Mesti Cuba ~ Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam

Mesti Cuba ~ Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam | Dah bertahun Liez tak menjejakkan kaki di sekitar Petaling Street. Faham-faham je la nak ke sana dengan jalan sesak dan sesak dengan orang ramai membuat Liez agak malas nak ke sana. Tapi baru-baru ini Liez telah menjejakkan kaki di sana untuk ke satu kopitiam yang baru dibuka 19 September yang lalu. Kopitiam yang dimaksudkan ialah LUCKIN KOPI 
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Liez mengunjungi Luckin Kopi pada hujung minggu, jadi memang ramai orang. Tapi korang jangan risau, korang boleh menunggu di kerusi yang disediakndan mengambil nombor giliran dengan menggunakan sistem queue di hadapan kedai. Canggih kan?
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Liez agak tertarik dengan kecantikan konsep dalaman Luckin Kopi iaitu dinding batu bata tanpa lepa. Cantik sangat dan rasa cozy macam berada di rumah kampung, memang Liez suka konsep macam ni. Sebab bukan sahaja cantik tapi rasa sejuk je. Ruang dalam cafe sangat luas dan mempunyai 3 bahagian ditingkat bawah.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Salah satu ruang adalah sesuai untuk kaki selfie atau kaki photo! Ruang yang dihiasai dengan pokok-pokok hiasan dan akuarium. Apa lagi, berposing sakan la kita!! hihihihi 
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Di tingkat atas pula, juga ada ruang yang sangat besar dan memuatkan ramai pengunjung. Tertarik dengan tingkap gaya rumah kayu di kampung. Oldschool sangat !
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam

MENU-MENU DI LUCKIN KOPI
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Dah namanya kopitiam, mesti ada menghidangkan signature kopi kan? Ini antara kopi yang pengunjung kena cuba, Luckin Kopi Kaw Peng (RM4.9) dan Luckin Kopi Kaw (RM3.9). Memang kaw giler!! Liez boleh jatuh cinta la~ Selain itu ada juga Teh Tarik Kaw, Kopi Kaw Cincau, Teh Tarik Kaw Cincau, Luckin Chang Peng dan banyak lagi.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Ini adalah menu lokal yang boleh dipilih. Ada Mee Siam, Nasi Lemak dan Indo Mee (RM5.9) setiap satu. Tetapi korang boleh juga order bersama side dish antaranya Rendang ayam, Sambal sotong, Sambal petai, ayam berempah dengan harga RM12.90 satu set.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Antara yang istimewa di Luckin Kopi adalah hidangan hot plate. Cheesy Chicken & Fries (RM26.9) dan Cheesy Indo Mee & Egg (RM14.9). Hidangan yang boleh dinikmati untuk dua orang sebab agak banyak juga portion dengan cheese lagi. 
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Yang suka dengan petai boleh la cuba Petai Pasta (RM20.9). Encik Suami kata sedap sangat~ dan Sawadee Pasta (RM19.9). Liez suka sangat dengan Sawadee pasta sebab ada rasa masam-masam gitu~ memang citarasa Thai. Terdapat juga Salted Egg pasta, Smoked duck Carbonara dan Aglio Olio pasta.
Mesti Cuba ~ Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Menu lain dari yang lain iaitu roti Bao. Ini kali pertama Liez jumpa tau. Untuk penggemar petai, memang korang kena cuba Petai Bun (RM12.9) dan Geng Chow Chicken Bun (RM12.9). memang sesuai rasanya kena pula dengan cheese yang meleleh tu! Ada juga Rendang Chicken bun.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Hainanese Chicken Chop (RM16.9) dan Salted Egg Chicken Rice (RM11.9) antara menjadi pilihan ramai.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Pencuci mulut pula, kena cuba ABC gunung ni guysss! Ais Batu Campur (RM8.9) memang penuh dengan kacang, jagung, cincau, buah pala dan kacang merah. Melimpah habis!!
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Memang tertarik! Banana Nutella Toast (RM4.5) sahaja. Penuh dengan nutella ye. Kalau anak-anak memang suka la sangat ni.
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
Bagi korang nak makan yang ringan-ringan, set ini Liez rasa sesuai sangat. Actually ini menu baru yang bakal dikeluarkan. So stay tune ye!!
Luckin Kopi Di Petaling Street Kuala Lumpur Hidang Pelbagai Menu Enak Gaya Kopitiam
RECOMMENDED!!
Overall, Liez puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Semuanya kena dengan selera Liez. Encik suami suka sangat la menu yang ada sambal petang tu sebab favourite dia. Menu- menu yang Liez tunjukkan adalah sebahagian daripada yang ditawarkan. Memang ada peluang Liez akan repeat makan di Luckin Kopi tapi kali ni Liez akan bawa family pulak.  Lagipun nak ke sini memang mudah sebab boleh naik LRT atau MRT turun di Stesen Pasar Seni. Hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen LRT dan MRT Pasar Seni. 

Luckin Kopi 
14, Jalan Panggong, 
50000 Kuala Lumpur

Telefon: 
016-397 6898

Waktu operasi
Setiap hari 
7.00 pagi - 9.00 malam

Facebook

Post a Comment

11 Comments

  1. kalo takdak urusan memang tamo pi Petaling Street tu.. aiyoo memang sesak.
    btw kedai ni cantiknya.. so santai deco tip top.

    ReplyDelete
  2. Bestnya menikmati juadah nasik kat sini. Pekena pula dengan kopi kaww. Kalau nak elakkan kesusahan kesesakan lalulintas, kena datang naik public transport je la...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap makanan dia. Kalau ke kl bolehla singgah

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar je pun dah nampak sedap. Banyak pilihan makanan. Tempat pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  5. Wah i love this cafe, the food and also ambience are so good.

    ReplyDelete
  6. Nampak kopi dan makanan kat sini sedap2. Teruja tengok. Kopitiam macam ni best kalau datang lepak2 hehe

    ReplyDelete
  7. Rawlins dok teringat-ingat makanan kat situ especially bao and juga kopi dia. Rawlins sejenis penggemar bao dan kopi yang sedap. Makanan fusion dia terbaik kan - deco dia sangat traditional

    ReplyDelete
  8. Interior kedai kopi tu superb sehhhh... Looked cool and relaxing gitu... Makanannya pula, wow... Looked scrumptiously yummylicious sangatttt... Nanti nak singgah...

    ReplyDelete
  9. wow sedapnya.. rasa cam nak repeat lagi plak

    ReplyDelete
  10. kan Liez..sedap yang sawadee pasta tu..masam2 gitu..menu hat lain pun sedap..next time repeat ngan en.asben pulak la...

    ReplyDelete
  11. Cantik dekorasi kedai dan makanan dia. Jarang ke Petaling Street. Kalau ke sana bleh cuba. Hehe

    ReplyDelete