LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST


Sekali lagi, Lazada Malaysia yang merupakan talian membeli belah dalam talian nombor satu di Tenggara Asia mengadakan contest untuk blogger-blogger yang memberi sokongan padu kepada Lazada Malaysia selama ini. Sempena dengan  Lazada Online Revolution: Shop The Universe ,Lazada Malaysia menawarkan pelbagai tawaran menarik dan termurah di kebanyakan produk-produk terlaris dan terkenal mereka untuk sambutan cuti perayaan dan cuti sekolah bermula dari 11 November sehingga 14 Disember 2017.

Liez tidak ketinggalan untuk menyertai contest ini walaupun agak lewat. Dan semoga kali ini Liez dipilih untuk memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan. Jadi beberapa soalan yang Liez perlu jawab berdasarkan penulisan ikhlas tau... Tak tipu ye hihihi


`1
a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 
Ok masih segar diingatan pertama kali terjebak dengan Lazada adalah pembelian Slap Chop Kitchenware pada 26 Ogos 2014.


Sebenarnya Lazada adalah shopping online pertama Liez cuba. Memang takut nak beli secara online walaupun tidak ada pengalaman kena tipu ke tapi bila dah baca beberapa review dan kawan-kawan juga bagi review terbaik jadi Liez beranikan diri membuat pembelian di Lazada Malaysia.

Dan alhamdulillah, pembelian pertama Liez ini diterima dengan selamat nya dan cepat. Walaupun terima lepas cuti panjang. Tapi Liez berpuas hati. Barang yang diterima pun bagus dan masih lagi digunakan.



b. Which types of products would you prefer buying online?
Since Liez menjadi surirumah sepenuh masa dengan melayan anak-anak ni memang tiada masa untuk keluar shopping sangat terutama membeli barangan kosmetik. Dan syukur sekarang barangan kosmetik juga boleh dibeli secara online. Tak perlu Liez nak bawa anak-anak masuk ke kedai yang penuh dengan barang-barang tu. Belum lagi kalau anak-anak sibuk memilih barangan yang mereka suka. Punah duit mama tau hihihi. So bila barangan kosmetik boleh dibeli secara online memang mudah. Dan satu lagi barangan elektik yang boleh Liez katakan boleh dapat dengan harga jauh lebih murah dari pembelian di kedai.



c. What to you love about online shopping? 
Apa yang Liez suka tentang shopping secara online ialah Liez tak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan barangan yang diperlukan. Tak perlu bawa anak-anak kecil bersama itu yang Liez pentingkan. Jenuh juga nak bawa anak-anak kecik ke pasaraya ni. Tak perlu tempuh kesesakkan jalan raya kalau tiba hari perayaan. Hanya perlu telefon bimbit atau tablet atau komputer untuk membuat pembelian, mudah !!

Harga yang ditawarkan secara online juga lebih murah dari beli dipasaraya atau kedai. Banyak juga perbezaan harga yang Liez dapat kesan. Hihihihi biasalah Liez akan usha dulu harga dikedai dahulu sebelum membuat pembelian secara online.

Perkhidmatan penghantaran yang cekap memang Liez suka bila membuat pembelian secara online. Mudah dan cepat barangan sampai didepan pintu rumah. Tidak perlu mengusung plastik-plastik barangan dengan diapit anak-anak kecil ni. Dan yang pastinya penghantaran PERCUMA !! UUUiiishhhh memang tak boleh nak elak tawaran macam tu hihihi

Dan ada juga ada barangan esklusif hanya direka dan dijual secara online sahaja. Memang rare orang sekarang cakap. Kaedah pembayaran juga membuatkan Liez suka membeli belah secara online. Boleh dibayar dengan menggunakan kredit kad, debit kad atau secara pemindahan wang. Dah tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan duit dimesin ATM lagi dan bebas wang tunai. 

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 
Salah satu barang yang Liez nak waktu Online Revolution sale ini adalah Philip Presure cooker Electric. Ramai juga sahabat-sahabat blogger yang ada periuk magik ni. Katanya sangat mudah kalau memasak menggunakanya even nak masak bihun goreng pun tak perlu rendam bagi lembut. Liez dah la terliur tengok periuk Philip ni tapi bila tengok harganya, hmmm tak jadi nak beli.Tapi bila tengok Lazada jual hanya RM317.00 memang bodek encik suami la.... hihihi



Barang kedua adalah set cadar dari Jean Perry yang memang favourite cadar rumah Liez. Design Jean Perry memang tak pernah mengecewakan dan semuanya cantik. Seronok nak tidur bila tengok cadar Jean Perry. Kalau sebut pasal harga memang Jean Perry agak mahal tapi cuba tengok berapa Lazada tawarkan?? Berbaloi tu untuk beli tau..



Korang jangan lepaskan peluang untukdapatkan barangan-barangan pilihan korang di Lazada. Memang murah dari harga yang pernah ditawarkan sempena Lazada Online Revolution: Shop The Universe. Tawaran akan tamat tidak lama lagi dan pasti kan korang grab sebanyak yang boleh.
Jangan risau kalau korang tak ada komputer atau laptop, handphone korang pun boleh muat turun aplikasi Lazada dan korang boleh membeli dimana dan bila-bila masa sahaja.

Jom bloggers  yang belum sertai contest ini boleh la post entry secepat mungkin kerana tarikh akhir adalah pada 14 Disember 2017. Hadiah yang ditawarkan pun lumayan jika mendapat penyertaan lebih ramai ok.


1. Penyertaan kurang dari 200 ( 25 pemenang dipilih)
Hadiah pertama: 1 x RM300 voucher
Hadiah kedua: 9 x RM150 voucher
Hadiah ketiga: 15 x RM100 voucher

2. Penyertaan lebih dari 200 ( 50 pemenang dipilih)
Hadiah pertama: 1 x RM500 voucher
Hadiah kedua: 15 x RM150 voucher
Hadiah ketiga: 34 x RM100 voucher

3. Penyertaan lebih dari 350 (80 pemenang dipilih) 
Hadiah pertama: 1 x RM750 voucher
Hadiah kedua: 35 x RM150 voucher
Hadiah ketiga: 44 x RM100 voucher

4. Penyertaan lebih dari 500 (111 pemenang dipilih
Hadiah pertama: 1 x RM1000 voucher
Hadiah kedua: 50 x RM150 voucher
Hadiah ketiga: 60 x RM100 voucher

Jangan lupa join tau dan jangan lupa shopping di Lazada Malaysia

Post a Comment

5 Comments