PENGALAMAN QASEH KE PRA-SEKOLAH

PENGALAMAN QASEH KE SEKOLAH
Ini adalah pengalaman pertama Liez bila hantar anak ke sekolah. Sebelum ni hanya pernah hantar anak-anak ke nursery. Tapi kali ini ke sekolah. Liez dan Dearie decided untuk hantar Qaseh ke sekolah untuk umur 5 tahun. Sekolah yang Liez pilih hanya berada dibawah Kondo kami tinggal. Senang nak hantar dan jemput dari sekolah. Liez pun dah survey cara pembelajaran disitu dan kami berpuas hati. Sebenarnya Liez dah merancang nak masukkan Qaseh ke PASTI tapi bila memikirkan jarak agak jauh jadi kami cari yang berhampiran. Kalau sebut pasal fee untuk pendaftaran, sama je dengan tadika-tadika lain seperti Little Caliph dan Genius Aulad. Beribu juga kan? Hmmm bab tu malas nak komen nak fikir sebab memang kos persekolahan sekarang agak tinggi. Macam mana pun kena juga usaha untuk masukkan Qaseh ke sekolah.

Risau juga bila nak hantar Qaseh ke sekolah. Mana tahu dia menangis tak nak kan? Tapi since masa Liez start daftar bulan 11, dia asyik je sebut nak ke sekolah. Even tiap kali iklan di tv pasal sekolah akan dibuka,dia asyik bertanya bilanakbeli barangan persekolah dan bila nak mula sekolah.


Hari pertama persekolahan, Dearie yang hantar Qaseh ke sekolah. Liez pula, kebetulan kena bawa Niyaz ke klinik untuk check up. Tapi Liez sempat singgah sebentar di sekolah nak tengok Qaseh dan kawan-kawan sudah beratur di luar sekolah untuk perhimpunan. Comel sangat Liez tengok.

Dua hari juga teacher Ayu update aktiviti anak-anak di sekolah. Alhamdulillah, Qaseh tak menangis dan pandai bawa diri di sekolah. Pandai berkawan sebenarnya tapi Qaseh agak kasar macam Liez. Setiap hari, Qaseh akan cakap dia ada suprise untuk Liez. Rupanya, dia suprise Liez dengan aktiviti-aktivivti yang dilakukan disekolah setiap hari. Sweet sangat. DanLiez sediakan satu file untuk QASEH simpan semua yang dia belajar disekolah.Boleh buat kenangan dan dia boleh tengok semula bila dia sudah besar nanti. InsyaaALLAH


Alhamdulillah, sudah masuk minggu ketiga persekolahan dan Qaseh tetap semangat hendak ke sekolah. Walaupun agak susah bila disuruh mandi di awal pagi tapi kenalah pandai bermain psikologi dengan anak-anak kan? 



Niyaz pun sibuk nak pakai kasut sekolah

Post a Comment

11 Comments

  1. Awh, so cute :) Mesti seronok tgk anak pergi sekolah kan. walaupun susah nak mandi waktu pagi tu. Tapi, haha. Bertabahlah kak. Mesti nanti lama lama dia jadi seronok and sendiri offer diri nak mandi nak gi sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la sabar je la mama pun.. hr2 benda yang sama.. susah nak mandi lepas tu bila dalam toilet taknak kluar pulak..

      Delete
  2. gambar niyaz yang last tu comel sangat ! :D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    semoga terus dipermudahkan...Amin...

    ReplyDelete
  4. serius.. acik berkenan betul dengan warna baju kakak qaseh ni.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... combination color mcm cantik la kan...

      Delete
  5. terkenang kat my kiddos waktu pertama kali ke taska...

    ReplyDelete
  6. Niyaz pun nk join kakak qaseh g school juga ke? Senang kan liez anak sek bawha rumah tu je. Keselamatan pun terjamin.

    ReplyDelete
  7. Cantik warna uniform sekolah Qaseh.. Qaseh smart girl tentu excited pi sekolah.. Nampak ceria semua 💕..

    ReplyDelete