulan ke 3, aku sanggup belanja duit untuk beli set menyusu shaklee.
Alhamdulillah susu aku pekat dari sebelumnya. Tapi susu still tak berapa banyak.
Aku google petua untuk banyak kan susu dan akhirnya dapat juga
Dengar kata minum air longan dan kurma merah boleh membantu.

Tapi sebelum tue memang macam- macam yang aku lalui
sepanjang menyusukan Qaseh. Nipple aku luka la sebab Qaseh
still tak tahu macam maner nak menyusu.
Lepas tue, bila puting luka akan keluar darah la.
So everytime pump susu mesti susu akan bertukar color jadi pink
sebab bercampur darah. Ape lagi buang la..
Membazir sudah. Lama jugak ku lalui keperitan sakit tue.
Tapi demi Qaseh, aku tahan je.

Sekarang Qaseh dah 4 bulan. Dah bertambah la susu yang dia nak minum.
Sekarang aku akan bagi pengasuh dia 6 tiub setiap satu 3oz.
Alhamdulillah bila minum longan dengan kurma merah tue ader perubahan sikit.
Tapi aku masih lagi pump susu setiap 2 jam untuk
memenuhi demand Qaseh.

Siap bawak breast pump ke ofis. Tapi alhamdulillah
makcik aku memahami dan dia benarkan aku take 5 untuk pump susu.
Sebenarnya berat juga tanggungjawab nak meyusukan anak
sampai 2 tahun klau susu badan tak banyak macam aku nie.

Tapi aku akan cuba sehabis baik untuk pastikan Qaseh
dapat minum setiap titis susu aku selagi ada.
Aku bersyukur sebab aku masih lagi dapat susukan Qaseh sepenuhnya
tanpa susu formula. Macam kawan-kawan yang lain
terpaksa campur susu formula sebab ader yang susu sikit 
dan ada anak tak nak susu badan langsung.

Pengalaman menyusu Qaseh ( Part 1)

Friday, January 10, 2014 0
Segar di ingatan hari melahirkan pertama hati Qaseh ku.
Selepas je dia keluar dari perut aku, nurse meletak kan dia di atas dadaku.
Waktu tue mulut aku hanya ishtifar dan mengucap selepas
bertarung nyawa untuk melihat permata hari ini.

Tapi bila dapat tengok Qaseh di depan mata ku dengan matanya sudah terbuka luas
seperti memandang aku membuatkan aku lagi terharu.
Macam aku baca, sepatutnya baby yang baru lahir kena terusd diberi susu ibunya
Tapi aku tak dapat melakukan nya
Bukan tak nak tp entah la..

Story nya macam nie, lepas nurse bawak keluar babay dari labour room,
aku kena tunggu lama untuk tunggu doc datang
check jahitan. Nurse kata kulit ku nipis dan every time jahit je kulit koyak
That's y kena tunggu doc untuk check jahaitan tue oj ke tak
Nak tunggu doc dr aku selamat bersalin jam 1.30ptg smp 3 lebih.
Dah la baby aku tak dapat susu kan..Doc lambat.

Akhirnya teransfer ke wad balik jam 4.00 ptg bersama Qaseh.
Waktu tue baba Qaseh , parents kami and cousin aku menemani aku.
Dan pengalaman pertama menyusukan Qaseh difikirkan balik memang kelakar

Maner tak nya, malam pertama tidur dengan di kecil memang mencabar.
Cuba susukan Qaseh tp rasa macam susu tak keluar. Qaseh merengek.
Aku tak tido sebab kejap2 Qaseh terjaga. 
Pukul 5 pagi, aku pergi berjumpa nurse yang bertugas.
Bertanya kan pasal kenapa susu aku xde. Hanya keluar titisan berwarna jernih.
Lepas diterangkan baru ku faham.

Tue la masa mengandung tak nak baca buku pasal penyusuan.
Rupanya, memang pada permulaan susu macam ader macam takde.
Tapi lepas banyak hari susu baru ader.
Laaaa, gitu ke rupanya hihihihi. Padan muka sendiri
Gelabah tak tentu pasal la sebab dah niat nak susukan Qaseh
dengan susu badan sepenuhnya sampai 6 bulan.
Kira nak bagi lepas 1 level la.. if after 6 months susu masih ader 
dan cukup untuk Qaseh baru nak fikir bagi sampai 1 tahun.
Dan seterusnya 2 tahun.

Bersambung .....

Thursday, January 9, 2014

Anak oh Anak

Thursday, January 09, 2014 0
Qaseh dah pun berusia 4 bulan . Alhamdulillah manja kami tue makin aktif.
Alhamdulillah sihat cuma selesama kadang2-kadang datang.
Makin meningkat usia dia makin banyak akal yang dia dapat.

Sebelum nie dia suka sangat jelir lidah. 
Nie semua coz baba dia suruh dia jelir lidah for the first time.
Terus dia dah biasa jelir-jelir lidah..biasa tuhhhh !!!!

Then bila aku start bukak kan mitten dia, dia dh mula hisap jari..
oppps hisap tangan mula-mula.Naik lenjun tangan dibuatnya
Tak lama lepas tue dia dah pandai masuk kan jari dia.
Hisap siap ader bunyi lagi..
Hamboiiiiii sedap keeeee ??!!!!

Tiap-tiap hari ader je perangai comel yang buat kami gelak.
Yang best baru-baru nie kami nak sembur hidung dia dengan Sterimar spray. 
So aku pun baru nak tekan tapi dah ader bunyi aku sembur.
Bila tengok hidung Qaseh, ader pulak titisan air.
Cuba lak kat sebelah hidung, sama jugak..
Pelik nya.. Yang Qaseh tersenyum -senyum waktu tue.
So bila aku nak buat lagi sekali, RUPANYA .......

Bunyi tu datang nya dari Qaseh.. Bila aku cakap dengan baba dia,
kami gelak la..Qaseh pun sama gelak macam faham je kami gelak kan dia
coz buat bunyi macam penyembur tue..
Qaseh ooooooiiiiii, cerdik sayang mama dan baba sekarang nie..
Pandai dia trick mama dan baba ye..

Sekarang dia dah nak meniarap. Kawan-kawan sebaya dia
ader yang dah meniarap. Qaseh baru nak pusing2 badan.
Ader skali dia pusing tp sekejap je sbb dia tak reti lagi
nak gerak kan tangan dia yang tersepit.

Takpe sayang mama baba, slow-slow ye sayang.
Yakin BOLEH !!!!