Pembedahan Bariatric Kaedah Penurunkan berat badan berkesan

Berat badan dah naik ni. Risau pula Liez bila tengok angka dekat scale. Uiishhhh memang kena start balik program penurunan berat badan ni. Tapi mampukah Liez berjaya turunkan berat badan ni sebelum menjelang Ramadhan nanti? Perlukan usaha lebih untuk penurunan berat kali ini. Ada tak cara yang mudah dan cepat untuk penurunan berat badan ni? Hmm... memang ada. Pembedahan Bariatric adalah penyelesaianya..

Apa itu Pembedahan Bariatric?
Pembedahan bariatric adalah pembedahan pada sistem pencernaan dalaman untuk membantu pesakit obesiti melampau dalam proses penurunan berat badan. Boleh je dikatakan pembedahan ini cara berkesan mengawal risiko penyakit yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, serangan sakit jantung atau penyakit yang disebabkan oleh lebihan berat badan.
Sumber: Google
Ada 4 jenis pembedahan Bariatric yang boleh dipilih mengikut kesesuaian termasuk BMI, tabiat makan, masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti

1. Adjustable gastric banding (AGB)
2. Roux-en-Y gastric bypass (RYGB)
3. Biliopancreatic diversion with a duodenal switch (BPD-DS)
4. Vertical sleeve gastrectomy (VSG)
Tapi korang jangan fikir mudah untuk menyelesaikan masalah obesiti ini dengan membuat pembedahan Bariatric je tapi ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum membuat pembedahan ini. Dan bukan semua orang dibenarkan membuat pembedahan Bariatric tau. Mereka yang mempunyai masalah seperti dibawah sahaja yang digalakkan membuat pembedahan ini.

1. Berlebihan berat badan sebanyak 20kg atau lebih
2. BMI lebih besar daripada 37 dan mempunyai masalah kesihatan berkait obesiti seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit belakang kronik dan sakit sendi, apnea tidur, hiperkolesterolemia, dan lain-lain.
3. Berumur dari 16 tahun ke atas.
4. Telah mencuba pelbagai jenis diet tetapi tidak berjaya menurunkan berat badan.

Nampak macam best je bila dapat turunkan berat badan dengan banyak lepas pembedahan Bariatric kan. Tapi doktor pakar akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum seseorang itu dibenarkan membuat pembedahan ini. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bila korang memilih untuk melalukan pembedahan Bariatric  ni seperti:

1. Tidak dibenarkan hamil selama dua tahun kerana kekurangan nutrisi akan terjadi dan sangat merbahaya untuk ibu dan juga janin.
2. Perlu penyediaan emosi dan psikologi yang tinggi kerana perubahan gaya hidup.perlu dibuat dan diet sepanjang hayat supaya tidak kembali obesiti.

Kalau nak tahu, selain pembedahan Batiatric ini berjaya menurunkan berat badan tetapi ia juga berisiko yang mungkin akan berlaku antaranya seperti:

1. Berlaku gumpalan darah
2. Masalah pernafasan
3. Jangkitan kuman
4. Masalah anestesia
5. Masalah keguguran rambut
6. Kekurangan zat besi dan vitamim
7.  Ulser dalam perut

Seram pulak Liez baca tapi kalau korang sudah mendapatkan konsultasi secukupnya dari doktor bertauliah, insyaaALLAH masalah berat badan korang berjaya diturunkan. Liez baca banyak testimonial pesakit yang berjaya menurunkan berat badan selepas pembedahan Bariatik dan ada juga yang tidak menunjukkan perubahan. Kalau perasan ada selebriti Malaysia yang telah membuat pembedan Bariatrik seperti Chef Zam, Syanie dan yang terbaru penyanyi Aishah. Memang nampak ketara penurunan berat badan mereka tau. Tapi yang pasti mereka mendapatkan khidmat dari doktor yang bertauliah. Pada korang yang berniat untuk menurunkan berat badan boleh dapatkan perkhidmatan dari doktor bertauliah sahaja tau.



Kalau baca balik, memang Liez tidak boleh melakukan pembedahan Bariatric nampak gayanya. Kos pembedahan Bariatric pun agak mahal dari RM25,000 hingga RM35,000. Pembedahan Bariatric boleh dibuat di hospital-hospital terpilih di Malaysia. Nampak gayanya kena la Liez berusaha menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan dan kerap bersenam selepas ni. Jom korang, kita turunkan berat badan untuk mendapat kesihatan yang baik dan cantik.

Moral of the story, tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Even membuat pembedahan mempunyai risiko -risiko. Makanya, kita perlu menjaga pemakanan dan kerap bersenam untuk mendapatkan berat idaman korang tu. Ada macam-macam jenis diet gang korang boleh amalkan tapi yang lebih baik adalah diet makanan seimbang. Jadi siapa nak join Liez untuk kurua sebelum ramadhan?

Post a Comment

26 Comments

  1. Takut pula bila baca komplikasi yang berisiko terjadi. Selagi boleh, turunkan lah berat badan dengan cara natural yang lebih selamat macam kontrol pengambilan kalori dan riadhah setiap petang.

    ReplyDelete
  2. Baca pun dah seram.. Kawal makan je lah nampak gayanya..

    ReplyDelete
  3. diorang buat, tapi ada yg kurus abis. ada artis tu masih besar ekk.
    kos pun, mak aii!
    tapi tu la, demi kesihatan kekadang pembedahan gini perlu.
    bila obes, penyakit dtg. nak kurus secara natural, lambat. ini settlement yg segera.
    yg penting, ongkos nya ada :) hi hi

    ReplyDelete
  4. macam-macam cara nak kurus tanpa bersenam atau amalkan pemakanan sihat contoh dengan cara pembedahan. Kena sediakan duit je lah nak buat macam tu. #done follow blog sis
    http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. sekarang ni kita tengah on diet kak. kita buat exercise 15-25 mins daily. klau ada duit memang seronok buat pembedahan bariatic ni. tapi cam tkut pulak. heheheh ;) takpelah janji ada progress turunkan berat badan dah ok lah tu kan!

    ReplyDelete
  6. I pernah baca pasal kaedah ni. Memang tempting nak buat. Tapi Tu la cost nye ya ampun. Gaji berbulan bulan kerje.

    ReplyDelete
  7. Seram pula baca risiko tu especially tak leh hamil dalam masa 2 tahun. Better kita jaga pemakanan dan do regular exercise kan. InsyaAllah mesti berjaya. Duit pun boleh save g travel. Eh..buat investment for future lah. Hehe

    ReplyDelete
  8. Setuju tu... Memang nak cantik mudah lagi2 dengan kecanggihan teknologi sekarang tapi risikonya bukan calang2. Saya pun seram mendengarnya. Lebih daripada nak badan kurus, saya rasa yang penting ialah kita sihat walafiat dan bahagia. InsyaAllah tu dah cukup. Hihi

    ReplyDelete
  9. Komplikasi amat menakutkan. Baiklah diet seperti biasa dan buat senaman. Pun insyaAllah boleh turun walaupun lambat. Ngeri aih...huhu

    ReplyDelete
  10. Takutnya kita wak bedah2 ni..walaupun boleh kurus..baik kurus makan, makann berkhasiat..

    ReplyDelete
  11. Bukan senang nak jaga badan walaupun dah bedah nak turunkan berat badan, maknan juga kena jaga kan?

    ReplyDelete
  12. Tgok kos dia terus telan air liur..maknanya ramai yg dh buat rawatan ni dan berjaya kan..kalau badan macam SA x yah la kot..hehehe..

    ReplyDelete
  13. Alamak takut lak kita tengok pembedahan nak kurus ni hehehe kita diet sendiri jer wakakaka dapat juga lah turun berat badan walaupun lambat...

    ReplyDelete
  14. Fuhh! harga dia pun boleh tahan gak ek. 25k ke 30k tu. Betul la orang cakap, nak cantik tu kerna berkorban sikit.

    ReplyDelete
  15. Takpe sis, asalkan badan sihat dah sudah. Kalau kurus sangat tak sihat tak guna juga kan.

    ReplyDelete
  16. Macam menakutkan jugak tu
    Tak apa sis diet secara sihat je cut mana makanan yang tak perlu
    Airah pun dalam proses diet
    Puasa pun membantu juga

    ReplyDelete
  17. Bab complication tu yg seram tu...
    Bukan apa..kita dah la cser 2x...hematoma/darah beku pun pernah kena lpas cser hari tu...
    Serius bab2 bedah perut ni mmg menakutkan kot

    ReplyDelete
  18. oh my! kena pembedahan lagi? lebih baik stay fat.. i very timid and scared.. lol...

    tapi Mesti effectivelah, kan?

    ReplyDelete
  19. And you need to ensure the doctor that do this operation are skillful and been certified. Is a risk if the doctor did not has experience. I prefer natural way to decrease my weight. But thanks for the information.

    ReplyDelete
  20. Alamak seramnya baca. Lepas ni kena lebih teliti dan jaga pemakanan. Masalah yaya makan banyak tapi susah berat badan nak naik huhu

    ReplyDelete
  21. Seramnya baca komplikasinya. Macam mana la bila buat pembedahan tetiba mengandung. Allah tak dapat bayangkan apa jadi nanti.Memang kena jaga pemakanan la. Tak boleh main sebat je. Badan ni pun dah banyak lemak. Kena diet la macam ni.

    ReplyDelete
  22. Oh my, I better rajin rajin buat exercise before overweight. seram dengar risiko2 yg akan dihadapi...

    ReplyDelete
  23. X pyh risau, just follow nasihat doc, insyallah smua akn OK, sya slh seorg yg prnh membuat bypass gastric, dr 144kg1now 103kg,more healthy, my fb I'd Aini Bubu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung you. Sy skrg ni 141+. X tau dh cara nk kurgkn berat. Sendi2 sakit. Blkg pinggang sakit sbb pnh jatuh n seliuh. Bdn mkin naik sjak 2 thn ni. Dh mcm org preg sarat. Jln dh x larat. Mcm2 cara diet pun x jd. Mkin naik lg ada. Dh refer dr. Try dr ko pun pnh. Tp x tahan kosnya. Klu mcm ni. Apa pun x blh. Tahniah dr sy n semoga sihat mjalani khidupan.

      Delete
  24. Apa perlu saya buat utk dptkan pembedahan ini sbb saya diminta utk turunkan berat badan dlm tempoh 7 bln

    ReplyDelete