02 October 2019

Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen

Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen | Assalamualaikum korang. Alhamdulillah masalah jerebu yang melanda negara kita beberapa minggu yang lalu dah makin berkurang dan Liez berharap ia akan terus hilang. Agak merunsingkan juga bila difikirkan tentang kesihatan anak-anak, warga tua dan kita yang masih muda pun boleh dapat sakit.
Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen
Ehh... lain pulak topik ye. Ok Liez nak story tentang ulangtahun anak pertama Liez, Qaseh atau panggilan manjanya Osheen. Alhamdulillah Qaseh sudah berusia 6 tahun pada 5 September yang lalu. Dah sebulan berlalu, baru nak buat entry ni hihihi~ Tahun ni kami sambut dengan penuh aktiviti dari pagi hingga ke malam. Itu je yang mama baba Qaseh boleh berikan. Nak bagi hadiah, dah banyak sangat barang-barang yang dia dapat. So Liez dan encik suami plan untuk spent time satu hari dengan Qaseh dan Niyaz, bawa menonton wayang dan makan malam.
Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen
Di awal pagi, encik suami dah bawa Qaseh ke klinik untuk checkup tahunan. Actually memang kami bawa check up di klinik kerajaan tapi kali ni encik suami nak ke klinik swasta je. Malas nak beratur lama katanya, so dibawanya check up di Klinik Norliza di Melawati. Selesai checkup, diaorang lepak di mamak.. Pekena roti canai satuu!!! hihihi. Kami pun dapat la makan roti telur yang dibekalkan. Cukup masa, suruh anak-anak tidur dulu sebab taknak nanti dalam panggung wayang, masing-masing buat hal atau tertidur.

Bangun tidur, mandikan dua beradik tu dan kami terus ke Aeon AU2. Dah booking awal tiket wayang sehari sebelum untuk layan cerita Boboboi 2. Anak-anak excited la sebab dah banyak hari bising nak tengok kan. Yang bestnya dalam panggung wayang hanya kami 4 beranak je di awal masa. Rasa macam booking satu panggung pulak hahaha, Tak lama lepas tu datang la 3 orang sekeluarga. Ha.... memang puas la tengok kan. Anak-anak pun seronok tengok. Lepas menonton wayang dan menunggu encik suami pergi solat maghrib, anak-anak dapat bermain di perkarangan Aeon AU2 tu..
Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen
Kemudian kami ke The Garage untuk makan malam. Liez tahu pasal The Garage pun sebab encik suami ada bawa pergi lepak minum 2 minggu sebelum tu. So decide nak celebrate  birthday dekat sana. Suka sangat The Garage ni sebab tempatnya teratur dan unik. Satu lagi, banyak pilihan makanan dan juga kek untuk yang nak nikmati dessert dekat sana. Nanti Liez sharekan tentang The Garage ye.
Selamat Ulangtahun Ke 6 Buat Puteri Sulung Kami, Qaseh @ Osheen
Qaseh happy sangat sebab dapat celebrate birthday dia. Alhamdulillah, mama baba harap Qaseh membesar jadi anak yang solehah. Walaupun mama baba selalu marah Qaseh tapi itu tanda mama baba sayang sangat, Nak kakak jadi orang yang berguna.

9 comments:

  1. semoga qaseh menjadi anak solehah dan berjasa kpd kedua ibubapa dan masyarakat. amin.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday qaseh...
    semoga menjadi anak yg solehah di dunia dan akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  3. Qaseh nampak happy sgt tu...happy birthday dik Qaseh!!! semoga jadi anak yg baik dan gembirakan mak ayah

    ReplyDelete
  4. Happy birthday qaseh..moga membesar jadi anak yg mendengar kata dan membanggakan mama n baba..

    ReplyDelete
  5. alahai comel nya kaka Qaseh.. happy birthday sayang semoga terus membesar sebagai puteri solehah ayah bonda ye.. aamiin :)

    ReplyDelete
  6. Happy birthday kasih, sekejap ja dh besar..semoga membesar dengan sihat dan menjadi ank yg solehah serta berjaya di dunia n akhirat, aamiin

    ReplyDelete