Kelebihan Menggunakan Mamaway Baby Ring Sling Carrier

Kelebihan Menggunakan Mamaway Baby Ring Sling Carrier | Assalamualaikum korang. Kehidupan bila beranak kecil ni memang banyak masa dihabiskan bersama baby. Begitu juga dengan Liez bila melahirkan baby Najla. Segala urusan kerja rumah mesti mengambil kira tentang tidur jaga baby Najla. Kalau tidak, memang seharian kena mengadap dan berkepit dengan dia. Sampai ada masa kena dukung baby Najla sambil menguruskan urusan kerja rumah. Jadi Liez cari produk gendongan bayi yang sesuai untuk kegunaan harian Liez.

Sebelum ini Liez ada 2 jenis gendongan bayi yang pernah Liez gunakan untuk anak-anak Liez sebelum ni. Ada satu gendongan tu, Liez kena belit-belit badan dan pinggang dan agak mengambil masa. Lagi satu, baby Najla seakan tidak selesa kerana material agak keras dan tidak sesuai untuk bayi baru lahir. Jadi Liez cuba pulak Mamaway Baby Ring Sling selepas membaca beberapa testimonial.

Keistimewaan Mamaway Baby Ring Sling Carrier

1. Kurang menangis dan mudah tidur.

Ini yang Liez suka kerana baby akan rasa selamat dan kurang menangis. Selain itu, mereka akan mudah tidur kerana rasa selesa berada dekat dengan ibunya.

2. Selamat untuk punggul baby. 

Untuk menggunakan sebarang gendongan atau carrier, sangat penting untuk para ibu tahu tentang posisi yang selamat untuk kategori baby korang.   Untuk Mamaway Baby Ring Sling ini, ia telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product. Ini kerana badan baby sangat lembut dan mudah cedera jika salah penggunaan produk ke atas mereka. 

Baby Ring Sling direka dan di patenkan berdasarkan teori Spread Squat Position (M&J) iaitu posisi yang memberikan kebaikan untuk perkembangan pinggul dan kaki bayi. 

Apakah Teori M & J?

M Position - Peha tidak tergantung ke luar sling


 Teori JOCKEY  - lutut bayi di letakkan tinggi dari paras pinggang

3. Selamat di gunakan. 

Mamaway Ring Sling ini telah melalui ujian SGS-TW1186350 bagi membuktikan N66 Double Ring yang digunakan mampu menampung bebanan sehingga 50kg. Dan bahan yang digunakan adalah sama dalam penghasilan payung terjun. Jadi tak perlu risau, ring akan patah, rosak atau bengkok.

4. Skin to Skin Contact

Menggunakan Baby Sling ini seakan mendukung bayi. Ia menwujudkan natural bonding yang mana membuatkan bayi dan ibu lebih dekat dan mesra.

5. Fabrik Premium Combed Cotton

Mamaway Ring Sling menggunakan material fabrik yang berkualiti yang sangat lembut, selamat untuk kulit bayi. Didatangkan dengan pelbagai design dan warna menarik. 

6. Mudah dibawa dan disimpan

Produk yang direka pintar kerana ia mempunya satu poket yang membolehkan ring sling dilipat dan dimasukkan tanpa banyak kerja, bersaiz kecik dan boleh disimpan. Macam Liez suka baby sling kerana tak perlu bawa stroller lagi. 

7. Dijadikan Nursing Cover

Ini sangat penting!!! Kadang-kadang Liez terlupa nak bawa nursing cover jadinya dengan adanya Mamaway baby Ring Sling ini sangat berguna ye. Untuk baby Najla yang fully breastfeed, memang akan ada masa Liez kena berhenti dan duduk mencari tempat untuk menyusukan. Jadi bila ada nursing cover ni, proses menyusu menjadi mudah. Memiliki fabrik yang panjang untuk cover yang sempurna.

Pengalaman Liez dengan Mamaway Baby Ring Sling Carrier

Bagi Liez, memang Liez gembira bila ada ring sling ni. Liez boleh bawa baby Najla bersama walaupun ketika memasak, mengemas rumah atau beriadah. Dengan size yang sangat kecil dan mudah dibawa, memang Liez sangat syorkan kepada ibu-ibu yang mencari carrier untuk anak korang. Bukan sahajay mudah dipakai tetapi kita dapat bonding yang sangat istimewa dengan bayi kita. Macam baby Najla, dia suka dan selesa sebab dia boleh pandang muka Liez. Itu peel dia tau. Kena pandang muka dia selalu ~ hihihi

Bukan sahaja baby Najla suka, liez pun suka kerana Mamaway baby ring sling sangat selesa dan lembut pada badan liez. Tak sakit bahu atau badan bila menggunakan atau mengendong dalam jangka masa yang lama.

Garis panduan keselamatan sling bayi

Berikut adalah beberapa langkah mudah bagi ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka:

  • Pastikan wajah kanak-kanak, terutama hidung dan mulut, tidak terlindung pada setiap masa
  • Elakkan anak melengkung ke posisi ‘C’ di mana dagu kanak-kanak menyentuh dada dan menyekat saluran udara
  • Berhati-hatilah dan dapatkan nasihat perubatan untuk menggunakan pembawa sling bayi untuk bayi pramatang dan anak kurang upaya
  • Periksa anak secara berkala untuk memastikan dia tidak masuk ke dalam kantung (jika sling adalah jenis kantung), menutup hidung dan mulutnya
  • Paatikan posisi anak selepas menyusu agar hidung dan mulut tidak tertutup atau terlindung

Dapatkan Mamaway Baby Ring Sling Sekarang!!

Macam menarik je perkongsian Liez pasal Mamaway Baby Sling kan? Memang Liez recommended Mamaway kerana ia memenuhi ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan memudahkan ibu-ibu dan juga anak kita. Untuk anak yang sering merengek disebabkan nak berkepit dengan ibunya, mema ng sangat perlu untuk dapatkan baby sling ni.

Korang boleh dapatkan Mamaway Baby Ring Sling ini di Mamaway Malaysia dengan harga istimewa. Selain baby sling, Mamaway juga ada mengeluarkan beberapa lagi produk keperluan ibu dan bayi yang memenuhi keperluan. Jadi jangan lupa layari website dan laman sosial mereka

Post a Comment

4 Comments

  1. Menarik. LeYa dah syorkan pada sepupu2 leya yang ada anak kecik.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna benda ni..sebab tak reti nak ikat.. Dukung baby pun tak..hahah

    ReplyDelete
  3. tak pernah guna dan tak berani nak guna masa aiyan kecik dulu

    ReplyDelete