RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR


RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR | hai korang. Lama Liez tak bersiaran kan? Bulan Jun memang Liez stop blogging sekejap sebab fokus untuk bulan ramadhan. Lepas Ramadhan sibuk pulak persediaan nak raya pula. So memang Liez tak sempat nak on laptop. Hanya dapat usha blog dari HP je. So since dah settled semua, Liez nak mula semula blogging ni. Yang bestnya, dalam dok fikir nak mula aktif tapi otak macam dah tepu nak menaip apa.
RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
So Liez nak mulakan entri bulan Julai dengan resepi dulu. Best pasal resepi ni adalah sebab udang galah ni Liez beli dengan harga RM1 seekor!! YES~ seekor RM1 je.. Kalau nak yang besar sikit RM3 seekor. Murah kan? Liez mulanya terkejut tapi bila Liez singgah ke gerai tu, memang betul.. Tapi Liez beli 10 ekor sebab tak berani nak beli banyak. Balik rumah terus cuci dan masak buat En. Dearie berbuka puasa. Kira celebrate habis puasa 6.

Bahan-Bahan
10 ekor Udang Galah
1 batang serai* diketuk
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
3 susu besar sos tomato
2 susu besar sos tiram
Sebiji bawang besar * hiris kasar
Air
Garam
Daun bawang* cincang halus untuk hiasan

Bahan dikisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci Halia


RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan serai hingga garing. 
2. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
3. Tuang sedikit air dan masukkan udang galah. Biarkan hingga masak dan boleh masukkan bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang untuk lebih aroma. Hidangkan.
RESEPI UDANG GALAH SWEET SOUR
Nota:
1. Resepi ini juga boleh digunakan untuk ikan.
2. Kepedasan boleh ikut selera masing-masing. Nak pedas boleh tambahkan lagi cili kisar.

Selamat mencuba!!

Post a Comment

5 Comments

  1. seriously, aida suka giler makan udang.
    apa lagi udang galah!
    tapi, now elergi terhadap udang tahap maksima.
    kopek udang ajer pun, lom makan lagi, jari jemari dah gatal :(

    aida tag mrs.liez utk join giveaway, if free, join la ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap udang galah ni walaupun katanya kolam punya.
      takde bau yg tak best..
      nnt liez join GA

      Delete
  2. Replies
    1. mmg sedap..takdebau hanyir pun walaupun katanya kolam punya.

      Delete
  3. Pergh!! Murahnya.. dekat mana nie Liez.. Sedap pula tengok udang tu besar besar..

    ReplyDelete