Friday, December 30, 2016

Menang GA Salam Perkenalan by Mashitah Mamat

Friday, December 30, 2016 5
Terkejut jugak dan tak sangka... Sebab Liez memang tak berapa usha sangat blog minggu pengumuman GA by Mashitah Mamat tu.. Tapi tetiba rasa nak tengok la post-post lama yang lain.. Tiba-Tiba nampak nama Liez tang memang 1st price.. hahahahah happy sesangat la.. Terus WA Mashitah untuk claim hadiah.... Teruja sangat sebab Liez bukan orang yang selalu bertuah klau bab-bab ni.. nasib la...hihihi 




Untong la My Dearie dapat perfume... Sedap baunya....


Apa-apa pun terima kasih pada blogger Mashitah Mamat untuk pemberian hadiah GA ini.. Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH SWT...

Thursday, December 22, 2016

FIRST TIME BAWA QASEH TENGOK MOVIE

Thursday, December 22, 2016 6
Dah lama nak bawak Qaseh tengok movie tapi tak kesampaian... Tapi baru- baru nie Liez bawak la dia tengok cerita "SING"... Actually Liez dah layan tengok dengan Dearie...memang best cerita nya... Hahahah good experienced la bawak tengok berdua dengan Qaseh... First memang dia duk takut la kerjanya.. sebab gelap kan... tapi Liez bagitahu its ok..nak tengok cite cartoon ke tak.. so dia senyap sambil layan popcorn non stop..
MULA MULA MUKA EXCITED..TAPI HALFWAY CERITA DIA MULA LA LOMPAT TAK TENTU HALA





Iklan awalnya memang banyak la.... dia duduk tak diam... berdiri, melompat, menari..Bila cerita start bila part nyanyi tu, dia pun sibuk nak menyanyi dan menari-nari.. Nasib la yang menonton pun bawak anak-anak so Liez just biarkan aja...
Even sampai popcorn bertaburan ke lantai, Liez redhokan je...
So moral of the story.. Dia excited masa awal je, bila dah lama sikit dia dah boring.. Nak lompat, panjat sana sini...

Tapi Liez memang suka layan cerita "SING" sebab cerita yang ringan, kelakar dan seronok


Seriously, cerita SING memang best tau...

JOM MASAK : KUIH KERIA GULA MELAKA

Thursday, December 22, 2016 2
Hihihihi Liez pun sibuk la nak buat kuih keria nie.. Duk viral sekarang ni. Hari tu pergi Melaka memang niat nak singgah la beli Kuih Keria Antarabangsa tu... sekali tengok ramai betul orang beratur..huhuhu tak sanggup la Liez.. Lepas tue kluar la resepi macam mana nak buat kuih keria gula melaka ni... Liez pun dah pasang niat nak buat.. So last week balik Gapi, Liez berjaya buat...Yahooooo... Resepi Liez ambik dari FB je...

KUIH KERIA GULA MELAKA
Bahan:
500gm ubi keledek (kalau ikut puan azlina ina, ubi keledek putih kurang air, jd lebih mudah untuk menguli dan membentuk)
1 cup tepung gandum*
1 sudu makan tepung beras(membukit)*
2 tsp baking powder*
1 tsp garam halus*
1/2 sudu makan gula*
Sedikit tepung gandum/1/4 cup tepung gandum ketika menguli (untuk campurkan ketika menguli jika lembik/letak di tapak tangan dan pinggan. Untuk elakkan melekat.
Bahan sira:
100gm gula melaka ketul dihancurkan
1 1/2 sudu makan gula
1 ketul gula batu(untuk rangupkan sira)
1/4 cup air(lebih kurang atau kurangkan lagi kepada 2-3 sudu air untuk cepatkan gula mengeras)
Cara:
1. Rebus ubi hingga empuk.
2. Lenyek ubi.
3. Campurkan bahan * dengan ubi.
4. Gaul dan uli.
5. Bentukkan adunan. Gunakan tepung gandum di tapak tangan untuk elak           melekat ketika membentuk.
6. Susun kuih keria.
7. Panaskan minyak. Goreng. Kawal api.
8. Setelah masak, angkat dan tos.
9. Dalam periuk lain, masukkan bahan sira.
10. Kawal api. Biarkan sehingga larut dan berbuih. Setelah pekat, barulah               masukkan kuih.
11. Masukkan kuih dan kacau hingga bersalut. Gaul dan gaul sehingga mula           nampak gula keras pada kuih.Ketika proses ini api jangan ditutup 
12. Setelah kuih bersalut. Letak atas radai. Siap!.

Thursday, December 15, 2016

HADIAH MENANG GA AINUL AQMA DAH SAMPAI.....YAHOOOOO

Thursday, December 15, 2016 4
Pagi tadi agak terkejut coz ada mr despatch datang hantar barang.. So staff praktikal tolong ambik kan.. Then Liez tanya siapa punya? Dia kata Kak Liez punya..Hmmmmm duk fikir la apa yang Liez beli online last week.. Memang tak de pun..
Hmmm dalam hati tertanya - tanya, apa benda la tue? Dari HQ Kuantan ke? Tapi takde yang inform nak hantar barang..Tup tup... laaaa hadiah GA Ainul Aqma yang Liez menang tu... Allahuakbar... Terlupa langsung pasal tue...
Terima kasih ye @ainulaqma.com 



TERIMA KASIH DAUN KELADI... NANTI BOLEH BAGI HADIAH LAGI

Wednesday, December 14, 2016

Mengimbau kenangan di #MyTravelokaEscapade Langkawi

Wednesday, December 14, 2016 1

Assalamualaikum...
Kecoh riuh tentang hadiah menarik yang ditawarkan oleh Traveloka... Even blogger +Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ  suruh Liez join the contest Traveloka ni... Ya... memang excited nak join... Mana la tahu boleh menang hadiah utama voucher bernilai RM6000 dari Traveloka untuk percutian Liez yang dah lama dirancang tue.. 



Apa itu Traveloka?
Meh Liez nak cerita sikit..
Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan terkemuka di Asia Tenggara. Tanpa ada kos tersembunyi dan harganya yang berbaloi-baloi.

Dan yang paling best ia memudahkan urusan tempahan penerbangan dan hotel dalam satu applikasi yang mudah samada melalui telefon bimbit atau tablet tidak kira dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja..
Mudahkann ??? Hanya dihujung jari anda
Dan jangan lupa, Traveloka menawarkan dengan diskaun yang menarik

Kenapa Liez pilih #MyTravelokaEscapade Langkawi berbanding tempat-tempat lain yang menarik diantaranya Tokyo dan Korea yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia? Kerana #MyTravelokaEscapade Langkawi lah tempat bermulanya detik perkenalan dengan My Dearie aka Baba kepada puteri dan putera kami... Dah lama merancang untuk kembali bercuti ke #MyTravelokaEscapade Langkawi bukan sahaja dengan My Dearie tetapi dengan anak-anak. Nak tunjuk la dekat anak-anak tempat mama dan baba mereka berjumpa dan berkenalan ..hihihihi Tapi kerana bajet tidak mengizinkan..Jadi kami tangguh hingga ke hari ini....

Kisah bermula pada tahun 2005, dimana Liez ditugaskan untuk membawa kumpulan staff satu company bercuti di #MyTravelokaEscapade Langkawi. 
Memang happy la sebab kali pertama merasa naik kapal terbang. Dan yang menariknya, konon nak carikan jodoh untuk seorang lagi kawan yang sama-sama ditugaskan menjaga group tu. Tapi akhirnya Liez yang bertemu jodoh.. hihihi drama sangat kan..??? hihihi

Bermula bibit bertemu jodoh ketika di airport. Liez mengedarkan tiket penerbangan kepada setiap orang dan Liez mengalami kesukaran untuk menyebut nama My Dearie. Dia memiliki nama yang sangat unik dan macam takut salah je nak sebut..Tapi dia datang kenalkan diri dan memberitahu dia empunya nama yang masih tak dapat ticket penerbangan.. Waaaaa malu sebenarnya...

Setiba di #MyTravelokaEscapade Langkawi, kami terus dijemput ke hotel untuk check in. Masing-masing dah kepenatan dan mengumpul tenaga untuk berjalan pada esok paginya. Keesokkan pagi, kami sudah bersiap untuk ke tempat-tempat menarik di #MyTravelokaEscapade Langkawi.

1) Langkawi SkyCab 


Ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang datang bercuti ke #MyTravelokaEscapade Langkawi. Memiliki panorama yang sangat indah di atas Gunung Machincang dan dikelilingi dengan flora dan fauna yang sangat menakjubkan. Kita boleh menaiki kereta kabel yang disedia untuk ke puncak dan terus ke jambatan gantung.

Dengan kadar ticket RM30 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak-kanak pasti akan meninggalkan kenangan terindah.
Ketika kami di sini, masing-masing tidak melepaskan pengalaman berjalan di jambatan gantung yang agak bergoyang sedikit bila ditiup angin dingin dari arah laut berhampiran.. Sungguh mengemparkan.. Tapi jangan takut, keselamatan jambatan gantung ini sangat tip top . Masa disini Liez macam dah perasan ada seseorang yang memerhatikan. Siapa la agaknya kan? hihihihi...


2) Makam Mahsuri
Kisah lagenda di mana Mahsuri adalah nama seorang gadis yang telah difitnah lalu ditikam dengan tombak. Tetapi sebelum itu Mahsuri telah bersumpah yang beliau tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau adalah mangsa fitnah dan menyumpah #MyTravelokaEscapade Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Menurut cerita lagi, Mahsuri mengalirkan darah bewarna putih . Sehingga kini cerita lagenda ini dijadikan teater dan juga cerita kanak - kanak 
Potret gadis yang dipercayai Mahsuri

Terdapat juga sebuag telaga yang dikatakan digunakan oleh Mahsuri sejak dilahirkan dan hingga ke hayat yang terkahir. Air telaga ini juga dikatakan diginakan untuk memandikan jenazah Mahsuri

3) Langkawi Underwater World

Kemudian kami dibawa ke Underwater World untuk menyaksikan sendiri kumpulan penguin didalam bilik yang dibina khas dan bersuhu sejuk. Actually Liez memang excited nak tengok penguin tue. Dikatakan penguin ini adalah penguin paling kecil diantara spesis penguin yang ada. Dipanggil "The Rockhopper" yang dibawa khas pada 6 Disember 2003 dari Johannesburg, Afrika Selatan. Ia berasal dari Kepulauan Nightingale Lautan Atlantik. Ada juga bahagian pameran lain seperti ruang hutan tropika yang sebenar, himpunana ikan-ikan laut dan hidupan maritim yang jarang kita lihat ada disini.Termasuk juga pameran hidupan reptilia dan kolam ikan Koi. Tak salah Liez ada juga menempatkan monyet terkecil didunia
Ticket masuk RM 36 (dewasa) RM 26 (Kanak-kanak)


4) Dataran Helang
Ok yang ni memang tiada lagi masa tahun 2005. Tetapi ini adalah lokasi wajib bila sampai ke #MyTravelokaEscapade Langkawi. Dengan ketinggian 12 meter, tugu helang yang sayapnya sedia berkepak menarik ramai pelancong untuk bergambar kenangan disini. Ia melambangkan dari mana #MyTravelokaEscapade Langkawi mendapat namanya. "Lang" adalah sama atau singkatan "helang" manakala "kawi" bermaksud perang merah dizaman melayu purba. Lokasi Dataran helang ini bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah

Dataran Helang


5) Tasik Dayang Bunting
Diantara tempat yang sangat digemari oleh pelancong dalam dan luar negara. Mitos yang dikatakan siapa yang berusaha untuk mengandung, mandi di tasik ini akan mengandung tidak lama kemudian. Tasik ini jugak dikatakan tempat mandi Puteri Kayangan bernama Mabang Sari suatu ketika dahulu
Tasik Dayang Bunting


Selain dari lokasi-lokasi diatas yang dinyatakan, ada lagi tempat menarik menarik diantaranya Telaga Tujuh, Pantai Cenang, Pulau Payar, Taman Buaya, Island Hopping dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Dari detik malau di airport sehingga kembali semula ke Kuala Lumpur, My Dearie mula la berani menyatakan hasrat hatinya. Cewahhhhh... tak la romantik tapi Liez suka cara dia memulkan salam perkenalan..Tapi dia hanya pandang-pandnag dan jeling-jeling je masa di #MyTravelokaEscapade Langkawi. Dah sampai KL baru berani nak call... hahahahha dasar lelaki takde hidung (tu la ayat yang Liez selalu ulang bila dia kata dia segan nak tegur) hihihihi

Alhamdulillah klau dah rezeki Liez anak beranak, mana la tahu dapat menang hadiah utama voucher RM 6000 dari Traveloka yang akan Liez gunakan sepenuhnya untuk merealisasikan impian Liez untuk bercuti kembali ke #MyTravelokaEscapade Langkawi dengan keluarga kecil Liez


Family kecil Liez...

Monday, December 12, 2016

SALAM MAULIDUR RASUL 1438H

Monday, December 12, 2016 1

Pengertian Maulidur Rasul

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
 .
21:107
Allah SWT berfirman“Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”
.

TUJUAN SAMBUTAN

1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
.
33:21
Allah SWT berfirman“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”   (Surah al-Ahzab, ayat 21).
.
.

AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;
1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
5.  Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
6.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
7.  Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
8.  Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
 .
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday, December 8, 2016

TRAGEDI GEMPAR BUMI DI ACEH DAN NAHAS KAPAL TERBANG DI PAKISTAN

Thursday, December 08, 2016 1
Takziah buat Warga Aceh yang dilanda gempa bumi kelmarin, tak siapa sangka selepas tragedi tsunami pada Dec 26, 2004... Semoga Allah swt merahmati kita semua...

Sumber: Berita Harian
 
Sumber: Republika.co.id
Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan nahas kapal Pakistan International Airline yang mengorbankan 48 mangsa termasuk seorang yang berpengaruh di Pakistan, Junaid Jamshed dan keluarganya...Siapa Junaid Jamshed??
Boleh teruskan membaca di OH!BULAN dan Dawn

Sumber: Dawn.com

Sumber: Dawn.com
Semoga roh-roh mereeka yang terkorban ditempatkan dikalangan 
orang yang beriman..

Friday, December 2, 2016

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE

Friday, December 02, 2016 3
KLIK BANNER


SYARAT WAJIB:

Merupakan followers blog sofieadie


PERATURAN:

Like page sofieadie

Follow instagram

Instagram 

Lengkapkan form dibawah

Last sekali, jangan lupa....
Copy banner dan backlink kepada entri ini supaya kawan-kawan blogger yang lain tahu tentang contest ni.
(tak perlu tinggalkan link anda di ruangan komen ini kerana penyertaan dikira berdasarkan isian form)

Thursday, December 1, 2016

BILA BALIK GAPI JUMPA NENEK DAN ATOK....

Thursday, December 01, 2016 2
Liez jarang balik ke Gapi rumah mak ayah sebab weekend je mak ayah yang datang rumah Liez. Tapi last weekend ada kenduri jiran di Gapi so diaorg tak datang KL... Liez planned balik dengan adik ipar Eyda (wife adik bongsu) since adik Liez kena hantar budak training ke Ulu Kinta and Dearies kena kerja Sabtu dan Ahad. Macam biasa la hari jumaat diaorg dah bertapa kat rumah Liez. So Sabtu pagi gerak terus ke Gapi.
NIYAZ TENGAH SESUAIKAN DIRI DALAM POOL
Kami gerak dari Baru Caves dalam pukul 10 lebih lepas breakfast dekat Clubhouse dengan Dearie. Anak-anak pulak memang senang nak urus coz memang rutin bangun pagi, bersiap dan naik kereta ke taska dekat dengan ofis Liez setiap hari. So takde masalah uruskan anak-anak walaupun Dearie tak follow. Seronok la Qaseh sebab sibuk dah seminggu nak balik Gapi nak balik Gapi..Balik pun Achu Eyda dah siap bawak mini pool untuk diaorg berendam..hahahha
Macam biasa la klau balik Gapi, Jiran sebelah rumah tu yang dipanggil Nenek Ina seronok la klau Qaseh datang. Ye la dia ada 2 cucu lelaki. Lagi pun Qaseh rajin melayan dia bersembang, tanya itu ini...Petang dalam pukul 3 dah start pump mini pool.. Time tue hujan pulak.. Memang tak boleh la nak ronda naik motor pusing taman.. So kita start la mandi pool tu.. Anak-anak je ye yang mandi..
Qaseh kalau pergi rumah Achu, memang Achu bagi madi dalam pool tue dekat koridor dapur rumah.. Sambil masak, boleh la monitor Qaseh mandi.Niyaz nie kira 1st time nak bagi dia main air sebab everytime nak bawak dia g swimming dekat pool mesti dia batuk la selsema la.. So this time kita tengok dia takut berendam ke tak...
EHH.... ACHU PULAK YANG OVER MAIN AIR...HIHIHIHI
 Tapi ada sekali masa Niyaz merangkak dalam pool, licin dan dia terlentang tapi nyaris air tue sikit.. so tak masuk hidung. Muka dia cuak la.. Liez, Achu dan nenek lagi la cuak.. mesti fikir dia menangis dan taknak main air dah... TAPI... tak heran nya dia... terus main tak ingat dunia... hihihi










Wednesday, November 30, 2016

Isi Minyak Caltex, dapat diskaun dari Lazada

Wednesday, November 30, 2016 1
Liez dapat tahu hari isnin lepas... So dalam hati dah target nak juga voucher diskaun Lazada walaupun tak banyak mana pun kan... Tadi pergi isi minyak RM 68, terus ke kaunter minta voucher Lazada.
Dapat 3 keping voucher diskaun Lazada dan juga 2 sticker untuk pembelian koleksi Rogue One A Star Wars Story. Dah penuh pun... Mungkin macam nak sambar payung je... Travel Luggage pun pun ok tapi kena tambah lagi RM149.90..hmmmm tengok macam mana ye...




Pam minyak Caltex minimum RM 30 dalam satu resit dan redeem Lazada discount voucher di kaunter. Setiap pembelian boleh mendapat diskaun 20% dan kumpul 5X BPoint via aplikasi Lazada atau 3X BPoint via website Lazda
Untuk Voucher diskaun Lazada ni, Diskaun sebanyak 20% (Maksima RM30 setiap kod)

Untuk lebih details, boleh terus ke Lazada  atau ke Binfinite untuk lebih keterangan lanjt dan syarat-syarat.

Dah guna 1 voucher tadi purchase barang...hihihi dapat less RM 5 lebih... ok la tue...

Tuesday, November 29, 2016

JOM MASAK : Blackpepper sos untuk meatball ala Ikea

Tuesday, November 29, 2016 2
Last week tetiba tekak teringin nak makan Ikea meatball tapi macam malas nak ke sana,Dengan ramainya orang kan... Then teringat penah viral blackpepper sauce Ikea dekat FB.. So Liez pun google dan jumpa.. Bahan nya sangat mudah dan yang penting... SEDAP dari Ikea walaupun bukan la sebijik rasa... Liez prefer lagi lagi yang resepi buat sendiri ni...Lagi best last week sampai 2 kali buat..Masih tak boleh nak move on la katakan.. nie pun sambil menaip ni rasa nak balik buat lagi..hihihi
Mari Liez share resepi nya

Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
2 biji bawang holland (dicincang)
2 sudu besar tepung gandum
2 biji tomato (potong dadu)
1 cawan whipping cream
1 cawan air
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
1 kiub daging
2 sudu besar lada hitam (halus)

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan butter dan saute bawang holland hingga layu. Jangan sampai kuning tau

 2) Masukkan tepung, gaul hingga keperangan dan masukkan tomato. Kacau hingga layu
3) Masukkan cream dan air. Masukkan juga kicap, sos tomato, sos tiram, kiub ayam dan daging.
4) Biar mendidih dan masukkan lada hitam.
5) Biarkan dia mereneh sebentar dan boleh tutup api.
6) Biar sejuk sedikit baru diblend halus. Either nak pakai blender atau pakai hand mixer.

7) Boleh dihidangkan dengan meatball RAMLY atau sebarang meatball.


Nota:
* Tak perlu garam kerana sos tiram dam kiub ayam serta daging sudah bergaram.
* Kalau uoll tak de whipping cream, jangan risau. Resepi asalnya guna susu segar 3 cawan. Tapi Liez pakai whipping cream.Kalau guna susu segar ,tepung kena 3 sudu besar ye.
* Lada hitam ikut kepedasan masing-masing. Klau kira Ikea tu takde rasa pepper langsung. Rasa garam pun takde.....hihihihi
* Liez penah beli meatball dekat kedai Az Zain... Ada satu brand under Mawaddah..Memang sedap meatballnya. RAMLY punya pun sedap


Meatball Mawadah yang sedap itu...

Friday, November 25, 2016

Semut sedang renang berirama.....gempak tuuuu

Friday, November 25, 2016 2
Masalah semut ni memang kat mana-mana pun memang tak boleh nak elak... Dekat rumah Liez punya banyak semut. Even baru-baru ni punya la buat sup ayam untuk Niyaz, slow cooked 5 jam tau.. then carik-carik isi ayam dan sangai.. Nak buat serbuk ayam la untuk stock makanan Niyaz. Lepas sangai Liez biarkan atas dapur bagi sejuk sebelum nak blend bagi halus..
Tak sampai 20 min kot, Liez pun ke dapur semula nak blend tup tup..... bala tentera senyum dah kerumun isi-isi ayam tu... Wahhhhh sudah berani dia panjat dapur dan terus ke isi-isi ayam tu..
Allahuakbar.. Liez klau semut barang 3,4 ekor boleh la nak kuis-kuis buang tapi klau dah berpuluh, beratus mungkin macam mana nak kuis kan... akhirnya Liez buang je isi ayam tu.. Memang buka rezeki Niyaz la....
Kat ofis pun sama jugak masalahnya... Semut boleh beramai-ramai terjun dalam kettle... Air masak je kannn.. tapi berpuluh ekor kat dalam tue.. Kadang-kadang berkumpul dalam air tue..
Pagi ni masuk ofis. Semalam Liez cuti. Tengok la apa la yang seketul dalam botol air bertutup tu... Penutup botol tu tak pusing rapat pun..Bukak tengok... Laaaaaa sekumpulan semut sedang renang berirama ....Aduhhhhh
Geli pulak tengok banyak berkumpul.. Sabar je la...
Klau tokmak Liez dia akan rendam benang dengan minyak dan ikat pada balang gula.. so semut tak kan sampai dalam gula.. Liez pun duk buat kat rumah tapi sapu minyak pada muncung cerek.. Alhamdulillah takde dah semut masuk..Even bekas isi air masak pun Liez sapu sikit minyak pada penutup air..


Sejak dua menjak ni, semut suka masuk dalam air masak.. Maybe diaorg pun ada kesedaran tentang kencing manis...hihihihi