Rangkaian Safi Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru | Assalamualaikum korang. Agak lama Liez tak share review Liez mengenai produk dari Safi kan? Ok kali ni Liez nak share dengan korang produk shampoo terbaru dari Safi Shayla yang korang boleh dapatkan dipasaran sekarang. Produk yang Liez nak sharekan ialah rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo. Liez memilih Safi Shayla Botanical Silk Shampoo kerana ia sangat berkesan, sesuai untuk wanita yang bertudung dan aktif.
Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru
Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru
Safi Shayla telah memperkenalkan Safi Botanical Silk Shampoo yang merupakan rangkaian dengan 3 variasi iaitu Safi Botanical Silk Hair Fall Rescue, Safi Botanical Silk Silky Sheen Care dan Safi Botanical Silk Intense Nourishment yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan yang penting selamat digunakan keatas semua jenis rambut.

Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue
Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru
Ini shampoo pertama yang Liez cuba kerana Liez memang mengalami masalah rambut gugur yang agak teruk selepas melahirkan anak. Bertambah pula dengan pemakaian tudung dalam jangka masa yang lama.

Kandungan bahan-bahan yang terdapat didalamnya adalah Habbatus Sauda organik, minyak argan dan minyak bunga matahari. Keistimewaan minyak matahari adalah ia membantu menghasilan emolien semulajadi, memperbaiki rambut dan juga membantu menguatkan rambut agar sihat dan kuat.

Review >> Safi Youth Radiance Baharu

Selain itu, shampoo Safi Botanical Silk Hair Fall Rescue membantu mengunci kelembapan, memperkuatkan dan juga memperbaiki struktur akar rambut. Ia juga membentuk lapisan perlindungan pada permukaan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Dan baunya sangat wangi dan mampu bertahan selama dua hari tau. Anak-anak Liez suka datang cium rambut Liez ni. Dan selepas penggunaan yang kerap, rambut yang gugur makin berkurang dan kulit kepala sentiasa lembap. 


Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care
Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru
Sesuai yang memiliki rambut kering dan tidak bermaya. Ini kerana ia bukan sahaja mengandungi Habatus Sauda organik, minyak Argan tetapi juga minyak bunga mawar yang memulihkan kelembapan dari dalam rambut secara semulajadi dan juga memulihkan rambut yang tidak bermaya dan tidak terurus.

Selain itu variasi Silky Sheen care ni membantu mengekalkan kelembapan, menguatkan dan memulihkan rambut serta mengembalikan kelembutan dan kelembutan rambut bak sutere. Jadi yang mempunyai masalah rambut kering dan kusut, boleh cuba Safi Botanical Silk Silky Sheen Care.


Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment
Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Perkenal 3 Variasi Shampoo Terbaru
Bagi yang memiliki rambut kasar dan kering, mesti cuba Safi Botanical Silk Intense Nourishment ni yang diperkaya dengan minyak Chamomile. Minyak yang membantu melegakan dan menyegarkan, melembapkan dan meyuburkan kulit serta rambut.

Kandungan lain juga membantu memlembapkan dari dalam rambut, membaiki kerosakan penggunaan bahan kimia dan juga memulihkan rambut agar kembali sihat dan lembut. Bau wangian dari bunga Chamomile memang memikat hati dan bauan kekal lama.

Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk Shampoo
  • ia dihasilkan secara 100% botanikal aktif dan bebas Paraben.
  • tiada pewarna , tiada alkohol, tiada SLS (Sodium lauryl sulphate), tiada DEA (ocamide diethanolamine) dan tidak diuji ke atas haiwan.
  • bauan bunga-bunga setiap variasi memang memikat dan kekal selama 48 jam.

Ketiga-tiga variasi shampoo Safi Shayla Botanical Silk ini boleh korang dapatkan di semua hypermarket, pasaraya dan farmasi yang terlibat. Dan bagi yang selalu shopping secara atas talian, product-product ini boleh didapati di Shopee dan Lazada.