PRODUK BOTANECO GARDEN DARI SUMBER SEMULAJADI MINYAK CHIA SEED DAN MADU UNTUK KELEMBAPAN PADA KULIT DAN RAMBUT | baru-baru ini Guardian telah memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey di A Cut Above bagi berkongsi rahsia cantik dengan produk berinsiprasikan kepada alam sekitar.

Perlancaran yang bertemakan 'Be a Mess Free Beauty' juga mengadakan sesi "DIY" untuk menghasilakan ramuan kecantikan dengan menggunakan biji Chia Seed dan madu yang sesuai untuk kulit dan rambut kering hingga normal.

Faktor utama masalah kulit dan rambut kering adalah kerana keadaan persekitran yang berhawa dingin,mandi, kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut dengan kadar suhu yang tinggi dan salah menggunakan produk yang sesuai. Selain itu, peningkatan usia membuatkan kulit makin kurang anjal dan kulit kepala kurang mengeluarkan minyak. Jadi dengan rangkaian Botaneco Garden boleh menyelesaikan masalah ini.

Gambar oleh www.umifuzy.com
Michelle Yeap - Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd
"Diinspirasi dari alam semulajadi, produk yang melembab secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh para pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak chia seed dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal. Pelanggan tegar kami sukakan produk kecantikan DIY yang disediakan di rumah tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan  untuk menghasilkannya. Penyediaan membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka menggunakan resepi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini" 

Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey

Produk Botaneco Garden dari Organic Chia Seed oil dan madu mengeluarkan 6 produk yang diformulasikan dari 100% minyak Chia Seed organik dari German untuk memulihara kelembapan semulajadi kulit dan rambut. Ekstrak madu dari Peranchis pula akan menjadikan kulit kekal lembap kerana mengandungi kandungan vitamin,mineral dan anti-oksidan yang tinggi. Dua bahanyang sangat bagus untuk meberikan kelembapan serta hidrasi yang sesuai untuk kelit kering dan normal. Produk Botaneco Garden juga telah diuji secara dermatologi dan terbukti berkesan serta tidak di uji ke atas haiwan.


 

1. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Shampoo
2. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect conditioner 
Harga: RM18.77 setiap satu (500ml)
Sesuai untuk rambut kering dan rosak kerana ia membantu melembabkan dari dalam bagi mengembalikan rambut yang berkilat dan licin secara semula jadi. Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed protein yang membantu meningkatkan kekuatan rambut,mengurangkan rambut bercabnag dan melicinkankutikel rambut yang rosak. Selain itu membantu melindungi rambut rosak dari sinaran UV, haba dan air laut.


3. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Hair Oil
Harga: RM17.83 (95ml)
Sesuai untuk rambut kering dan rosak kerana ia membantu melembabkan secara mendalam untuk memulihara,melembutkan dan melicinkan rambut. Ia juga menambah baik keanjalan rambut dan mudah diurus ketika disikat. Diperkaya dengan Vitamin E dan Hydrolyzed protein yang membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan rambut bercabnag dan melicinkan kutikel rambut yang rosak. Selain itu membantu melindungi rambut dari rosak daripada haba sehingga 185, UV dan air laut.

 

4. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Body Wash
5. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Body Lotion
Harga: RM18.77 (500ml)
Untuk kulit kering kerana ia membantu memulihara dan melindungi kulit daripada masalan luaran selain melegakan kulit.  Di adun dengan CoQ untuk membantu mengurangkan kedutan selain membantu kulit lebih licin dan lembut.


6. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Hand Cream 
Harga: RM9.34 (60ml)
Boleh digunakan setiap hari  dan dapat membantu menyegarkan dan melindungi kulit. Ia diformulasi untuk meberikan sapuan yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit.

Selain Botaneco Garden Organic Chia seed and Honey terdapat 4 lagi produk iaitu Inca Inchi dari Incha Inchi dan Aloe Vera, Premium Organik Argan and Olive oil, Botaneco Garden Baby dan Trio Oil yang boleh didapati di 400 Guardian Seluruh Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Botaneco Garden, sila layari

Website:

Instagram 


Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk  Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 3 juta pelanggan di Malaysia sebulan di seluruh negara.

Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tadbir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa. 

Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam usaha-usaha yang membantu menyedia serta mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.  

Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015. Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:

Makanan
Supermarkets 
Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di Indonesia
Hypermarkets 
Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
Convenience stores 
7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau

Kesihatan dan Kecantikan
Mannings di Greater China, Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina
Perhiasan Rumah
IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia
Restoran
Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam. 
Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senarai kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.