JAMU SELERA MENU ISTIMEWA DI INDOBOWL CAFE | Assalamualaikum. Minggu lepas Liez berkesempatan ke satu cafe yang menyajikan mee segera sebagai menu utama. Makan lagi!!! hai la Liez ni, asyik pasang niat nak diet tapi ke laut je hahahha~ Cafe yang Liez terjah ni pernah viral di social media kerana keunikkan dan kelainan dalam setiap hidangannya. Hmmm, sound interesting kan?


INDOBOWL CAFE SUNGAI BESI
Indobowl cafe ini di inspirasikan untuk memperkenalkan menu makanan berkonsepkan street food atau makanan jalanan yang terkenal di Indonesia. Makanan utama yang digunakan ialah mee segera Indomie. Sebenarnya Liez teruja nak cuba menu viral yang popular dan menjadi pilihan pelanggan di Indobowl cafe ini. Antara menu yang Liez cuba


Jumbo Mambo Seafood Soto @ RM 39.90
Menu ini didatangkan dengan portion yang sangat besar. Boleh dimakan untuk 2hingga 4 orang. perrghhh~ memang jenuh nak habiskan tau. Kalau korang datang ramai, memang sesuai order Jumbo Mambo Seafood Soto ni. Isinya penuh dengan pelbagai makanan laut seperti udang besar, sotong, isi ketam dan fishball. Standard rasa soto dan yang penting pedas. Baru la terangkat!


Indomie Salted-egg Chicken @ RM 11.90
Ini adalah favourite Liez. Dalam satu mangkuk Indomie ada beberapa ketul isi ayam yang digoreng dan disalut dengan kuning telur masin. Dimakan dengan sambal belado, telur mata kerbau dan hirisan timun. Pergghh~ memang sedap sebab secocok dimakan dengan sambal tu.



Indomie Cheesy Chicken Chop @ RM 14.90
Menu yang sangat sesuai untuk yang sukakan cheese dan tidak pedas. Maknanya korang boleh order untuk anak-anak makan. Semangkuk Indomie dihidangkan bersama ayam yang di pan-grilled dan dituang cheese cair, telur mata kerbau dan hirisan timun.



Satay Ayam Madura (set of 5) @ RM 8.00
Kalau tengok macam satay ayam biasa tapi sebenarnya lain. Ia saluti dengan kuah kicap istimewa dan ditabur dengan hirisan bawang. Ada satu rasa istimewa iaitu rasa Indonesia di situ. Haa! macam mana nak terangkan rasa Indonesia tu? Tak tahu nak terangkan. Mungkin sebab Liez ada darah keturunan Minang Indonesia so boleh tahu rasa Indonesia tu. Sedap!!



 Giant Es Cendol (kiri) Giant Soda Gembira (kanan) @ RM8.90
Minuman ini memang korang kena share 3 orang pun boleh. Memang besar gelasnya. Giant Es Cendol pekat dengan rasa lemak santanya. Giant Soda Gembira tu adalah air sirap bandung yang dicampur air soda dan biji selasih.


Antara menu yang Liez cuba, Liez memang suka dengan Indomie Salted-egg Chicken dan pilihan kedua adalah Satay ayam Madura.
Liez bagi 8/10, yeay!!

Bagi yang tak makan mee segera atau Indomie, ada juga menu-menu lain yang boleh korang cuba disini iaitu pilihan nasi goreng, pilihan Indomie, satay dan sambal matah special.



Dekorasi Indobowl cafe ni memang cool, suasana dan dekorasi cafenya sangat simple dan minimal. Tidak terlalu sarat dengan dekorasi dan yang penting rasa relax. Liez suka suasana macam ini sebabnya Liez dapat menikmati makanan dengan lebih fokus dan tenang..ahak~ Poyo tak? hihihi. Untuk cafe pula Liez bagi 10/10 sebab Liez sukakan suasana yang ringkas dan bersih dan tiadabau yang tidak menyenangkan.







Kalau korang nak cuba makan Indomie dengan citarasa lain dari yang lain,boleh ladatang ke Indobowl Cafe. Mepunyai 2 cawangan, satu di Subang Jaya dan yang kedua di Sungai Besi. Kalau nak datang makan beramai-ramai boleh buat tempahan seperti details dibawah.
Cawangan: Indobowl SS15

66, Jalan SS 15/4C, SS15

47500 Subang Jaya


Cawangan : Indobowl Sungai Besi

72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

Hubungi:
019- 542 6869

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad 
10 pagi hingga 10 malam

Website:

Facebook:

Instagram: