Majlis Perasmian Uptown M3 Mall Meriah | Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas Liez agak sibuk dengan hal rumahtangga, anak-anak dan juga event yang harus di hadiri. Antara event yang Liez hadiri ialah Majlis Perasmian pembukaan Uptown M3 Mall di Melati. Happening betul sebab ada persembahan artis popular tau!

Pada 1 Disember 2018 berlangsungnya majlis perasmian pembukaan Uptown M3 Mall yang dikelolai oleh Double Two Resources. Pembukaan Uptown M3 Mall ini adalah untuk peluang kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga tidak kira perniagaan makanan, minuman, pakaian dan aksesori juga tidak ketinggalan food truck. Juga ada hiburan dari artis-artis yang akan berlangsung sepanjang ia beroperasi.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan beberapa artis popular seperti Zul Handy Black dan As Salam Buskers, Baggio, Thalia Mentor, Yana dan Ameng. Dalam majlis ini, Yazit bekas pemain drum Search telah dilantik sebagai Duta Uptown M3 Mall dimana ia adalah salah satu cara pihak Double Two Resources membantu Yazit yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan. Selain membeli, pengunjung boleh menderma untuk membantu artis veteran dan baru yang memerlukan bantuan dan mendapat sokongan dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)Terdapat Celebrity corner dimana para artis berpeluang berniaga dan memperkenalkan produk mereka juga beramah mesra dengan peminat mereka.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Uptown M3 Mall beroperasi dari hari rabu hingga ahad bermula jam 9.00 malam sehingga jam 3.00 pagi.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Untuk yang berminat untuk berniaga di Uptown M3 Mall, kos sewaan sangat berpatutan. Bermula dengan RM650 untuk lot gerai pakaian/aksesori (45 unit) , RM850 untuk lot gerai makanan/minuman (15 unit) dan RM1,100 untuk lot food truck (12 unit). Sebarang pertanyaan untuk tapak perniagaan di Uptown M3 Mall, boleh terus berhubung dengan pihak HSKLCC Resources.  

M3 Shopping MallJalan MadrasahTaman Melati, Setapak53100 Kuala LumpurMalaysia
Email:


Rosli
013 3242799 

Haizam
012 2195741