Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez

Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan Februari adalah bulan kelahiran untuk dua buah hati Liez, iaitu Encik suami pada 2 Februari dan anak teruna Liez, Niyaz pada 6 Februari. Jadi kami rancnag nak buat majlis harijadi kecil-kecilan sahaja dirumah untuk menyambut hari lahir Niyaz. Untuk Encik suami, kami dah raikan bersama di Tony Roma's hujung minggu yang lepas.
Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez 
Sambutan hari lahir Niyaz kami buat awal sehari kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Selain kek, Liez sellau akan masak atau beli je makanan utama. Tapi kali ni, encik suami minta nak makan spicy Aglio Olio yang dah setahun gamaknya Liez tak masak.

Spicy Aglio Olio ni memang favourite encik suami Liez ye. Istimewa resepi ni, ianya pedas dan masam sesuai dengan selera tekak asia tau. Liez pun suka sangat sebab lagipun ia mudah je.

Spicy Seafood Aglio Olio

Bahan-bahan
1 pek spaghetti (rebus dan tos)
Bahan perapan
250g udang
250g sotong
2 sudu minyak zaiton
3 ulas bawang putih (cincang halus)
3 tangkai Italian parsley (cincang halus)
2 sudu besar serbuk cili (jenama wanita thailand atau sebarang jenama)
1/2 biji lemon (ambil jus)
Garam dan lada hitam
Sayuran
Tomato cherry
Cili benggala (dipotong dadu)

Cara penyediaan:
1. Perap dahulu udang, sotong atau sebarang seafood selama 30 hingga 60 minit. 
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan perapan tadi. Masukkan sedikit air resbudan spaghetti tadi. Bila udang hampir masak, boleh masukkan cili benggala dan tomato cherry. Jangan masak terlalu la, nanti tomato hancur.
3. Perasakan dulu dengan garam dan kemudian masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
4. Gaul hingga rata dan sebati. Pastikan air kering sepenuhnya.
5. Hidangkan dan untuk lebih menyelerakan, taburan parmesan cheese sebelum dihidangkan.


Jemana serbuk cili yang Liez gunakan


Peringatan: Cili flakes ni memang pedas jadi letak sedikit dahulu untuk perapan.
* seafood tu boleh ditukar dengan isi ayam juga.
* jus lemon ikut peringkat masam kegemaran masing-masing

Post a Comment

7 Comments

  1. sedapnya, siap ada tambahan cili flakes memang berdesing...

    ReplyDelete
  2. haih.. senang je nak buat rupanya !! baik !! siang kang nak g beli barang.. hee~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth Sis Liez. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  4. rasanya ni antara yang mudah kan.. anak2 buah suka ni..
    tapi xleh buat yang pedas untuk diorang. buat sndiri bahagia letak udang sotong smeua =D

    ReplyDelete
  5. hihiihi kalau dekat rumah Chili flakes untuk mak bapak je

    ReplyDelete
  6. macam best je ni..boleh cuba..selalu akak masak spaghetti yang hat berkuah tu..kaler merah..tak tau la nama dia apa..confuse nama dia dengan yang kuah putih tu..hehe..tau makan je...

    ReplyDelete
  7. I like your post. It is good to see you verbalize from the heart and clarity on this important subject can be easily observed... Sea Water Fish

    ReplyDelete