Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara jam 1 petang ini pada paras sederhana iaitu kurang daripada 100 di beberapa kawasan. Antaranya Cheras mencatatkan IPU 56, Petaling Jaya 72, Pelabuhan Klang 66, Shah Alam 71.
Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.
![]() |
SUMBER : SINAR HARIAN |
No comments:
Post a Comment