Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org | Teringat dulu masa zaman persekolahan tahun 90an, memang popular main game di komputer. Kebetulan rumah Liez memang ada PC pemberian kawan ayah jadinya memang rajin install game dalam tu.

Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Bila balik sekolah je, campak beg terus on kan PC. Waktu tu popular dengan games Zuma, Mahjong, Hidden dan macam-macam lagi. Sampaikan, ayah Liez pun gila main Zuma tu. Mana tidaknya, memang layan dan boleh lupa nak makan ye. Sampai ke malam pun kadang-kadang main games sebab main games ni boleh menghilangkan tekanan bila penat seharian di sekolah atau yang bekerja.

Bila teringat zaman dulu-dulu tu terus rindu nak main games sama macam tu. Dan kebetulan Liez terjumpa satu website yang ada kebanyakkan games yang Liez pernah main dulu iaitu di www.solitaire.org. Terkejut juga sebab masih ada lagi games dulu di zaman sekarang ni. Dan yang lebih penting, ia boleh dimainkan secara atas talian tanpa perlu install atau muat turun.

Solitaire.org Mengimbau Permainan Komputer Zaman DuluPasti ramai yang pernah main games komputer kan? Sebab pada awal tahun 90an, belum ada lagi telefon bimbit atau smartphone seperti sekarang. Tetapi permainan games dalam smartphone tidak sama seperti pengalaman bermain permainan di komputer. Jadi Liez memang sangat teruja bila Solitaire.org mengembalikan permainan yang Liez suka tue.

Dalam Solitaire.org ni ada bermacam kategori permainan games yang korang boleh main antaranya:-

1. Solitaire
2. Cards Games
3. Mahjong Solitaire Tiles Games
4. Hidden Objects Games
5. Match 3 Games
6. Logic Puzzle Games
7. Words Games
8. Fun Arcade games

Bila sebut Solitaire, mesti ingat game kad daun terup kan? Ramai yang akan anggap ia salah kerana dikira judi. Tetapi jika sekadar bermain untuk menghilangkan kebosanan itu tidak salah. Liez dulu pun main juga Solitaire di komputer. Awalnya memang tak faham tapi lama-kelamaan jadi seronok sebab dapat skill baru. Dalam Solitaire.org ada bermacam jenis Solitaire yang boleh korang main antaranya Klondike iaitu permainan kad terup klasik, Freecell, Spider, Pyramid nak banyak lagi. Tapi yang popular ialah Klondike.

Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org


Ada yang suka main mahjong? Di Solitaire.org ni ada lebih 15 jenis permainan mahjong. Selalunya yang berbangsa Tiongwha tahu main mahjong ni. Liez suka tengok orang main mahjong sebab bunyi tiles berlaga.


Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Selain itu, Liez suka permainan Zuma. Dalam Solitaire.org ada 2 games Zuma iaitu Zuma Ball dan Zuma Legend. Pilihan Liez adalah Zuma Legend yang ada 100 level. Puas main game macam ni. Kalau kira pada zaman 90an, itu game yang disukai ramai. Nampak je macam senang main tembak-tembak tapi susah ye.



Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Game ketiga pilihan Liez ialah Hidden games. Game yang minta pemainnya mencari barangan yang tersembunyi. Seronok snagat sebab mata tu tu asyik bergerak mencari barang yang sembunyi tu.

Main Permainan Komputer Seperti Zaman Kanak-Kanak di Solitaire.org

Game Sudoku juga ada. Sudoku tu Liez suka main tetapi Liez bermain di buku. Bila ada secara online ini, memang seronok lah sebab tak perlu install sebarang aplikasi pun. Main melalui smartphone secara online dan PERCUMA.

Bagi yang baru nak main games di Solitaire.org dan tidak tahu aturan permainannya, korang tak perlu risau kerana disetiap permainan game yang korang hendak main akan dinyatakan cara-cara untuk bermain dan strategik untuk menyelesaikan permainan.

Solitaire.org Bebas IklanYang menjadi geram dan bosan bila main permainan online ni ialah iklan akan muncul tak kira masa. Baru je nak main dah timbul iklan. Aishhhh geram!!! Tetapi, Solitaire.org ni tiada iklan dan korang boleh fokus bermain tanpa gangguan.

Jom korang layan permainan menarik dan seronok di www.solitaire.org






Post a Comment

2 Comments

  1. sejak dah tua ni kita suka main permainan cari beza gambar heheheh

    ReplyDelete
  2. mmg ralit main walau selalunya tak pernah nak score..hahaa

    ReplyDelete