"Mama,
kakak dah selsema"
"Ala
kesiannya. Ada kawan kakak yang tak sihat ke?"
"Ada,
Aishah"
Tapi boleh jadi sebab cuaca
sekarang yang dingin membuatkan anak tidak sihat. Lagipun virus mudah
berjangkit pada anak-anak kan? Mulalah Liez sibuk sapukan balm dan sanggup
sedut hinggus asalkan anak-anak selesa. Tak keruan bila fikir bila malam nanti,
mereka akan menghadapi masalah pernafasan berbunyi dan tidur tidak nyenyak.
Mulalah mood anak-anak pun berubah asyik meragam saja. Lagi risau kalau
berjangkit pula pada si adik, lagi parah!! Siapa lagi yang terpaksa berjaga
malam memantau anak-anak, mama juga kan? Bukan mengeluh tapi itulah yang harus
dihadapi bila anak-anak berdepan dengan masalah kesihatan
Liez masih ingat bila tahun
2016, negara kita diserang penyakit Hand, Foot, Mouth disease (HFMD) dan
Influenza A H1N1.Ia terus menjadi masalah diseluruh dunia dan
meragut banyak nyawa. Lebih berisiko bila virus ini senang berjangkit pada bayi
dan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun juga ibu mengandung. Dan ketika itu, kerajaan terus melancarkan
kempen mengatasi masalah penyakit ini dan mencari cara mengubati yang berkesan. Dan
yang paling menakutkan tiada vaksin atau ubatan sedia ada untuk mengatasi
penyakit virus ini.
Apa itu HFMD?
Ia disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus
meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71) yang menular
melalui sentuhan dengan cecair hidung, air liur, luka dan najis
kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan
yang tercemar dengan virus HFMD. Mengikut kajian, tahap bakteria yang
berada di luar atau di taman permainan lebih banyak dari bakteria di tandas
kita. Gerun dengar kan?? Bayangkan jika anak-anak seharian bermain diluar rumah
dan balik ke rumah dengan membawa balik virus yang merbahaya ini. Faktor
utama merebaknya penyakit adalah disebabkan kebersihan diri dan persekitaran
kita.
Kini, korang tidak perlu risau lagi sebab THYMOS® memperkenalkan satu formula semburan yang mampu membunuh virus penyebab HFMD iaitu THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray. Keistimewaan THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray adalah disinfektan yang berkuasa tinggi yang direka khas dalam membantu para ibu dalam mempersiapkan anak-anak dalam mencegah penyakit HFMD. Ia seakan perisai untuk anak-anak yang seharian terdedah dengan wabak penyakit ini. Telah berjaya dipasarkan dan mendapat sambutan hebat di 29 negara dalam masa 6 bulan.
Hanya
dengan satu semburan mampu melindungi anak-anak
kita
selama 10 hari? Biar betul?!!
THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray adalah
sanitiser luar biasa yang terbukti secara klinikal membunuh 99.99% virus
dan bakteria yang paling kecil dan paling merbahaya seperti virus penyakit HFMD
EnteroVirus dan selsema Influenza A H1N1. Dengan satu semburan sahaja
ia mampu melindungi anak-anak kita dari mendapat penyakit HFMD atau selsema
berulang dan ia mampu bertahan selama 10 hari. THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray satu-satunya menggunakan revolutionary
“Self-Sanitizing” Technology dari United Kingdom adalah yang terbaik di dunia. Teknologi Pembersihan Automatik ini telah dipaten, dan ia mengandungi
mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik
yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum
ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik
apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.
Kandungan THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray
tidak mengandungi alkohol, tiada Paraben, tiada toksik, tiada Antibiotik dan tiada
Steroid. Juga sangat selamat pada kulit kerana mengandungi pH5.5. Jadi
korang tidak perlu risau jika terkena pada kulit.
THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray hanya untuk kegunaan
luar sahaja. Kandungan botol kecil mampu bertahan sehingga lebih kurang 170 kali
semburan. Boleh di semburkan pada:-
* pakaian
* barangan permainan
* meja dan kerusi bayi di
restoran
* bantal dan tilam
* atau semua permukaan yang
bersesuaian
Hanya semburkan sekali pakaian anak-anak seperti pemakaian minyak wangi, semburan pada barangan mainan dan kerusi anak-anak sudah cukup melindungi mereka dari mendapat penyakit merbahaya ini. Bersaiz kecil, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Antara barangan yang wajib ada didalam bag atau laci untuk melindungi anak-anak korang.
Boleh dapatkan produk THYMOS® Anti
HFMD/FLU Spray di
semua Guardian Pharmacy Malaysia dengan harga promosi RM69.90 sahaja (harga
asal RM75.00).
Untuk keterangan lanjut boleh
lawati:
Website:
www.thymos.uk
Facebook:
www.facebook.com/thymos.uk
Instagram:
www.instagram.com/thymos.global
Pembelian boleh dibuat secara online
Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/
OR
untuk kita mak-mak ada anak kecik memang keperluan ni!wajib buh dalam handbag!
ReplyDeleteperlu ada untuk melindungi tersayang supaya tidak dijangkiti virus berbahaya ni
ReplyDeleteMemang perlu ada untuk melindungi anak-anak dan ahli keluarga..
ReplyDelete