Memang berhantu betul datang Pasar Payang ni. Duit lesap kejap macam air. Membeli belah tak hinggat. Seram bila tengok dalam purse tinggal berpa RM je huhuhu. Rambang je mata ni tengok macam -macam barangan dekat situ.

Tidak sah jika tidak ke Pasar Payang bila menjejakan kaki di negeri Terengganu ini. Kali ini memang kena juga ke Pasar Payang memandangkan Liez tidak berkesempatan untuk ke Pasar Siti Khadijah Kelantan sehari sebelumnya. Disamping ingin melihat sendiri Pasar Payang ini boleh juga Liez membeli sedikit Ole-Ole untuk dibawa ke Kuala Lumpur.




Liez ke sana awal pagi hari jumaat iaitu hari cuti bagi negeri - negeri pantai timur kecuali Pahang. Jadi keadaan agak sesak dan ramai oaang sibuk membeli barangan keperluan. Liez baru tahu rupanya selain menjual makanan-makanan tradisi, kain batik dan sutera, songket juga terdapat pasar menjual makanan basah seperti ikan, ayam, buah - buahan dan sayur-sayuran. Memang menjadi tempat tumpuan penduduk Terengganu untuk membeli belah.


Juga ada yang menjual barangan logam seperti acuan kuih-muih, tepak sireh,barangan dari rotan dan mengkuang dan banyak lagi barangan keperluan yang terdapat disini. Dan Liez perhatikan, ramai peniaga dalah kaum wanita sama seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Liez dan keluarga hanya membeli sedikit ole-ole kerana kereta dah penuh dengan bag masing-masing. Liez dapat membeli keropok kering, sos cicah, baju tidur batik untuk anak-anak, kain batik dan pelikat untuk keluarga mertua dan sedikit makanan tradisi untuk bekalan di perjalanan.




Memang rambang mata bila tengok barangan di Pasar Payang ini. Dengan pelbagai barangan yang jarang kita jumpa di Kuala Lumpur dan harga pun murah. Liez sangat tertarik dengankain batik sutera yang sangat cantik coraknya dengan dihias dengan batu berkilau. Memang memikat. Mulalah terfikir nak beli untuk raya tahun depan. Tapi budget tak berapa nak ada, so Liez hanya beli kain batik 2 pasang untuk dibuat kain baju kurung.



Kalau korang ke sana waktu pagi dan belum bersarapan, boleh juga korang merasa pelbagai makanan di tingkat dua. Banyak kedai-kedai yang menjual makanan terutama makanan orang Terengganu seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang,Nasi Ayam ,k Lemak dan pelbagai lagi. 



Dan ini kali pertama Liez jumpa telur penyu. Serius macam jakun kejap hihihi. Banyak juga kedai yang menjual telur penyu mentah atau telur penyu masin. Liez belum lagi berniat hendak merasa sebab terkenang pulak penyu yang menangis setiap kali bertelur dan tinggalkan telur di pantai. Macam sayu je huhuh. Tapi seonok bila dapat pegang telur penyu tu.