Buat si kaki makan, Liez nak cadangkan korang mencuba menu terbaik di VINE CAFE @ Starling Mall, Uptown Damansara. Liez telah mencuba beberapa menu yang ditawarkan. Dan apa yang Liez boleh katakan, memang sedap dan menepati deria rasa Liez.
Suasana dan persekitaran cafenya sangat relax dan cozy. Hiasan dalaman Vine Cafe ini menerapkan persekitaran yang tenang dan simple. Tidak sarat dengan dekorasi yang berat dan sangat sesuai untuk yang berkeluarga kerana Vine Cafe memiliki tempat yang sangat luas dan selesa. Jadi, jangan risau kalau korang bawa anak-anak kecil.
Juga terdapat satu section yang tertutup dan sangat sesuai jika pelanggan ingin membuat majlis kecik seperti majlis ulangtahun kelahiran , majlis ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
Jom korang usha pula antara menu-menu yang dihidangkan di Vine cafe ini
Vine BLT @ RM 15 |
Prawn Aglio Olio Squid Ink Spaghetti @ RM 28 |
Mushroom Pesto Spaghetti @ RM 23 |
Fish Parmigiana @ RM 23 |
Chicken Roulade @ RM 25 |
BBQ Beef Burger @ RM 27 |
Summer Sweet & Sour Salad @ RM 20 |
From The Garden Salad @ RM 16 |
Meat Lova Lova Pizza @ RM 34 |
Oreo Milkshake @ RM 17 |
Beef Nachos @ RM 28 |
Muesli Trifles @ RM 18 |
Chocolate Dome adalah hidangan brownie bersama ais krim vanilla yang ditutupi dengan dome yang dibuat dari coklat. Dihidang bersama coklat cair panas untuk dituang keatas dome berkenaan. Liez sangat teruja bila coklat panas itu mula mencairkan dome coklat berkenaan. Dan yang pastinya rasa brownie yang tidak manis dan limpahan coklat cair yang lazat. Korang kena cuba tau...
Pastikan Vine Cafe Starling Mall ini termasuk dalam list tempat makan yang wajib korang kunjungi. Dan Liez jamin yang korang tidak akan kecewa dengan makanan yang dihidangkan. Banyak lagi menu yang ada dan yang pastinya sedap.
VINE CAFE @ STARLING MALL
6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-7662 5996
Facebook
Instagram
9 Comments
terliur sha pagi pagi ni tengok makanan sedap haha
ReplyDeleteNampak sedap (^_^).
ReplyDeletesedapnya,menarik...harga pun tertarik..hihihihi
ReplyDeleteJemput klu sudi nak ajak join giveaway nieyl http://seindahcerita.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
terliur pepagi ni dibuatnya nak pulak dome brownies tu. Nanti kena jejak ni sebab dekat sangat dah dengan rumah!
ReplyDeleteu must go... cuba dulu varu tau sedap ke tidak
Deleteya ampun !!!!! cemana la kite nak kurus cani kak.. hahahaha~ asal food review mesti makanan dorang sesedap.. ni dah terliur ni.. memang kena pegi gamak nye..
ReplyDeleteawak kena try...serius akak duk asyik push husband jom pergi makan kat situ
DeleteAdoii lahhhh salad tu...ngancam tekak sangat ni
ReplyDeleteserius smua nmpak sedap. dah tengah lapar ni
ReplyDelete