SUP AYAM HERBA 9 JAM MERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN BERKESAN

By Mrs Liez - 10:37 AM

SUP AYAM HERBA 9 JAM
Assalamualaikum semua..
Sihat tak? Alhamdulillah Liez sekeluarga sihat kecuali Qaseh. Pagi tadi tetiba dia macam tak bermaya dan asyik menempek atas sofa. Boleh nampak ketidakaktifan dia. Malam tadi dia batuk-batuk dan tidur pun terganggu. Bila periksa suhu badan, suhu badan agak tinggi dari suhu normal. Liez mula la kalau anak-anak tak sihat, Liez susah hati. Kepala pun mula la fikirkan makanan yang sesuai untuk bantu anak-anak melawan virus-virus jahat tu. Liez tidak galakkan anak-anak makan ubat melainkan sakit dah lama tapi masih belum pulih baru Liez jumpa doktor untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Selain Liez sapukan minyak herba, Liez akan masak makanan yang membantu tubuh badan melawan penyakit dan virus. Perlu rawatan bukan sekadar luaran tapi dari dalaman juga untuk lebih cepat bertindak ke atas tubuh badan. Kandungan bahan-bahan yang Liez guna memang sangat membantu anak-anak Liez kembali sihat dalam masa yang singkat. Lagi penting, Qaseh dan Niyaz memang suka giler dengan sup ni. Walaupun nama je herba tapi memang sedap tau. Liez akan share resepi wajib buat sejak dari Qaseh lagi.

Bahan-Bahan:
Tulang ayam
2 batang serai ( diketuk)
Minyak kelapa dara
Cuka epal
Serbuk habatussauda
Sup bunjut Adabi
Garam bukit
Air secukupnya

Sayuran:
Lobak merah (dipotong kecil)
Batang saleri (dipotong kecil)
Bunga kobis (dipotong kecil)
Sayur Broccoli (dipotong kecil)

Bahan untuk dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih (lebihkan)
Halia (lebihkan)
Kunyit

Peralatan:
Periuk Slow cooker

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk slow cooker.
2. Biarkan ia masak dan mereneh sekurang-kurangnya 9 jam
3. Siap dihidangkan makan bersama nasi, bubur nasi atau bihun.

Nota:
- jumlah bahan yang digunakan terpulang kepada individu.
- penting lebihkan halia dan bawang putih
- sayur boleh pilih antara yang Liez senaraikan. Cukup sekadar lobak merah dan batang saleri pun kira ok dah

Mudah kan? Bahan-bahan pun memang sedia ada dirumah. Macam Liez memang akan pastikan semua bahan-bahan ada dirumah. Batuk selesema ni datang tanpa disangka so boleh je masak bila-bila masa je. Liez bagi anak-anak makan sup ni 3 kali sehari. selalunya 2,3 hari batuk selsema anak-anak pun hilang. Pastikan anak-anak dah cukupusia untuk ambik semua bahan-bahan dalm sup ayam ni tau. Liez suggestion anak dah berusia 15 bulan ke atas.

Liez sebenarnya dah lama amalkan sup ayam herba ni dan kongsi dengan kawan-kawan dan adik beradik. Dan alhamdulillah diaorang pun boleh nampak keberkesanan sup ayam ni.

  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. Tengok sup tu nampak sedap jer...nak cuba la..boleh bagi mak yang sakit kat kampung makan kan..nak tukar ayam tu kepada ayam kampung..ok tak agaknya

    ReplyDelete
  2. I love sup ayam herba. Very healthy and keeps the body warm. This is my comfort food.

    ReplyDelete
  3. memang terbaik! makan sup waktu suam2...waduhhh pasti kelam kabut virus lari..

    ReplyDelete
  4. Sup ayam herba ni specialnya sebab ada serai dengan kunyit ye?

    ReplyDelete
  5. Thanks liez share resepi. Anak anak kat umah ni tak berapa sihat. Elok sup herba ni

    ReplyDelete
  6. Wow!9 jam tu! Rawlins jenis tak menahan nak menunggu hehe. Agak2 kalau pakai MultiCooker Philips, tak perlu tunggu 9 jam kot. Nanti Rawlins try and will share jika berjaya ye.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah buat style macam ni , tq for share anak sakit boleh la buat sup mcm ni pulak hee

    ReplyDelete
  8. Sup herba, alangkah baiknya kalau saya dapat minum sekarang. It's always my favourite!

    ReplyDelete
  9. This is the best recipe! I wanna try this so much and wanna get as health as you too

    Racheal

    ReplyDelete
  10. This is a really healthy recipe for family! You are such a thoughtful parents and wife as well, this dish looks good =)

    ReplyDelete
  11. Lama juga yer sampai 9 jam. Tapi banyak khasiat takpe. Boleh sembuhkan penyakit.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  12. This recipe look delicious! I should learn this and present to my Mom. Hahaha she would be glad at least i learn a new recipe.

    ReplyDelete
  13. Biasanya sup-sup herba ni Chinese yang rajin masak. Lain kali bolehlah try resepi Mrs Liez ni

    ReplyDelete
  14. I should try this out. Soup is my favourite! Thanks for sharing.

    ReplyDelete