Friday, November 16, 2012

Holiday mood ...

Friday, November 16, 2012 0
Memang takde mood nak kerja this week coz asyik kerja cuti kerja cuti so mood pun dh jadi lain.. Asyik ingat cuti dan asyik silap hari je .. Hihihihi

Sekarang kat office pun takde kerja nak buat. Duk melangut je la.. Isshhkkkk tak productive betul kerja hari nie..

Nak follow up quotation yang ader pun , ramai organizer yang still cuti.. Hmm next week baru mula balik...



Wednesday, November 14, 2012

Deepavali Vathukal ......

Wednesday, November 14, 2012 0
Best giler lepak beraya rumah mak sedara Saravanan aka Sanu.
Yang paling best, foods dia ... Makan bertambah.
Tapi, gambar makanan tak dapek nak ambik, coz
memasing gelojoh nak makan.

Zul, Liana, Echah, Nora, Me & Afifah

Menggila dengan Tuan rumah.

Sweet of me ...hihihi


Thanks to Saravanan aka Sanu coz sudi ajak kitaorang melahap
semua makanan you.

Sunday, November 11, 2012

Jogging dengan Aqil & Ivy .....

Sunday, November 11, 2012 0
Jogging nye sikit tapi makan nya yang lebih.

Makan angin dulu before lari...

Semangat betul abang...

Kakak memain lebih...

Yang nie, jockey professional la sangat ....

Kasi pecah lemak diperut tue kakak oiiii...

My Dearie dengan instructor kenit....

Yang nie part paling ditunggu tunggu.. Makan session yang kedua.
Bab makan paling best. Lepas jogging belikan dua beradik nie sandwich telur.
Adiknya belasah je makan yang kakak duk kunyah slow-slow sebab ader sayur.
Skali kena sound ngan My Dearie suruh makan sayur jugak..ditelan jugak la..
Hahahahahaha..Padan Muka !!!

Session kedua, lepak makan kat Ali Maju Setiawangsa.
Yang kakak makan tosai + milo panas. 
Yang abang belasah telue separuh masak + air laici ais.
Oooooo makan sungguh korang ye...

Open House at Ijan's House

Sunday, November 11, 2012 0
Hmmmm..dah basi pun cerita nie tapi nak cite jugak..
Raya hari tue aku, My Dearie dan budak office pergi beraya di rumah Ijan.
So beramai-ramai bak rombongan Cik Kiah la kan..

Actually tak pernah sampai pun umah ijan tapi senang la nak cari coz area gombak je..
Yang best bila g open house mesti la kan makanan nye.
Posing sebelum makan.

Zull menjadi sewel seketika...



Ijan buat Spaghetti dan nasik ayam yang sangat sedap. Tambah berkali kali la.
Yang lain pun sama gak.. 

Jogging with My Dearie, Mak and My Bambam

Sunday, November 11, 2012 0
Story dah lama pun tapi baru je nak upload coz tunggu nak upload
movie "Aku Terima Nikahnya" request by my colleagues yang gewdik tue.

Bukan nak story sangat la just nak upload photo budak Bambam
yang follow kami g jogg. Actually kebetulan my paksu lalu that area sebelum nak hantar
my maksu to her office. Lagipun berani nak ambik bambam coz mak pun ada sama.

Mak tak jogging pun just jalan-jalan. Lagipun lutut mak problem.
Doc cakap dah tak boleh jogging, takat jalan boleh la..







Seronok sangat My Dearie dapat bercanda ngan bambam.
Ye la, selalu jumpa dan nampak dia membesar. Dari tak boleh berjalan sampai
sekarang dah boleh berlari la si Bambam tue..

Memang geram bila tengok dia tau.. Memang slalu kena gigit pipi.hahahah
Tapi klau tengok muka Bambam serius je..hahaha macam patern muka aku la kan..
Sepatern je..masam je hihihihi

Monday, October 15, 2012

SEPARUH AKU - NOAH BAND

Monday, October 15, 2012 0


Video: YouTube

Dan terjadi lagi kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi dari cinta rumit yang kau jalani
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari cintamu bukanlah dia

Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Ku ada di sini, pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami cintamu bukanlah dia

Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku, menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu

Friday, October 12, 2012

Kena Tinggal Lagi ....

Friday, October 12, 2012 0
Sunyi nya malam nie huhuhuhu.. Sunyi sebab my Dearie sekarang berada 
di Shanghai sedang bersuka ria disana..
Hihihihi..company my Dearie buat trip ke Shanghai.
Pukul 4 pagi tadi dah kluar rumah hantar my Dearie ke office coz ader transport
di sediakan untuk ke KLIA. Flight pukul 9 pagi dan dapat message
ketibaan pada pukul 2 petang.

Bestkan dapat pergi sana..hmmmm 
Nak harap company isteri mu ini memang tak dapat la
Asyik dinner pun buat kat resort sendiri..
Cehhhhh..tak class langsung kan ???

Baru tadi my Dearie call..Rindu sehhh nak dengar suara dia.
Terkenang kenangan ketika kami berjauhan suatu masa dahulu.
Ketika my Dearie mengambil keputusan untuk bekerja di Dubai untuk memenuhi
impian kami untuk berumahtangga. Cari duit lebih katakan..
That time, memang call jarang skali. SMS dan video chatting la menjadi 
alat hubungan kami. Nak call memang mahal la..Even sms pun cepat je credit habis..

So sekarang macam merasa lagi la saat-saat berjauhan tu.
Tapi tak la rasa teruk sangat cuma tidur dua tiga hari nie sorang-sorang je la..
CIAN kannn..hihihihi

Hahhaha saje je buat ayat sedih, padahal xde la sedih sangat. Dah biasa kan
so normal la skali skala ditinggalkan..
Ape-ape pun tak sabar nak tunggu my Dearie balik isnin nie..
Nak peluk cium, gigit gurau  macam slalu. Gaduh-gaduh manja tiap2 hari.


NOTE:
I miss you cayang. Jangan notty2 kat sana tau.
I LOVE YOU..







Tuesday, October 9, 2012

Alhamdulillah...sudah 2 tahun bersama

Tuesday, October 09, 2012 0
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana masih menyatukan kami..

Sungguh indah kehidupan kami selepas bergelar suami isteri. Pelbagai suka dan duka sudah ditempuh. Gurau senda gelak tawa marah sayang benci rindu semua di lalui..

Dikurniakan suami yang sangat memahami dan penyayang. Dibimbing dengan penuh kasih sayang...

Ku memohon padaMU ya ALLAH, Kau ampunilah dosaku dan suamiku,keluarga kami, KAU tunjukkan la kami jalanMU, mengingati segala ajaranMU, menurut perintahMU dan sentiasa berusaha menuju ke arah kebaikan..

KAU berkatilah hidup kami, pekerjaan kami, makan minum kami, perbuatan kami dan perbuatan kami.

KAU rahmatilah hidup dan permudah dan permurahkan rezeki kami. Kurniakan kami zuriat Nabi Adam yang soleh dan solehah untuk menyinari hidup kami.

I LOVE YOU FEY QAUZ

Tuesday, September 18, 2012

Al-Fatihah buat sahabat ku Aldy Hasmi

Tuesday, September 18, 2012 0


Masih sukar untuk aku melupakan kenangan bersama kita suatu masa dahulu.. Usik dan gelak tawamu masih terngiang-ngiang difikiranku..

Tidak ku sangka, ketika menjengah facebook dan aku terbaca bahawa dirimu sudah tidak bernyawa dibumi Allah swt.. Betapa luluhnya dan sayunya hati ku ini mendapat khabaran itu.

Aku hanya mampu menitiskan air mata dan menenangkan hati untuk menerima kenyataan ini wahai sahabatku.

Tak dapat ku jelaskan hingga ke hari ini betapa hati ku sayu bila mengenangkan dirimu dan kenangan kita suatu masa dahulu. Dari saat kita berkenalan di laman chatting, bersua muka , berkawan dan menjadi sahabat yang tak mungkin dapat ku cari ganti..

Walaupun kita tidak selalu berhubungan tetapi aku dapat merasakan persahabatan kita ini sangat ikhlas dan indah.. Dikau banyak membantu diriku, banyak menasihati aku, menemani aku dan gelak tawan gurau senda mu selalu menceriakan hari ku..

Kini......
Dikau telah dijemput Illahi tanpa aku duga... Tragedi yang menimpa dikau sangat sukar ku terima.. Berulang kali aku meneliti keratan akhbar dan ucapan takziah sahabat-sahabat mu di Facebook. Aku masih tidak percaya..

Wahai sahabatku Aldy Hasmi, kehilangan mu adalah satu kehilangan bagi diriku.. Kau telah ku anggap seperti abangku. Dan tiada orang yang boleh menggantikan dirimu..

Semoga dikau bahagia disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah....


Aldy Hasmi
Sumber: Sinar Harian

Monday, August 27, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H

Monday, August 27, 2012 0
Assalamualaikum wbt ....

Salam Lebaran buat semua bloggers semua.
Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


NOTE:
Belum ada mood nak buat tulis new entry..Will try malam nie ok...

Saturday, August 18, 2012

Diari Ramadhan 1433H - Duit Raya tahun ini

Saturday, August 18, 2012 0
Ramadhan akan meninggalkan kita lagi 2 hari.Sangat cepat masa berlalu dan ahad nie dah raya..
Raya tahun nie dapat beraya di Kuala Lumpur dahulu then raya kedua baru gerak ke Ipoh.
Persiapan macam biasa je. Akan masak rendang permintaan My Dearie dan ape yang patut la..

Tahun nie, peruntukkan duit raya agak terhad coz dah 5 bulan tak archieve sales.. So xmerasa la duit insentif..huhuhu

Apa-apa pun tak sabar nak raya.. Ye la coz raya kat Kl dulu kan..;))


Sunday, August 5, 2012

Olympic London 2012 - DLCW Kalah Lagi

Sunday, August 05, 2012 0
Antara harapan Malaysia untuk memenangi emas pada Sukan Olympic London lebur dengan tertewasnya Jaguh Badminton Negara Kita, Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan.

As usually telah dapat ku jangka agak sukar untuk kita menang. 
Dan aku tidak mengharap sangat la.
Tengok pun tak fokus sangat sebab taknak nanti kecewa.
But, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi pingat pertama negara.
Seluruh rakyat Malaysia tetap menyokong penuh walaupun kalah.
Insyallah , satu hari lagi kita akan berjaya menewaskan China.

Untuk berita lain sila ke : Lin wins gold, breaks Lee's heart again

NOTE:
Ingatkan dapat la makan ais krim Baskin Robbin free rabu nanti..haissshhhh ;)


Friday, July 27, 2012

Diari Ramadhan 1433H Hari ke 7 - Zakat Fitrah

Friday, July 27, 2012 0
Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa dan bermacam dugaan yang kita tempuh..Bagi aku, dugaan datang kerja tapi takde kerja nak buat hihihi.,,

Hari ni aku berbuka di DuViet Vietnamese Restaurant KLCC.. My Dearie dah dapt gaji so ader tugasan wajib harus dilakukan di KLCC.. Bayo bill Maxis lerr ape lagi..;)

Actually agak mencabar klau nak berbuka di KLCC nie sebabnya manusia punya lah ramai nak berbuka jugak.. So went i arrived KLCC, 1st thing aku pergi kedai roti bought some buns and mineral water. Bukan ape, before this bila pergi je ke food court mesti tables dah berpenghuni.selalu jugak la kami berbuka air dulu kat mana-mana dan berbuka bila orang lain dah selamat berbuka..But this time saje je meronda level atas skali dan ternampak la DuViet Vietnamese Restaurant masih ader table yang kosong.. So ape lagi, kita serangggggg laaa :))

Apa yang best kat situ, nanti boleh baca entry ???? ye. So after kenyang makan, kami pun meronda la cari barang maner tahu ader yang berkenan dihati untuk hari raya nanti..Pusing punya pusing sampai pening, my dearie dapat menyambar sepasang kasut Converse.. Untung laaaaaa ;p

Masa nak bergerak balik, ternampak la di satu sudut berhadapan Sephora.Tempat orang membayar zakat... Haaaaa senang kan.. So My Dearie sudah menunaikan zakat fitrah untuk tahun nie yeayyyyyy! Kadar zakat tahun nie RM 7.00 seorang

Jadi pada siapa yang belum bayar zakat, sila berbuka demikian sebelum terlambat..sekarang nie mudah untuk kita jumpa Amil Zakat nie, boleh diikutkan semua malls sudah ada Amil yang menanti.Dekat masjid-masjid jugak ader.. So jangan cari alasan untuk tidak bayar zakat ye.

NOTE:

Sunday, July 22, 2012

Diari Ramadhan 1433H Hari Ke 2 - Berbuka di Madam Lim's

Sunday, July 22, 2012 0
Selamat sampai KL pukul 6 tadi..Alhamdulillah tak jammed pun.
Bertolak dari Ipoh dalam pukul 4 tadi. Sampai rumah, kemas barang-barang dan kluar ke Jusco AU2 nak beli barang dapur dan berbuka.

Cari barang untuk berbuka untuk seminggu, itupun klau boleh seminggu la hihihi
Lepas tu kami ke Madam Lim's restaurant.
Aku pesan Seafood Tomyam dan Omellet je.
Really love tomyam kat sini sebab kaw-kaw giler..Kena try tau kawan-kawan.

Terliur sangat....

Saturday, July 21, 2012

Diari Ramadhan 1433H Hari 1- Berpuasa di Ipoh

Saturday, July 21, 2012 0
Assalamualaikum semua, setakat nie macam mana dengan puasa kawan-kawan semua ? Me dan my dearie menyambut ramadhan pertama di Ipoh. Semalam bertolak dari rumah lebih kurang 9.30malam. Sepatutnya plan gerak dari rumah pukul 8.30malam tapi me tersangkut dekat setiawangsa about 2hours.. Alhamdulillah sampai Ipoh dalam pukul 12.00am sebab memang banyak kereta..

Pagi lepas bangun tidur, me dan my Dearie pergi cuci kereta then ke Tesco. Membeli barang untuk berbuka. Menu untuk hari ini :- Ikan Siakap Stim, Bihun Singapore, Ikai dan sambal Udang petai..

Mesti tertanya apakah itu Ikai kan ? Ok let me explain walaupun me baru tahu.
Ikai sebenarnya kerabu ikan goreng. Nak resepi? nanti kita buat entry untuk resepi ikai ok..

Menu my MIL dah decided earlier la..so just prepare yang patut.


NOTE:
Sekarang dalam proses diet. Kena makan protein ajeCarbo xleh makan langsung tapi hari nie belasah xingat.
Takpe 2nd day kita try ok..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Friday, July 20, 2012 0
Alhamdulillah..Esok bermula la 1 Ramadhan yang kita nanti-nantikan. Tiap-tiap tahun pasti akan rasa excited untuk berpuasa, kan? Yeaahhhh

Tahun nie sudah masuk tahun kedua aku berpuasa sebagai isteri dan kali pertama sejak berhijab awal tahun nie..
Apa yang ku harapkan tahun nie, aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin.
Mencuba mengamalkan sebanyak yang boleh dengan ilmu-ilmu agama.

Zaman sekarang sangat mudah. Handphone dan gadget-gadget boleh digunakan sebagai medium menuntut ilmu. Contohnya: ada applikasi tafsir al-quran dengan maksudnya, waktu solat untuk seluruh dunia dan banyak lagi..

Aku akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tuntutan semampu yang boleh.. Insyallah

Kepada semua sahabat-sahabat blogger, ku susun sepuluh jari memohon maaf atas segala kasar bahasa ketika menulis blog nie atau ader yang terasa selama ini.. Semoga ramadhan tahun ini memberi sejuta sinar dan kita semua dirahmati ALLAH swt.

NOTE:
Malam ni lepas kerja mau pulang ke Ipoh. 
Yahooo..oppss xsyiok sangat coz bila puasa xleh nak makan sakan kat sana.





Monday, July 16, 2012

Food Tracker : Restaurant Olivus, Ukay Perdana

Monday, July 16, 2012 0
Oh well, last nite dinner me and Dearie nak rasa masakan di Olivus dekat Ukay Perdana 2.

Before this, klau tak silap restoran Asap- Asap ( more to Steamboat & Ala-carte). Suddenly bila lalu je baru-baru ni, dah bertukar ke Olivus.

Actually my parents in law suka makan dekat Restaurant Asap- Asap coz location sangat dekat dengan our house and foods dia boleh tahan la..

Ok, back to Olivus nie. Tengok pada decoration nya, macam modern cafe la but actually foods dia ader western and middle eastern.

So , me pilih Chicken Sizzler and Dearie pilih Chicken corn soup. I like so much the gravvy for Chicken Sizzler even a bit salty.. The chicken corn soup so delicious.. And i like it also.

Chicken Sizzler
Overall, for 1st time visit memang foods sedap cuma service lambat sikit...

Tengok pada menu nya, ader Soups, Salads, Appetizers, Western & Grill, Burgers & Pizza's dan Arabian like Kabsa, Mandi rice & Briyani.
Chicken Corn Soup

So,sape yang stay near by tu boleh la singgah ke Restaurant Olivus, Ukay Perdana (berhadapan dengan Kedai Kek Lapis Deja Moss).

Happy Birthday Bambam Along..

Monday, July 16, 2012 0
Last friday birthday my bambam yang tembam dan gebu tue..

He's so adorable and funny. Suka gigit pipi tembam tue..tapi my bambam mukanya masam selalu..

My Dearie cakap muka masam coz ikut muka masam i.. Hahaha tahu takpe kan flesh and blood harus la FOLLOW...

So last saturday, sambut birthday bambam dekat rumah tok..My mum made Apple Pie menggantikan cake yang slalu sangat kami makan tue ;)

I and my dearie tak makan coz baru lepas belasah Mix grilled @ William Corner.. So jadi tukar ambik gambar je.

HAPPY BIRTHDAY ISYRAF ARYAN

Monday, July 9, 2012

Demam Instagram pulak...

Monday, July 09, 2012 0
Tak tahu dari maner datang nya Instagram nie..
Tapi makin ramai yang tergila gila join la..
Termasuk la..orang yang tengah update blog dia nie..
Hahhahahaha

Its fun sebab kita oleh snap pic dan tukat mood pic tue.
Boleh gunakan filter yang diberikan contoh :
Sebelum
Selepas..menggunakan filter Nashville
 Cantik kan .. Ader banyak lagi Filter untuk digunakan..
So if sesape ader Instagram, can follow me at lizies03021..

Sebelum

Selepas di edit

NOTE:
Memang addict nak upload picture je sejak pakai iPhone 4S yang superb nie..


Sunday, July 8, 2012

Gadget terbaru .....Suprise !!!!!

Sunday, July 08, 2012 0
I got new gadget !!!! Yahoooooo !!!

My iPhone 3Gs, home buttonya dah susah nak tekan. Perlu tekan kuat baru la ok.
Story nya, my Iphone tue dah mula buat hal. Bukan rosak pun
 tapi kadang-kadang tekan kuat pun , tak nak jugak ok.

So, memang sebelum nie nak beli 4S tapi tunggu la ader duit sikit.
Sekarang nie, tak dapat la coz nak puasa dan nak raya tak lama lagi.
So pasang niat je la.

TAPI...
My Dearie dengar Maxis ader buat offer untuk ONE CLUB member. 
Bayar hanya RM 600.00 sahaja dan boleh miliki iPhone 4S.
Macam maner tue ?

Ok, first kena masuk website Maxis One Club
Masukkan no ic dan contact number
Actually this offer untuk pengguna setia Maxis macam Aku la..
So klau anda layak, boleh la dapatkan offer tue.


My Dearie suruh check whether aku layak ke tak, HARUS la layak. Hihihihi...
So, on friday tu jumpa my Dearie dekat klcc 
untuk mencapai impian ku memiliki iPhone 4S itu..
Actually my Dearie belikan untuk Ulang tahun perkahwinan kami
yang ke 2 bulan oktober nanti..So dihadiahkan awal tambah lak
 iPhone 3S meragam...

Bila semua dah settle, TADA here is my iPhone 4S.
Cun Tak ???

My New iPhone 4S

Best thing about iPhone 4S nie ye la..gambarnya yang terang. 
Klau tak salah 8.0mp dan HD video recording.
Waaaaa..memang menarik la..

Gambar diambl menggunakan iPhone 4S..

 NOTE:
Thanks cayang for the present. Sangat suka.
Later, wait for your present ok..

Muahhhhxxxxxx