BBQ Lamb KL Kemensah Saji 3 Set Istimewa Sempena Ramadhan
BBQ Lamb KL Kemensah Saji 3 Set Istimewa Sempena Ramadhan | Yuhuuu... happynya Liez bila sebut pasal BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sebenarnya macam nak repeat je makan dekat sana lagi. Bukan tak puas makan tapi sebab serius sedap!! Sambil menaip ni duk terkenang je menu-menu best tu. Siapa sangka dalam ibu kota yang penuh dengan bangunan konkrit, terdapat satu tempat makan dalam hutan terbaik di Kuala Lumpur.



Korang mesti ingat tahun lepas, BBQ Lamb KL Kemensah pernah menjadi viral kerana keunikkannya menikmati hidangan enak di dalam sungai? Haaa~ ada kan korang baca pasal ni. BBQ Lamb KL Kemensah ni la tempatnya. Sebenarnya Kemensah ni memang antara port favourite Liez dan keluarga kalau teringin nak berkelah sebabnya dekat dengan rumah kami di Keramat dulu.

Ok, back to the story. BBQ Lamb KL Kemensah ini telah dibuka pada tahun 2017 dan  bertempat di dalam kampung Kemensah. Landmark paling senang untuk korang ingat, belakang Zoo Negara. Aummmm~ tahu kannnn? Sempena bulan Ramadhan ini, BBQ Lamb KL Kemensah akan memperkenalkan 3 set menu untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa dalam suasana dalam hutan sambil mendengar bunyi deruan air sungai yang sejuk tu



MENU RAMADHAN DI BBQ LAMB KL KEMENSAH
Set Ramadhan ini akan mula dihidangkan pada 19 Mei hingga 12 Jun 2018.

A. Set Burung @ RM168.00 (hidangan untuk 4 orang)
Set ini menghidangkan smoked Duck, organic chicken, chicken wings dan burung puyuh.


B. Set Makanan Laut @ RM188.00 (hidangan untuk 4 orang)
Dalam set ini menghidangkan Salmon, sotong, udang dan ketam kulit lembut.


C. Set Daging @ RM188.00 (hidangan untuk 4 orang)
Dalam set ini menghidangkan Lamb Cut, Short rib, Beef Tenderloin dan Lamb ribs

Setiap set ini didatangkan sekali dengan :
  • 4 pinggan nasi herba (boleh refill secara PERCUMA)
  • 2 Jug air buah
  • Kurma
  • Puding
  • Cocktail buah-buahan
Bila dah makan, dah kenyang jangan lupa solat ye. Jangan risau, surau yang selesa disediakan. Kalau taknak solat dekat situ, boleh je solat di surau di kampung berhampiran.


APA KATA LIEZ?
Superb dan sedap makananya. Berbaloi dengan harga yang korang bayar tu. Liez suka betul dengan Smoked ducknya. Isi lembut dan juicy~ perrggghhh terliur ni. Organic chicken pula memang lembut dan cukup flavor! Belum lagi Chicken wing yang hot tu. Memang bestlah!! Siap 3 jenis sauce yang memang kena dengan semua hidangan. Aduh kalau nak sebut satu-satu memang boleh basah keyboard lappy ni. SERIUS guysss! SEDAP SANGAT! Kalau korang baca review dari pengunjung-pengunjung yang pernah ke sini pun memang tak ada yang mengecewakan. Even pemiliknya, Encik Zainuddin Yatim dan isterinya Puan  sangat ramah.

Kalau korang dah terliur dan nak sangat merasa kesedapan menu diatas, cepat-cepat hubungi pihak BBQ Lamb KL Kemensah untuk membuat tempahan awal. 

Makan di dalam sungai akan ditutup operasinya sempena bulan ramadhan ini.

Alamat 
Jalan Taman Zooview, 
68000 Kuala Lumpur
Tel / WA : 012-2114100
(En. Zainuddin Yatim)

Waktu operasi:


Bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Facebook 

Instagram