BBQ LAMB KL KEMENSAH SAJI 3 SET ISTIMEWA SEMPENA RAMADHAN

By Mrs Liez - 9:30 AM

BBQ Lamb KL Kemensah Saji 3 Set Istimewa Sempena Ramadhan
BBQ Lamb KL Kemensah Saji 3 Set Istimewa Sempena Ramadhan | Yuhuuu... happynya Liez bila sebut pasal BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sebenarnya macam nak repeat je makan dekat sana lagi. Bukan tak puas makan tapi sebab serius sedap!! Sambil menaip ni duk terkenang je menu-menu best tu. Siapa sangka dalam ibu kota yang penuh dengan bangunan konkrit, terdapat satu tempat makan dalam hutan terbaik di Kuala Lumpur.



Korang mesti ingat tahun lepas, BBQ Lamb KL Kemensah pernah menjadi viral kerana keunikkannya menikmati hidangan enak di dalam sungai? Haaa~ ada kan korang baca pasal ni. BBQ Lamb KL Kemensah ni la tempatnya. Sebenarnya Kemensah ni memang antara port favourite Liez dan keluarga kalau teringin nak berkelah sebabnya dekat dengan rumah kami di Keramat dulu.

Ok, back to the story. BBQ Lamb KL Kemensah ini telah dibuka pada tahun 2017 dan  bertempat di dalam kampung Kemensah. Landmark paling senang untuk korang ingat, belakang Zoo Negara. Aummmm~ tahu kannnn? Sempena bulan Ramadhan ini, BBQ Lamb KL Kemensah akan memperkenalkan 3 set menu untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa dalam suasana dalam hutan sambil mendengar bunyi deruan air sungai yang sejuk tu



MENU RAMADHAN DI BBQ LAMB KL KEMENSAH
Set Ramadhan ini akan mula dihidangkan pada 19 Mei hingga 12 Jun 2018.

A. Set Burung @ RM168.00 (hidangan untuk 4 orang)
Set ini menghidangkan smoked Duck, organic chicken, chicken wings dan burung puyuh.


B. Set Makanan Laut @ RM188.00 (hidangan untuk 4 orang)
Dalam set ini menghidangkan Salmon, sotong, udang dan ketam kulit lembut.


C. Set Daging @ RM188.00 (hidangan untuk 4 orang)
Dalam set ini menghidangkan Lamb Cut, Short rib, Beef Tenderloin dan Lamb ribs

Setiap set ini didatangkan sekali dengan :
  • 4 pinggan nasi herba (boleh refill secara PERCUMA)
  • 2 Jug air buah
  • Kurma
  • Puding
  • Cocktail buah-buahan
Bila dah makan, dah kenyang jangan lupa solat ye. Jangan risau, surau yang selesa disediakan. Kalau taknak solat dekat situ, boleh je solat di surau di kampung berhampiran.


APA KATA LIEZ?
Superb dan sedap makananya. Berbaloi dengan harga yang korang bayar tu. Liez suka betul dengan Smoked ducknya. Isi lembut dan juicy~ perrggghhh terliur ni. Organic chicken pula memang lembut dan cukup flavor! Belum lagi Chicken wing yang hot tu. Memang bestlah!! Siap 3 jenis sauce yang memang kena dengan semua hidangan. Aduh kalau nak sebut satu-satu memang boleh basah keyboard lappy ni. SERIUS guysss! SEDAP SANGAT! Kalau korang baca review dari pengunjung-pengunjung yang pernah ke sini pun memang tak ada yang mengecewakan. Even pemiliknya, Encik Zainuddin Yatim dan isterinya Puan  sangat ramah.

Kalau korang dah terliur dan nak sangat merasa kesedapan menu diatas, cepat-cepat hubungi pihak BBQ Lamb KL Kemensah untuk membuat tempahan awal. 

Makan di dalam sungai akan ditutup operasinya sempena bulan ramadhan ini.

Alamat 
Jalan Taman Zooview, 
68000 Kuala Lumpur
Tel / WA : 012-2114100
(En. Zainuddin Yatim)

Waktu operasi:


Bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Facebook 

Instagram 

  • Share:

You Might Also Like

25 comments

  1. Sedapnya menu-menu dia.. teringin nak cuba itik tu..

    ReplyDelete
  2. woww.. terbaik.. TB pernah gak pi mandi manda kat sini.. tempat dia jauh ke dalam kan? tapi best..

    ReplyDelete
  3. Lain dari yang lain...buka puasa dalam suasana air terjun gitu

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat berbuka kat Kemensah ni. Makin popular dah tempat ni kan. Makanan dia pun menarik yang amat..

    ReplyDelete
  5. Masa kecoh viral di TL FB. Memang dah pakat tag kengkawan sebab keunikkan tempat ni. Tapi xtahu bila nak ke sana lagi. Ini bila baca entry sis dan tengok menu nya, memang sangat mengundang ya ampun. Kena plan betul ni dgn kengkawan.

    ReplyDelete
  6. Uniknya style makanan dia dan cara penyajian tu. Adakah perlu Rawlins singgah dan try juadah di situ? Rawlins nak ajak kengkawan melawat la Kemensah nie.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya makan kambing ! Airah dengan family memang suka sangat makan daging haha famous juga tempat ni dah baca banyak review nanti confirm nak datang

    ReplyDelete
  8. Mmg dkt je ngan umah ..sedap2 belaka ketiga set tu . Berbuka puasa sambil ditemani deruan air sungai . Nyamannnn.. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  9. Such a romantic place for dinning and also spend time with family. Enjoy BBQ food while watching or playing at the small river. I want to try this experience too. and also cal take a nice breath of air.

    ReplyDelete
  10. I tried the food here before. My children love the juicy meat and I like their fresh salmon.

    ReplyDelete
  11. Ininyg viral dulu kan.. Dah semakin femes sekarang. Yelah.. Dapat makan dalam anak sungai/air terjun yg jernih ni rasa tenang je... Dulu penah dtg sini mandi manda je.. Tp xpenah mkn lg sbb xde bukak lg.. Boleh dtg sini smula nk merasa makan dlm air..lg2 tme puasa ni...hehe

    ReplyDelete
  12. Seronok yer datang ke BBQ lamb kemensah ni. Bukan sekadar makan jer boleh, boleh main sekali. memang seronok bawa family datang makan kt sini

    ReplyDelete
  13. Kalau nak datang berbuka kat sini, datang awal best. Rendam kaki dalam air sungai tu, feel rileks je.

    ReplyDelete
  14. Tak leh lupa keenakkan masakan grilled kat sini..SA suka semua pilihan..sedap betul.sup kambing tu pun pedap giler..memandangkan SA dari Seremban nanti kan so agak kurang berbaloi nak pergi sebab jauh..tapi SA akan pergi selepas bulan ramadhan..repeat sekali lagi..

    ReplyDelete
  15. Jelousnya kita selalu tengok orang makan kat dalam sungai ni jer tapi tak berkesempatan nak pergi tengok menu pun menarik yang kambing tu kegemaran kita nak juga...

    ReplyDelete
  16. Wah the serving semua besar besar, making me drool dah ni. Looks like a great place to have a family gathering while enjoying the outdoors

    ReplyDelete
  17. Bonde teringinlah pergi BBQ Lamb dekat Kemensah ni, suka dengan suanana tempat makan tu.. yang santai-santai dalam sungai tu.. bestnya, hidangan bbq tu sangat mengoda sedapnya kambing dan seafood tu... buat meleleh air liur

    ReplyDelete
  18. Tengok ramai yg up kan pasal tempat ni..buatkan hati lagi meronta ronta untuk cuba hidangan di sini. Nantilah, kalau ada masa free insaallah sis akan sampai di sana

    ReplyDelete
  19. Liezz...memang teringin betul nak kesini. Marsha ni peminat kambing. Jauh pula jarak kitorg dengan kemensah lamb ni. InsyaAllah nak cuba juga nanti. Tengok kwn2 makan teringin...hihi

    ReplyDelete
  20. Tengok gambar pun dah jatuh hati dengan tempat ni. Dah lah menu kambing favorite kita. Nampak sedap dan menyelerakan pulak tu. Makan pulak sambil tengok view menarik cmni. Kena pergi lah nanti.

    ReplyDelete
  21. Bestnya set menu berbuka di sini. Tulang rusuk tu paling best kan kak liez !! Makan2 sambil menikmati kehijauan hutan dan deruan air sungai. Mmg syiokkk !!

    ReplyDelete
  22. Nampak meriah dan esklusifla tempat ni. Kalau nak belanja atau family makan boleh ajak datang sini. Nampk macam best giler

    ReplyDelete
  23. Oh wow its such a great experience to eat on the river, and the food looks delicious too. I wish to try that too.

    ReplyDelete
  24. sronoknya ! berendam kaki dalam air sambil makan.

    ReplyDelete