Riverside cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan Dengan Konsep Pasar Malam| Banyak kan?? Memang banyak! Liez sendiri dah tak tahu nak makan yang mana satu hihihi~ Baru-baru ini Liez telah menghadiri review Ramadan Buffet Riverside Cafe di Putra World Trade Centre (PWTC). Kalau bab makan, laju je Liez pergi kikiki~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan
Dengan Konsep Pasar Malam
Riverside Cafe menawarkan lebih 300 juadah untuk berbuka puasa dengan konsep Pasar Malam / Bazaar Ramadan yang memang seakan sinonim bila datangnya bulan ramadan. Tapi ni pasar malam dalam bilik berhawa dingin ye, sejukk~ Ada 24 gerai yang dihias seakan gerai untuk memhidangkan pelbagai jenis makanan dari makanan utama hingga ke hidangan pemanis mulut. Chef Esklusif, Suzaini Mohamed Salih dan pasukan chef- Chef PWTC yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hidangan menu istimewa masakan ala kampong bertukar setiap hari.

Makanan Kampung yang ditawarkan semua memikat selera Liez. Terutama sekali Daging Gulai Kawah, Sotong Masak Lemak Nenas, Dagi





Gerai-gerai pasar malam yang ditawarkan di Buffet Ramadan Riverside Cafe PWTC


Gerai Laksa dan bihun/mee sup
Pulut kuning, lemang dan telur pindang
Gerai satay ayam dan daging
Gerai minuman seperti Tea tarik cincau, air tebu, air barli, air mata kucing dan air sirap
Kambing Golek
Gerai Nasi Kerabu
Gerai Nasi Kandar
Gerai nasi goreng dan kuew Teaw Goreng

Pembuka Selera
Kerabu kacang botol, kerabu ikan masin, Acar buah, sambal tempe,serunding ayam dan daging dan banyak lagi.




Ulam-Ulaman dan sambal
Daun gajus, jantung pisang,tenggek burung dan banyak lagi. Sambal belacan, tempoyak, budu, cencalok, Air asam dan banyak lagi.



Pemanis Mulut (melayu dan barat)
8 jenis kuih muih melayu, 3 jenis bubur manis, Aneka biskut, Dodol, bahulu, wajik, tapai ubi dan tapai pulut. Pelbagai pai, jeli, puding, mousse dan biskut.






Buah-buahan
Nenas, tembikai, buah mata kucing, tembikai susu, betik dan banyak lagi


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik indah dan nyanyian oleh kumpulan Picha-Picha dinyanyikan oleh Linda Eva. Bertambah selera dengan halwa telinga yang merdu tu kan~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadan 
Yang nak tunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih, di paras 3 PWTC terdapat surau Ar-Rahman yang sangat selesa untuk pengunjungnya.

HARGA
Harga yang ditawarkan adalah RM88/dewasa, RM75/warga tua yang berusia 60 tahun ke atas dan RM45/kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018. Nak harga lagi murah?? Tempah awal sebelum 16 Mei 2018 dan pengunjung dapat dengan harga RM75 sahaja.

Untuk  persendirian atau korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa juga boleh dibuat di Riverside Cafe PWTC dengan harga dari RM98/orang siap dengan hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang solat khas dan kadar bayaran parkir tetap.

PROGRAM BERAMAL DI BULAN RAMADAN
Pihak PWTC juga akan mengadakan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadan" untuk membantu meraka yang tidak bernasib baik dengan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, sumbangan bekalan makanan dan wang tunai akan diberikan pada beberapa rumahcpenjagaan orang tua dan anak-anak yatim.

Untuk tempahan dan pembelian baucer di
Kaunter Tempahan di aras 2 PWTC
Masa: 9.00pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Tel: 03-26146701/6702 atau 03-2614 6262

Riverside Cafe
Putra World Trade Sentre
Paras 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur