Friday, December 20, 2019

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien

Friday, December 20, 2019 8
Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Agak lama tak share resepi dalam blog kan? Since tak sihat dari bulan November sampai la kena warded selama seminggu, blog terbiar sepi. Memang tak larat nak mengadap hp dan lappy sebenarnya. Even encik suami bising nape dah jarang baca Whatsapp. Bukan apa, bila tengok terus rasa nak muntah dan badan jadi lemah. So caranya memang ignore Whatsapp. Alhamdulillah lepas discharged, kesihatan dah ok cuma pantau sendiri keadaan di rumah.

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap
Since anak-anak lama Liez tinggal dengan parents Liez dekat Gapi sebab kena warded tu, segala program nak bawa anak-anak mak ayah jalan-jalan naik tren, shopping terbantut. Even dah janji dengan Qaseh dan Niyaz nak balik ipoh duduk lama sikit pun postponed. Tapi alhamdulillah, dapat juga tunaikan permintaan diaorang nak balik ipoh selama seminggu.

Bila balik Ipoh, MIL Liez memang akan masak untuk kami semua. Selalunya kami anak menantu cucu tak balik memang makan dekat kedai je. Sebab tinggal MIL dan FIL je dekat rumah so rugi kalau memasak kan. So kali ni balik, Liez kena make sure tak skip dan makan on time.

Kali ni, MIL nak masak mee menggunakan mee segera jenama Vit's. Ini kali pertama Liez nak cuba mee segera ni. Selalunya makan yang siap ada perencahkan tapi ini yang perlu kita masak dengan rencah kita sendiri. MIL kata sedap kalau buat Lo Mien atau Chow Mien

Chow Mien ni adalah cara masakan cina yang terkenal di luar negara sebagai makanan takeout atau delivery. Kalau korang perasan dalam drama atau filem Hollywood, ada scene makan makanan dalam bekas makanan warna putih yang digunakan oleh kedai makanan cina.

Gambar: Google
Asalnya masakan gaya ini menggunakan mee telur tetapi sedap jugak menggunakan mee segera atau mee kering. Bahan-bahan pun hanya perlu 4, 5 bahan sahaja.


Mee Segera Masak Chow Mien

Bahan-bahan
3 keping mee segera Vit's ( rebus sehingga 3/4 masak dan toskan)
150g udang
100g isi ayam ( dipotong dadu)
5 biji cendawan Shitake ( dihiris)
1/4 kobis (dipotong kecil)
3 batang sawi kecil (dipotong kecil)

Bahan untuk sos
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap cair
2 sudu kicap pekat
2 sudu minyak bijan
Lada hitam
Garam

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak hingga kekuningan.
2. Masukkan udang dan ayam, goreng sampai masak. Kemudian masukkan sayur dan sayuran dan cendawan.
3. Bila sudah layu, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Gaul rata.
4. Masukkan mee segera yang telah direbus dan gaul hingga sebati. Peeisakan dengan garam dan lada hitam.
5. Selepas 5 minit, tutup api dan hidangkan.

#TIPS
1. Boleh gantikan sos tiram dengan pati pekat ayam maggi.
2. Sayuran boleh ditukar ikut kesukaan.
3. Nak lebih sedap, boleh makan dengan cili potong kicap.

Thursday, December 19, 2019

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Thursday, December 19, 2019 22
SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru | Bab penjagaan kulit wajah memang menjadi perhatian utama kaum hawa tidak kira tua atau muda. Yang penting semua mahu kulit sihat, cerah dan yang penting kelihatan muda daru usia. Dan kini SAFI memperkenalkan produk yang dinamakan SAFI Youth Radiance, produk anti-penuaan dengan formulasi terbaharu.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Liez dah cuba sendiri selama seminggu since kena warded hari tu. Sebelum Liez share pengalaman menggunakan set SAFI Youth Radiance, Liez akan terangkan tentang produk ni.

Istimewanya produk SAFI YOUTH RADIANCE adalah ianya jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan jug Lipo Vit-C. Produk ini adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan prosuk penjagaan kulit muka SAFI Research Institute yang merupakan makmal produk HALAL terbesar dunia yang beroperasi di Malaysia.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Terdapat 2 produk dalam set SAFI YOUTH RADIANCE iaitu SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser. Keduanya berfungsi untuk melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan teknologi Beetox, Saffron Gold dan Lipo Vit-C  @ RM 55.90 (100ML)
Liez suka produk ini kerana diformulasi berasaskan air dan tidak melekit. Ianya diperhebatkan dengan Asid Hialuronik yang berfungsi mengunci dan mengekalkan kelembapan pada kulit dengan lebih mendalam. Selain itu ia mampu meningkatkan kadar kandungan air dalam kulit dan sekaligus menganjalkan kulit wajah.

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence jua merupakan produk 2 dalam 1 yang menghidratkan, menghaluskan liang pori-pori pada wajah serta memberikan penyerapan dengan lebih baik. Dan mengandungi bahan-bahan mewah seperti Nano Gold 24K dan juga Saffron yang mempunyai fungsi tersendiri.

Ekstrak Saffron:  Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Cara pengunaan:
Hanya tuangkan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan. Sapu rata pada wajah dengan urutan lembut secara bulatan sehingga ia menyerap sepenuhnya.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C @ RM 55.90 (40g)
Mempunyai fungsi hampir sama dengan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence tetapi ini juga membantu merawat sekaligus melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Liez tertarik dengan produk ini kerana teksturnya bertukar dari krim ke butiran serum kristal untuk memberikan kulit lembut, licin dan lembap. Mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah seperti:

Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata  mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telan diuji secara klinikal secara berterusan dan terbukti 
1. 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
2. 75% peningkatan kadar pencerahan kulit

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Cara penggunaan:
Tuangkan dengan jumlah secukupnya dan sapukan pada seluruh wajah dan leher. Urut secara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air dan menyerap seluruhnya.

Peringatan!!
Jangan was-was menggunakan SAFI Youth Radiance kerana telah diuji secara dermatologi. Bebas minyak mineral, bebas Alkohol, Bebas Paraben dan Tidak diuji keats haiwan. Dan ianya HALAL

Pengalaman Liez menggunakan set SAFI Youth Radiance ni memang best. Kerana kulit Liez adalah kombinasi berminyak dan kering juga pori-pori wajah agak ketara. Jadi dengan penggunaan SAFI Youth Radiance memang mengurangkan pengeluaran minyak dan kulit terasa lembap. Lepas seminggu, boleh nampak pori-pori mengecil sedikit. Lagi syok bila nak makeup wajah, solekan jadi rata dan tidak bercapuk. Ini sebab produk SAFI Youth Radiance ini membantu serapan yang rata pada produk solekan.

Rangkaian SAFI Youth Radiance boleh didapati di Watsons, Guardian dan AEON Wellness seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, boleh usha di:-

Website
www.safi.com.my 

Facebook 
www.facebook.com/SAFI.MY 

Instagram 
www.instagram.com/SAFIMalaysia

#SAFIYouthRadiance #RadiateYouth

Monday, December 16, 2019

Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall

Monday, December 16, 2019 21
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall | Assalamualaikum. Bila cuti sekolah, aktiviti wajib ialah bawa anak-anak jalan-jalan, makan-makan atau shopping. Baru-baru ni, kebetulan Liez bawa anak-anak ke M3 Mall yang terletak di Taman Melati, ternampak Jalan-Jalan Japan yang menjadi viral sejak dua menjak ni. Tak sangka rupanya ada branch terbaru di M3 Mall ni. Liez apa lagi, terus serbu untuk melihat sendiri apa yang best sangat seperti yang diperkatakan.


Bagi yang tidak tahu, Jalan Jalan Japan merupakan port membeli barangan preloved dari Japan yang menawarkan pelbagai barangan dari pakaian lelaki dan wanita, pakaian bayi dan kanak-kanak, perhiasan rumah, perkakasan rumah, keperluan bayi dan kanak-kanak, permainan, koleksi kayu golf, keperluan untuk perkhemahan dan perabot yang masih dalam kondisi tiptop. Harga pula memang murah giler!! Disebabkan Liez dah janji nak belanja anak-anak, kali ni Liez borong pakaian anak-anak yang memang buat Liez rambang mata.
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall 
Suka betul dengan blouse cantik tu. Qaseh terus jatuh suka dan terus masuk dalam bakul. Skirt jean pun cantik walaupun agak besar. Kasut hitam tu memang stylo. Kondisinya pun masih cantik
Gaya ni memang heavy sikit tapi tengok la anak dara Liez ni bergaya sakan. Semua dia pilih sendiri.
Liez suka gaya simple ni. Seluar checkered hijau ni memang favourite Liez. Sesuai sangat dengan blouse ropol-ropol tu.
Turn anak teruna pulak. Payah sungguh nak suruh dia cuba baju tapi bila kata baju dan seluar gaya camouflage terus tak nak tukar dah. Siap suruh dia posing, pergghhhh kalah kakaknya hihihihi
Gaya kedua ni sangat simple. Sesuai sangat chechkered shirt dan seluar 3/4 yang digayakan oleh teruna ni. Kasut sukan tu perghhh mengancam sangat
Gaya ni gaya ahli sukan sangat! Bagi cuba pakai terus taknak tukar. Aisshhhh anak, suka sangat dia dengan baju dan seluar ni. Kasut biru tu pun terus masuk bakul.
Ya Allah!!! Memang rambang mata tengok pakaian-pakaian untuk anak-anak ni. Kalau tak fikir panjang, mau berbakul-bakul Liez borong. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan serendah RM1 tau, mana nak dapat kan? Selesai shopping pakaian anak-anak, konon terus ke kaunter tapi....... bila ternampak pula koleksi-koleksi kimono terus berhenti untuk cuba. Aishhhh memang tak tahu nak pilih yang mana sebab semunya cantik dan lebih terkejut lagi, ada promosi harga RM10. Apa lagi, terbeli satu kimono.

Selain di M3 Mall, Jalan Jalan Japan beroperasi di beberapa outlet di lokasi seperti :-
1. One City, USJ
2. 1 Shamelin Mall, Cheras
3. CenterPoint Seremban.
4. KIP Mall, Bangi (akan dibuka pada 28hb Disember, 2019)

Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Liez memang recommend korang untuk shopping di Jalan Jalan Japan sebab korang boleh dapat pelbagai jenis barangan dengan harga murah dan berbaloi.

Website

Facebook

Wednesday, November 20, 2019

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak

Wednesday, November 20, 2019 22
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak | Berapa ramiakah diantara kita yang mengamalkan konsep pengambilan makanan hari mengikut suku, suku, separuh? Liez sendiri kadang-kadang ingat nak buat kadang-kadang tidak. Sebenarnya, bila kita mengamalkan konsep suku, suku, separuh ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi mengelak dari terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Semua ini berkaitan dengan pemakanan seharian kita.
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak

Agak megejutkan kerana Malaysia adalah negara pertama mempunyai kadar obesiti di Asia tenggara sebanyak 13.3% dan antara tiga negara tertinggi Asia yang mempunyai peratusan tinggi 11.5% kanak-kanak obesiti dari usia 6 bulan hingga 12 tahun. Sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan Suku Suku Separuh, dimana pembahagian plat makanan kepada perempat untuk protein, satu perempat untuk karbohidrat komplek dan separuh untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ayam Brand™, jenama yang terkenal dengan pelbagai produk makanan dalam tin yang sihat dan mudah, yang tiada bahan pengawet dan tiada tambahan MSG mengambil berat tentang isu obesiti dikalangan kanak-kanak dengan menggabungkan konsep 3S Pinggan Sihat Malaysia dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memperluaskan mesej nutrisi kepada kanak-kanak dari sekolah rendah.

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen tahun ini bertemakan ' Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019, Sihatkan Malaysia, Mulakan Sekarang'. Ia akan memperkasakan kanak-kanak dari 10 negeri dengan maklumat dan mengenal pasti pilihan makanan yang lebih sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk menyediakan hidangan Pinggan Sihat Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak dari lapan tahun ke atas. 

Baru-baru ini Liez berpeluang ke majlis kemuncak Ayam Brand™ di KPJ Ampang Puteri Specialist yang merupakan salah satu hospital peneraju di Malaysia dan di Asia Tenggara. 

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak

Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato' Mu'tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed  
Kempen CSR yang kini berusia 12 tahun telah menyumbang 1.76 juta makanan sihat untuk tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih daripada 20,000 orang daripada 482 rumah amal dan NGO. Kempen tahun ini membiayai dan mendidik 42 rumah amal, mendidik 25 sekolah di seluruh negara, selama lebih tiga bulan, di anggarkan 1,800 penerima dengan jumlah 324,000 hidangan Ayam Brand. 

Pada acara kemuncak, Pakar Pemakanan Sihat, KPJ Ampang Puteri, Puan Norhayati Azmi berkongsi dengan para peserta mengenai hidup dan makan dengan sihat.

Pengarah Perubatan, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani
KPJ Ampang Puteri berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ayam Brand dalam kempen CSR tahunannya. Pepatah mengatakan pencegahan adalah lebih baik dari mengubati, dan kami komited untuk menjangkau masyarakat dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting kepada semua. Kami pmenghargai kerjasama seperti ini dan melihat kempen Ayam brand menjangkau negara dan jenama telah berjaya melakukanya selama bertahun-tahun.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, seramai 40 orang kanak-kanak daripada 257 menyertai Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand yang bermutu, mencabar dan menyeronokkan, 'Get Healthy Malaysia, Start Now '. (Sihatkan Malaysia, Mulakan Sekarang)
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Acara di mulakan dengan pengenalan interaktif kepada konsep #SukuSukuSeparuh, di ikuti oleh 10 pasukan yang terdiri daripada 4 orang kanak-kanak yang menyediakan makanan berdasarkan prinsip 3S, dalam masa 30 minit dengan bantuan minima dari guru-guru serta selebriti, menggunakan resepi yang telah diselidiki oleh pakar pemakanan. 
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Semasa menunggu keputusan tentang hidangan Malaysia Sihat, kanak-kanak ini dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Pemikiran Pesanan Tinggi untuk menguatkan apa yang mereka telah belajar tentang pemakanan yang baik. 

Enam buah rumah amal menerima bekalan Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan 46,260 makanan sihat untuk jumlah 257 penghuni rumah. 
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2019 Menyampaikan  Kepentingan Nutrisi Seimbang Untuk Melawan Obesiti Dikalangan Kanak- Kanak
Pada korang yang ingin membantu lebih banyak komuniti? Korang boleh melayari https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand™ untuk disumbangkan kepada rumah amal pilihan korang. E-charity Ayam Brand™ menawarkan 15% kurang daripada harga runcit, dan penghantaran percuma untuk memudahkan lebih banyak organisasi amal Dapatkan Malaysia Sihat, Mula Kini.

Thursday, November 14, 2019

DIY Idea Untuk Susunan Gambar Atau Hasil Seni Di Dinding

Thursday, November 14, 2019 6
DIY Idea Untuk Susunan Gambar Atau Hasil Seni Di Dinding | Kalau bab nak berhias rumah, Liez memang minat. Suka buka majalah atau google gaya menghias rumah terutama sekali apa yang hendak diletak pada dinding. Selalunya kita akan gantung gambar kenangan tetapi orang islam tak digalakkan untuk menggantung gambar gambar-gambar bernyawa. Hukumnya HARAMTapi untuk menggantung gambar lukisan pemandangan atau lukisan abstrak tiada masalah.

Cara nak menggantung gambar pun bukan sebarangan ye. Ada cara yang gaya yang sesuai dan menonjolkan karektor sesuatu dinding itu. Ini Liez share kan beberapa tips atau gaya susunan yang boleh korang cuba. Semua gambar diambil dari Pinterest.

Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest

Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest

Tuesday, November 12, 2019

Hari Graduasi Dan Konsert Akhir Tahun Fey Qaseh 2019

Tuesday, November 12, 2019 4
Hari Graduasi Dan Konsert Akhir Tahun Fey Qaseh 2019 | Assalamualaikum dan salam bulan November. Lagi dua bulan kita akan mengakhiri tahun 2019 dan akan ke tahun 2020. Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, Qaseh akan meningkat usianya dan akan ke sekolah rendah tahun hadapan dan rutin harian Liez pun bertukar. Ehhh dah melalut ke lain pula. Actually Liez nak share tentang hari graduasi dan konsert sekolah Qaseh pada 26 October yang lalu.
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh
Kali ni encik suami dah rancang nak ke majlis graduasi Qaseh hanya bertiga sahaja. Niyaz terpaksa ditinggalkan dengan nenek dan atok dirumah. Bukan apa, Niyaz agak susah nak dikawal sikit kalau dapat tempat yang lapang ni... Parah nak kepung, lagipun tak nak mengganggu perjalan majlis nanti.

Pagi-pagi lagi dah kejutkan Qaseh untuk bersiap. Malam sebelum tu dia dah sibuk suruh kejut awal sebab nak bersiap dengan nak mekap lagi. Mama redho nak oiiiiii. Encik suami sempat belia sarapan pagi untuk yang tinggal dirumah dan juga untuk kami makan didalam kereta. Kena pastikan Qaseh sarapan dahulu sebeb teacher dah inform awal-awal sarapan tidak disediakan. Sempat dia makan nasi lemak dan minum air milo.

Majlis dibuat di Institut Kraftangan Rawang dan ini adalah tahun kedua dibuat disitu. Senang nak cari lokasinya kerana dah biasa ke sana. Setiba disana, ibu bapa dah tiba dan anak-anak dah tengah bersiap untuk acara nanti. Liez dan encik suami masuk ke dewan dan Qaseh pun bersiap dengan cikgunya. Majlis ini menggabungkan 2 sekolah dibawah pengurusan yang sama iaitu satu branch Taman Raintree dan branch Selayang.

Jam 9 pagi, acara dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan dari pengetua sekolah. Selepas itu tiba masanya acara pertama dimulakan dengan persembahan dari murid 6 tahun tadika Taman Raintree iaitu persembahan bacaan doa dhuha. Qaseh mengambil bahagian dengan 9 kawan-kawan yang lain.
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh
Acara lain yang Qaseh sertai ialah Tarian A Go Go dan Coral speaking. Yang coral speaking, memang hari-hari dari sebulan yang lepas dia dah praktis dekat rumah. Alhamdulillah, dia excited.
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh
Akhir sekali majlis penyampaian sijil dan hadiah untuk anak-anak usia 6 tahun yang tamat pengajian dia sekolah tadika. Alhamdulillah, Qaseh dah habiskan buku bacaan dan dapat sijil juga. Lega Liez rasa sebab risau dia tidak dapat habis baca buku kan..
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh
Tahun depan dah nak masuk Tahun 1. Semoga Qaseh terus cemerlang dalam pembelajaran. Baba mama akan sentiasa support dan sokong kakak hingga kakak berjaya ke menara gading.. Cewaahhh!!! padahal jauh lagi nak sampai ke situ.

Untuk cikgu-cikgu yang mengajar Qaseh, kami ucapkan terima kasih dan jasa cikgu-cikgu hanya Allah dapat membalasnya. Jasa cikgu-cikgu akan kami kenang.

Tuesday, October 29, 2019

Sambal Kelapa Resepi Emak

Tuesday, October 29, 2019 8
Sambal Kelapa Resepi Emak | Dah lama tak makan sambal kelapa ni. Teringat nak minta emaknbuatkan tapi asyik terlupa je. Nak jadikan cerita ternampak satu gambar orang post pasal sambal kelapa terus minggu ni luahkan dekat emak. Akhirnya, permintaan tercapai.
Sambal Kelapa Resepi Emak
Actually dah 2 malam tidur dekat rumah di Serendah, so mudah untuk emak beli bahan-bahan terutama ulam raja yang memang ngam dimakan dengan sambal kelapa tau. Ulam lain macam tak kena sangat tapi ulam raja memang terbaik. Sambal kelapa ni memang mudah dan boleh dibuat sendiri tetapi air tangan emak yang terbaik di dunia. Jadi 40 kali sedap tau!!

Sambal Kelapa
Bahan-bahan
300gm Kelapa parut (putih sahaja)
3 ulas Bawang merah
1 inci belacan
1 sudu cili giling
Cuka
Garam

Cara penyediaan:
1. Tumbuk belacan dan cili hingga sebati.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Masukkan bawang merah dan tumhuk hingga lumat.
3. Perasakan dengan cuka dan garam secukupnya.

#Tips!
Boleh tambahkan cili api kalau hendak pedas.

Sunday, October 27, 2019

OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna

Sunday, October 27, 2019 21
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna | OSIM baru-baru telah melancarkan produk kerusi urut Dream Series terbaru mereka OSIM uDivine V yang menggunakan teknologi terkini tetapi dengan harga mampu milik. Liez berpeluang ke acara pelancaran itu teruja sangat dengan rekabentuk dan warna-warna yang ditawarkan. Tetapi sebenarnya ada fungsi canggih yang ingin diperkenalkan.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Liez juga dapat merasa urutan dari kerusi urutan terbaru ini yang memang sesuai untuk mereka yang selalu rasa sakit pada bahagian badan. Serius untuk kali pertama rasa urutan pada bahagian bahu boleh rasa kesakitan tetapi bila 5 minit berlalu urutan menjadi selesa dan tidak menyakitkan. Lega rasanya selepas 15 minit berurut bahagian tengkuk dan bahu ni. 

OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
 Direka untuk memenuhi citarasa genarasi terkini dengan kaedah uDivine V. Ia adalah menerusi teknologi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand dengan bebola penggelek 720º, Urutan 4-Tangan (4 Hand Massage), program-program urutan yang boleh dimuat turun, serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan profesional atau manual mengikut keinginan pengguna.

OSIM juga memperkenalkan selebriti berbilang bakat, JJ Lin sebagai duta global uDivine V Dream Series kerana beliau menjadi inspirasi kepada semua. JJ Lin juga selebriti pertama Singapura yang mernjadi duta OSIM selepas Andy Lau, Sammi Cheng dan Lee Min Ho.
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna

Pengurusi Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun
uDivine V direka khas untuk individu era digital yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa selepas seharian bekerja untuk memanjakan diri. OSIM komited untuk membantu mereka memulihkan tubuh, minda dan jiwa tetapi menaikkan semangat untuk mengejar impian mereka
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Ciri - Ciri OSIM uDivine V

uDivine V : mengubah Impian Menjadi Pemilik Realiti
Memiliki sebuah kerusi urut bukan lagi satu impian dengan OSIM uDivine V. Ia ditawarkan dengan harga mampu milik yang menarik.

Teknologi V HandTM dengan Bola Penggelek 720º
Penambahbaikan teknologi urut thelah menghasilkan Teknologi V Hand™ dengan Bola Penggelek 720º yang  mensimulasikan teknik dan pergerakkan tangan pengurut yang mahir untuk kesan realistik. Bola penggelek 720º berputar 360º dalam kedua-dua arah dan bergolek pada kontur tubuh dan mengurutkan setiap bahagian otot yang keletihan dan meningkatan kesegaran.

Teknologi urut 4 tangan
OSIM uDivine V dibina dengan ciri premium teknologi utut 4 tangan yang mengambil contoh 4 tangan mengurut secara segerak yang memberikan kesegaran dibahagian atas dan bahagian bawah seperti rawatan di spa mewah. Ia juga memberikan keselesaan, kesejahteraan dan pemilihan yang sepenuhnya.


Kerusi Urut Pintar Yang Meningkatkan Gaya Hidup Digital

Memuat Turun Program Urutan Terbaharu Secara Kerap
Memiliki Ciri Pengesan Bahu Auto Pintar yang memastikan urutan berdasarkan ketinggian dan berat individu. Pengguna juga boleh menikmati pelbagai pilihan programt urutan baharu menerusi aplikasi OSIM uDivine V. Antara 4 program urutan yang sedia untuk dimuat turun:

1. uDivine V Signature: Urutan yang memberikan kepusan keseluruh badan.
2. Sleep: Urutan lembut dari hujung kepala hingga ke hujung kaki untuk merehatkan tubuh dan minda.
3. Energise: Urutan yang menyegarkan untuk memulihkan tubuh dan minda.
4. Deep tissue: urutan yang merangsangkan untuk melegakan tekanan pada tubuh.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Pilihan Program Urutan Automatik Yang Direka Oleh Sato Tsuyoshi
OSIM uDivine V menawarkan urutan profersional yang direka oleh Pakar Urut Kiropraktik Jepun, Sato Tsuyoshi yang berpengalaman dalam urutan. Beliau juga merekabentuk program urut gaya hidup yang berkesan bukan hanya menyasarkan titik kesakitan tetapi urutan yang menyeronokkan.
OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Kelegaan seluruh tubuh yang disasarkan: Tengkuk dan bahu, Lumbar dan pinggul juga Pinggul dan paha.
Program urutan gaya hidup: Sweet Dreams, Stretch, Sports, Happy hour dan Beauty.


Kerusi Dengan Kombinasi Urutan Tanpa Had
Kerusi yang menawarkan penjagaan dari kepala hingga ke kaki dengan urutan yang lengkap dan intensiti urutan, teknik urutan dan kedudukan roller berbeza melalui tetapan urut manual. Urutan peribd yang sempurna dalah dengan menyandar pada penyandar uDivine V dan laraskan panel sisi dan pengurut kaki boleh diubah mengikut kesusaian saiz fizikal badan seseorang.

Pengurut Mata Istimewa Untuk Melegakan Keletihan Mata
Sesuai digubakan selepas seharian mata kita menggunakan peranti elektronik seperti telefon bimbit dan komputer. Alat urutan mata yang disedikan bersama uDivine V yang boleh digunakan serentak ketika anda menikmati sesi urutan.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Kualiti Bunyi Sebenar dengan sistem audio binaan dalaman
Memiliki sistem audio dalaman yang membolehkan pengguna memperdengarkan muzik kegemaran atau dari perpustakaan muzik OSIM yang direka khas ketika sesi urutan dijalankan.

Ciri Keselamatan Pintar
Kerusi ini dilengkapi dengan pengesan keselamatn untuk mencegah mekanisme daripada menjadi terlalu panas, dapat mengesan objek yang menghalang kerusi dibaringkan atau bersandar untuk memastikan pengguna terutama kanak-kanak dan haiwan peliharaan dirumah.

Warna anda, personaliti tersendiri
Reka bentuk yang minimalist dengan krom moden yang digilap dan kulit berwarna berbentuk V. Dan didatngakn dengan 5 warna Biru, Kuning, Ungu, Tembaga dan Kelabu.


OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna
Harga Promosi Prebiu RM10,888 terhad 200 unit pertama (HB: RM12,888) atau pelan ansuran 36 bulan bermula RM303 sebulan.


Website: 

Facebook:

Instagram: