Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ & Petal Velvet Powder Untuk Perlindungan Kulit dari Sinar UV | teruja sangat bila dapat suprise kotak pink dari Korea ni. Bila dapat kotak dalam ni mesti dah tahu ada produk terbaru yang Althea nak #altheaangels cuba. Althea Korea kini mengeluarkan produk di bawah label jenama sendiri iaitu Althea's Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++.

Percaya atau tidak, penggunaan krim pelindung cahaya matahari bukan sahaja membantu melindungi kulit dari pancaran sinaran UV pada kulit dan juga untuk jangka masa panjang ia membantu menjaga kulit dari kerosakan dan membuatkan kulit kekal anjal dan kurang masalah kulit. Pendedahan sinar UV yang berlebihan kepada kulit boleh memburukkan lagi keadaan kulit dan menjadikan seseorang itu nampak tua dari usianya.



ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++


Althea's Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ yang dirumus dari ekstrak Rose Damask yang dapat membantu kulit korang kekal segar dan terhidrat sepanjang hari tanda rasa melekit. Bila Liez sapukan pada wajah, ia sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Kulit nampak glowing sikit kannn? Terus jatuh chintaaaaa

Kandungan bahan dalam Petal Velvet Sunaway yang istimewa dari beberapa bahan yang jarang digunakan seperti:

  • Damask rose extract - melembapkan dan mengatasi kerengsaan, selian menjadikan kulit sihat
  • Geranium Oil - merawat jerawat dan membantu menaikkan seri wajah
  • Formulasi yang melembapkan - memberikan kelembapan pada kulit

Cara pemakaian pun senang, goncang dulu sebelum digunakan. Sapukan Petal Velvet Sunaway ke seluruh wajah yang telah dibersihkan. Kemudian korang boleh pakai foundation dan seterusnya.. mudahkan? Ringan teksturnya dan sesuai untuk semua warna kulit. Pemakaian yang berterusan bukan sahaja melindungi kulit dari gelap dan rosak tetapi melindungi kulit.

Boleh dapatkan Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ di website Althea dengan harga RM43/55ml sekarang. Rugi tak cuba sebab bagi Liez sangat berbaloi dan sesuai dengan kulit Asia macam kita ni.


ALTHEA PETAL VELVET POWDER

Diterbangkan sekali dengan Petal Velvet Sunaway ialah Althea Petal Velvet powder yang boleh korang cuba bersama. Istimewa Petal Velvet powder ia dibuat sehalus zarah untuk menutup cela, pori-pori dan garis halus di wajah. Kira pelengkap pada solekan wajah selepas disapukan dengan bedak asas.

Terdapat 3 tona warna iaitu warna putih, perang dan edisi khas sempena ulang tahun Althea yang ke-3, warna Lavender.
Putih - sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
Perang - sesuai untuk yang inginkan nampak natural
Pink Lavendar - untuk yang berkulit cerah

Teknologi terkini digunakan untuk mencipta Petal Velvet powder kerana ia adalah 100% mengawal sebum pada wajah pada jangka masa yang lama dan juga menyerap minyak pada wajah. Tekstur yang sangat ringan dan halus membuatkan kulit halus dan memudahkan proses solekan pada wajah.


Kandungan bahan-bahanyang terdapat dalam Petal Velvet Powder seperti :-

  • Althea - antara bunga yang berdaya tahan dan mempunyai antioksidan yang tinggi selain meningkatkan kelembapan wajah
  • Polyphnols - melindungi kulit dari sinaran ultraviolet dan cahaya matahari
  • Saponarin - merawat kulit bermasalah selain menganjalkan kulit
  • Lavendar - bukan sahaja bau yang harum tetapi menaikan seri wajah yang kusam serta melembutkan kulit.

Sapuan Petal Velvet powder diwajah selepas bedak asas akan membuatkan solekan korang lebih rata, lembut dan tahan lama. Yang peting tak mengeringkan dan tidak bercapuk seperti bedak tabur yang lain. Liez suka dengan warna Lavender kerana bukan sahaja baunya menenangkan tetapi kulit akan nampak sedikit glowing. Ala-ala kulit orang korea jugak!

Untuk penjimatan, korang boleh dapatkan set Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet powder (salah satu warna pilihan) dengan harga RM 53.10 sahaja. 10% penjimat jika korang beli set. Boleh klik > Petal Velvet set

Website

Facebook

Instagram