Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School"

By Mrs Liez - 6:07 PM


Pakar Kaki Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" | Tingal beberapa minggu lagi anak-anak akan kembali ke sekolah setelah berakhirnya sessi persekolahan tahun 2018. Dan waktu sekarang pasti ramai ibu bapa dan anak-anak yang sedang sibuk menyiapkan keperluan untuk ke sekolah awal tahun nanti. Salah satu keperluan yang utama dicari adalah kasut sekolah.
Sempena dengan itu, Sunfeet International Rehabilitation centre mengadakan promosi " Back to School " yang menawarkan beberapa koleksi kasut sekolah yang sesuai dengan jenis tapak kaki anak-anak kita. Sebelum membeli, korang boleh dapatkan analisa tapak kaki dan penerangan dari Dr Edmund Lee yang merupakan pakar Orthotic yang telah berjaya merawat lebih 20,000 pesakit yang menghidap masalah kaki dan lutut. 






Tahukan korang sebenarnya pemilihan kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki berkait rapat dengan pembentukan tulang belakang mereka? Dan pernahkah kita periksa akan tapak kaki anak-anak? Dan korang tahu tak jenis tapak kaki korang sendiri. Liez sendiri baru tahu tentang beberapa jenis tapak kaki dan rawatan setelah ke Sunfeet International Rehabilitation Center baru-baru ini. 


Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" 
Sunfeet International Rehabilitation Center Liez telah mendapatkan analisi tapak kaki dengan menggunakan mesin khas yang direka untuk mengenai pasti jenis tapak kaki seseorang. Penggunaan mesin yang sangat mudah, hanya perlu berdiri dilapik kaca mesin ini dan scan dibuat. Keputusan gambaran tapak kaki juga akan korang tahu serta merta. Qaseh juga tidak ketinggalan mendapatkan analisis tapak kaki. Sebenarnya kaki kiri Liez dan Qaseh adalah kategori High Arch dan besar 1 size dari kaki kanan. hahaha terkejut juga sebab seingat Liez, petua orang-orang tua kata kaki kanan akan lebih besar dari kaki kiri.
Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" 
Ada 6 jenis tapak kaki yang dikenalpasti
Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" 
Menurut Dato Dr Edmund Lee, ramai ibu bapa tidak peka dengan tapak kaki anak-anak dari kecil. Dan sebenarnya jika ibu bapa dapat mengesan bentuk tapak kaki dan gaya jalan anak-anak yang agak kekok mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar Orthotic. Ramai yang mempunyai tapak kaki rata tidak sedar akan gejala-gejala sakit kaki atau sakit tulang belakang berpunca dari tapak kaki. Rawatan awal boleh dilakukan seawal usia 4 tahun untuk mendapatkan rawatan rapi dan boleh berjalan normal. 


Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" 
Punca tapak kaki rata:-
  • Keturunan
  • Arthristis
  • Tibialis posterior (ruptured tendon)
  • Mengandung
  • Kencing manis
Selain mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan, Sunfeet International Rehabilitation centre juga menyediakan khidmat membuat kasut khas mengikut bentuk tapak kaki dari pelbagai jenis kasut dan warna boleh didapati disini.
Sunfeet International Rehabilitation Center Adakan Promosi "Back To School" 
Jika korang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Dato Dr Edmund Lee, korang boleh terus ke Sunfeet International Rehabilitation Centre. Pastinya masalah kaki dapat diselesaikan dengan bantuan dari pakar.

Sunfeet International Rehab Centre 
Blk C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
Petaling Jaya, Malaysia
Waktu operasi
10 pagi hingga 7 malam
Telefon:
  013-528 3939 

Website: 


Instagram


  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. oo menariknya kasut camni. boleh cubala tahun depan, sbb kasut sekolah budak2 ni dah beli baru2 ni

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki sendiri kan.. mesti selesa je berjalan walau lama mana pun.. bab pemilihan kasut ni penting sebab kalau salah pilih tu yang buat sakit kaki bila berjalan terlalu lama.. ok lah ada sunfeet ni kan.. boleh try pi..

    ReplyDelete
  3. good to know of this, if anybody need to check on their feet should check this place. Everyone's feet is not the same, school holiday time to shop for school shoes, glad sharing here on shoes, shall check this place soon.

    ReplyDelete
  4. Sunfeet mmg bagus utk kaki yg vernacular,kak pun dah scan kali,npknya kena beli insole utk pulihkan kaki.

    ReplyDelete
  5. Bagus sangat ke sini. Boleh periksa kaki kita ni dalam keadaan normal atau sebaliknya. Seeloknya anak-anak pun kena buat test ni, jika ada masalah boleh kesan lebih awal dan dapat dirawat. Kalau dah berumur macam kita ni pulak kena cari kasut yang bersesuaian dan dapat menyokong kaki kita.

    ReplyDelete
  6. They apply ergonomic shoes for user. Sunfeet sangat bijak sebab orang akan pilih comfortablity ntk jenisnkasut yang dipakai dengan harga berapa sekalipon. Ergonomic shoes ni bagus bagi mengelakkan kesakitam dikaki.terbaik!

    ReplyDelete
  7. kan best kalau pakai kasut yang selesa macam ni. baru tak sakit tumit. lagi lagi budak yang kena jalan jauh dan beg yang berat

    ReplyDelete
  8. Memang penting untuk pakaikan anak anak dengan kasut sekolah yang sesuai dengan jenis tapak kaki utk pembentukan tulang belakang yang sihat. Ana pun rasa nak periksa tapak kaki sebab tak pernah tau pun selama ni. Nak lah ke sini nanti.

    ReplyDelete
  9. Sebeljm ni memang tak pernah ambil kisah lhn kesesuaian tapak kaki dengan kasut yang kita nak beli. Bila baca entry ni barubtahu kepentingan memilih kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki untuk keselesaan

    ReplyDelete
  10. wah baguslah kasut ni..dah terbeli pulak kasut 2019''kene tggu setahun lagi boleh cuba ni

    ReplyDelete
  11. oh that's nice to know that they offer school shoes for children. I always want to get the best for my kids too. Maybe it's time for me to bring them there.

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya siap boleh analisis tapak kaki, mai nak buat laaa sebab selalu rasa diri tak balance je, haha.

    ReplyDelete