03 July 2019

Hari Terakhir Syawal 1440H

Hari Terakhir Syawal 1440H | Assalamualaikum korang. Pertama sekali Liez nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin walaupun hariini adalah hari terakhir untuk bermaaf-maafan. Barunak update pasalsambutan hari raya tahun ni. ishhhkkkk dasar pemalas sungguh. Tue la cuti lama sangat bulan puasa hari tu dah jadi malas nak update. Ni ku gagahi jugak J E B A T !!! Bagaimana dengan sambutan lebaran korang tahun ni? Berapakg berat badan dah naik? hihihi kalau Liez tak terkira dah.. hahahaha
Hari Terakhir Syawal 1440H
Hari Terakhir Syawal 1440H
Nak story jugak pasal sambutan hari raya. Bagi Liez dan keluarga hanya sederhana, meriah untuk anak-anak je. Tahun ini giliran Liez beraya di Ipoh dengan keluarga mertua. Tak banyak aktiviti yang dilakukan selain masak dan makan. Pergi beraya 1 rumah mak saudara, seorang cousin dan seorang kawan sahaja. Entah la dah rasa malas nak pergi beraya sebab raya ni meriah untuk budak-budak la kan.. Hari raya pertama seperti biasa yang lain pergi solat sunat Aidilfitri di masjid depan rumah parents in law. Tapi Liez dah berapa tahun tak pergi solat sunat raya sebab kan ada anak kecik. Faham-faham je la kan..Kemudian bila selesai solat, sebelum makan adalah masa untuk bersalam-salaman dan bergambar sekeluarga. Kali ni adik ipar Liez tak dapat beraya sekali so kurang 1 family. Kurang meriah suasananya. Tapi kali ini bertambah seorang ahli keluarga baru, iaitu isteri abang sulung. Walaupun sulung tapi dia lebih muda 10 tahun dari Liez~ hahahaha


Hari Terakhir Syawal 1440H
Sebut pasal tema tahun ni adalah brown. Liez dan Qaseh warna brown mahogany dan berkain batik, Encik Suami Dan Niyaz warna brown chocolate. Arrggghhhh letih cari code warna baju raya ni hihihihi. Baju Liez dan Qaseh ditempah dengan wife cousin Liez. Kira dah tiga tahun buat dengan dia dan Liez rasa selesa. Baju Encik Suami tempah di BAK Gombak dan Niyaz beli siap je di Aeon Big Wangsa Maju.

Dua minggu lepas, baru la sibuk nak berbaju raya dan bergambar dengan family Liez. Pakai baju raya yang sama dan bergambar dengan parents Liez je di rumah. Nak juga ada gambar berbaju raya dengan parent. Buat kenang-kenangan.


Tapi setiap kali weekend mesti ada jemputan rumah terbuka kan? Jenuh juga kalau nakmemenuhi jemputan. Liez ada baca ada yang pergi 7 atau lebih rumah terbuka dalam sehari..wow~ memang hebatlah..hebat sebab bersabar menghadap jem teruk bila minggu raya ni dan perut pun hebat hihihihi

Tahun ni Liez dan keluarga beraya tanpa TokAbah. Memang sedih tetapi kami redha. Jauh disudut hati Liez teringat kenangan dengan arwah TokAbah. Dah nak masuk setahun TokAbah tinggalkan kami semua tetapi doa kami tetap ada. Semoga rohmu di tempat kan dikalangan orang-orang beriman. Aminnnnn

Hari Terakhir Syawal 1440H

P/S: Gambar raya tak banyak. Harap maklum hihihihi

3 comments:

  1. Betul tu Kak Liez. Kita mak bapak ni biasa-biasa pun ok dah. Tapi nak raikan anak-anak seronok beraya :) Al-fatihah untuk Tok Abah :)

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah sebuk cerita haji pula.
    esok dah penerbangan pertama.

    ReplyDelete
  3. Samalah kita. Gambar raya x banyak. Amik yg perlu je. Hehe. Raya pun rasa x semeriah kanak2 dulu. Ketuaan kejap rasa.haha

    ReplyDelete