Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)

Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) | Mesti ramai diantara kita yang mengambil suplimen untuk memberikan tenaga atau membantu menjaga tubuh badan tetapi tahukah korang, bukan semua produk suplimen atau produk farmaseutikal di pasaran yang halal dan selamat dimakan? Bagi umat islam, halal adalah fardhu kifayah yang wajib dititik beratkan dalam kehidupan terutama sekali soal pemakanan. Adalah wajib untuk kita memilih yang halal, tetapi juga mengetahui ianya terjamin kebersihan dan keberkesanan sesuatu produk.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Kalau ada yang masih ingat bila kita dikejutkan dengan pendedahan yang dikeluarkan oleh makmal  Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2009 dimana hampir 30 peratus dari 100 produk kesihatan dipasaran yang menggunakan gelatin dari lembu untuk membuat kapsul ubatan atau suplimen. Dan bermulalah dari situlah, orang ramai terutamanya orang islam mula berhati- membeli dalam memilih dan membeli produk farmaseutikal di pasaran.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Sebenarnya ada syarikat yang peka dengan isu sensitif ini dimana Duopharma Biotech Berhad menjadi peneraju dalam pengeluaran produk-produk farmaseutikal yang pertama di Malaysia mendapatkan pensijilan Halal Malaysia dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1999. Mereka mengeluarkan beberapa jenis makanan tambahan kesihatan di bawah jenama terkenal seperti CHAMPS, Flavettes, Proviton dan Naturalle. Tidak ketinggalan juga beberapa produk lain seperti Uphamol 650 dan juga Eyeglo. Mereka sangat teliti bukan sahaja mementingkan sesuatu produk itu halal tetapi juga dari segi pemilihan produk, teknologi, bahan mentah, pembungkusan sehingga ia sampai ke tangan pengguna.

Liez dan suami memang berikan vitamin tambahan untuk anak-anak sebagai makanan tambahan mereka. Jadi kami agak memilih dalam bab pemakanan dan pengambilan ubatan atau suplemen. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi kami tetap ingin memastikan sumber makanan dan ubat-ubatan atau suplemen yang diberikan adalah halal dan selamat untuk dimakan. Jadi kami memberikan vitamin dari CHAMPS yang lengkap sumber vitamin untuk tubuh badan mereka. Anak-anak pun suka dengan rasa orennya. Lebih mudah diambil kerana perlu masukkan 1 vitamin CHAMPS dalam segelas air dan biarkan ia larut. Suka betul anak-anak.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Liez juga tidak ketinggalan pengambilan vitamin Flavettes setiap hari. Rasa bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis tu.. fuhhh~ mencabar sangat dengan kerenah anak-anak yang makin banyak ragam dan makin aktif. Bekejar sana sini nak pastikan semua sempurna.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Untuk suami, Liez berikan PROVITON Multivits CoQ10 plus untuk memberikan tenaga maksima dalam melalui pekerjaan seharian di pejabat dan di tapak pembinaan. Perlu untuknya mengamalkan pengambilan vitamin untuk mengekalkan kecerdasan dan menambah tenaga. Jadi kami yakin dengan pengambilan suplemen-suplemen ini kerana ianya halal dan selamat dimakan. Hilang kerisauan dan tiada rasa was-was lagi.
Yakin 100% Halal Produk Farmaseutikal Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”)
Sebenarnya bukan sahaja orang islam mementingkan yang halal tetapi non-muslim juga dah makin peka dan tahu akan kepentingan status halal sesuatu produk. Bukan sebab halal sahaja tetapi pentingnya tahap kebersihan dan keberkesanan sesuatu ubatan atau supleman yang hendak diambil. Dan kita kena bijak untuk mencari segala maklumat tentang produk kerana ada disediakan platform untuk mencari yang halal terutama sekali produk farmaseutikal ini. Semua dihujung jari je, cuma kita hendak atau tidak je kan? hihihi

Duopharma Biotech Berhad akan terus memastikan semua produk farmaseutikal yang dikeluarkan oleh syarikat mereka melalui proses pembuatan yang ketat, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia. Dan sebagai organisasi yang diiktiraf seluruh dunia, Duopharma Biotech memastikan bahawa produknya akan terus membawa faedah kesihatan dan, dibuat secara semula jadi, tulen dan selamat untuk digunakan.

Para pengguna terutamanya yang beragama islam tidak perlu risau dengan kehalalan produk-produk dari Duopharma Biotech Berhad dan mereka akan terus memberikan maklumat mengenai produk farmaseutikal halal dan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna jangka masa panjang.

Maklumat lanjut mengenai produk farmaseutikal halal boleh dilayari di https://halal4pharma.com

Post a Comment

23 Comments

  1. setuju sangat .. part pemilihan supplement tambahan sangat ditekankan dari segi status HALAL tu . baru ni pun viral gak tapi kena selidik dulu sejauh mana sahihnya infotu

    ReplyDelete
  2. Flavettes tu favourite husniey juga.. 😍

    Bagus bila boleh check status halal pada sesuatu produk. Takdelah kita sebagai pengguna muslim berasa ragu kan..

    ReplyDelete
  3. Ramai pengguna sekarang memang peka dengan pengambilan makanan mereka. Bagus bila kita boleh check status halal untuk produk yang kita nak cuba. Tak ragu-ragu lagi nak cuba produk Duopharma Biotech Berhad

    ReplyDelete
  4. bagusnya kalau semua dah aware dengan status halal ni. Bila ubat kita ada status halal baru la kita yakin nak consume setiap hari.

    ReplyDelete
  5. produk tempatan ni, terbaik lah ^_^

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Kita takleh pandang enteng isu halal pemakanan kita. Thanks sharing, moga lebih ramai yg tahu dan tak ragu dgn keluaran produk Duopharma Biotech Berhad lepas ni

    ReplyDelete
  7. flavets tu, teringat tun M :)
    bab halal ni memang x boleh pandang enteng.
    kena ditekankan, dicari maklumat, difikirkan penting, kan.
    bila da confirm gini, haruslah tak ragu dgn duopharma :)

    ReplyDelete
  8. Mencari produk yang halal itu fardhu bagi orang islam. Mcm pernah guna je produk ni dulu. Sesuai utk anak2 kecil jugak ni. Terutama vitamin c tu. Sedap perisa orange

    ReplyDelete
  9. Dalam kite mcari produk yg bagus perlu jga tau tentang status halal dan juga kesannya pada tubuh kita..info yg sangat baik..thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Betul sekarang ni halal bukan sahaja pada makanan dan minuman tapi juga pada produk kesihatan sangat penting untuk dapatkan info pasal produk kesihatan sebelum kita ambil takut ada perkara yang kita tak tahu bila ada Halal ni yakin sikit...

    ReplyDelete
  11. Supplement tambahan ni penting bagi Ruby. Sebab kita tak kan cukup nutrisi kalau semata-mata bergantung pada pemakanan.

    Cara memasak adakalanya memusnahkan kandungan vitamin tersebut.

    Kita as muslim pula, wajib sangat cari produk yang halal.

    Champs tu memang sedap kan.

    ReplyDelete
  12. Wahhh ini yang semakin yakin utk consume dan bagi budak2 makan. Yelah, halal haram nienkita tak boleh bawak main. Kena betul2 aware dan alert. Champs tu mmg satu makanan tambahan pilihan ibu bapa malysia utk anak2. Selalu nampak dorg bg anak2 makan

    ReplyDelete
  13. Produk ni memang dipercayai. Kalau tak lepas KKM mana boleh masuk tv untuk iklan kan kak. Semua produk tu ada kat rumah. hehehe

    ReplyDelete
  14. k mid memang pengguna Flavettes dah lama dah...memang sesuailah dengan k mid. anak-anakpun dari dulu makan vitamin Champs...memang terbaik

    ReplyDelete
  15. hi... datang sini dan follow kembali..

    ReplyDelete
  16. Ohh thank you untuk perkongsian ni, sebab I banyak jugak ambil produk daripada company ni, terumata vitamin C diaorang. Memang tiap-tiap bulan ada beli.

    ReplyDelete
  17. Kdg2 kita kena juga mkn makanan tambahan tp biar halal dan lihat kandungannya

    ReplyDelete
  18. Kalau nak beli memang kena menitikberatkan soalan keHALALan nya kan..
    Lepas ni tak perlu was-wasdah..
    Masa kecik kecik dulu, selalu makan champs tu..
    Nanti boleh labelikan untuk anak ank pulak..

    ReplyDelete
  19. Flavettes tu TB biasa tengok gak sebab macam selalu gak nampak kawan-kawan guna Vitamin tu.. antara yang menjadi pilihan.. tapi terima kasih sangat yea dengan entri ni sebab menyedarkan pembaca agar lebih berhati-hati apabiula membeli apa-apa ubatan.. dimana kita perlu pastikan ada logo halal utnuk setiap apa yang kita mahu consume/amalkan..

    ReplyDelete
  20. Thanks for the update, untuk yang beragama Islam baru lah rasa selesa dan yakin nak beli brand ni kan.

    ReplyDelete
  21. bonda mmg suka vitamin flavettes ni...mmg elok untuk kesihatan..boleh beli lagi nanti

    ReplyDelete
  22. Kalau dah 100% halal memang dah tak was was nak guna produk ni. Sebab kita makan ni setiap hari sebagai supplemen tambahan kan.

    ReplyDelete