Nak Bercuti Tanpa Bersesak, Jom Cuti - Cuti Rentas Negeri Ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Nak Bercuti Tanpa Bersesak, Jom Cuti - Cuti Rentas Negeri Ke Lexis Hibiscus Port Dickson | Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kita merentas negeri selepas lama kita berkurung dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Berapa lama dah kita tidak dapat balik kampung terutama bagi mereka yang berada di luar daerah atau negeri, pasti ini berita gembira kan?? Liez yang tak ada kampung pun rasa happy sebab dapat balik kampung encik suami nanti.

Picture: www.lexis.my

Selain yang nak balik kampung halaman berjumpa ibu bapa dan keluarga, ramai yang dah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga atau sahabat handai. Ada sebelum ini yang perancangan mereka tertangguh kerana kes positif Covid-19 semakin tinggi, dan sudah bersedia untuk meneruskan perancangan bercuti itu. Sama kes dengan Liez, sebelum ini dah buat tempahan hotel untuk bercuti dengan keluarga tetapi dibatalkan.

Dapat tahu tentang kebenaran untuk merentas telah diumumkan, Liez dan encik suami mula search lokasi-lokasi percutian dan juga hotel-hotel yang sesuai untuk bawa anak-anak bercuti. Anak- anak bila dah tahu boleh merentas negeri, terus diaorang minta untuk tidur hotel. Masing-masing dah mula stress dan bosan asyik duduk dirumah, diaorang tak tahu mama diaorang ni lagi stress tau. Kalau boleh nak je bercuti selama setahun, hihihi. Dalam banyak-banyak tempat dan hotel atau resort yang kami cari, kami tertarik dengan hotel promo untuk hotel di Port Dickson.

Picture: www.lexis.my

Kenapa Port Dickson? Antara sebab utama, lokasinya kira dekat je dengan Kuala Lumpur dan mempunyai pantai yang menarik dan cantik. Selain itu ada banyak lokasi yang boleh dilawati selain tempat makan seafood yang sedap di sana. Dan yang lebih mengujakan, Liez teringin nak ke Lexis Hibiscus Port Dickson tu! Bila tengok ramai sahabat-sahabat yang pernah bercuti disana dan update tentang Lexis Hibiscus Port Dickson, bertambah tertarik hati Liez nak ke sana.

Ramai tahu yang Lexis Hibiscus Port Dickson menjadi tarikan pengunjung kerana ia adalah satu-satunya resort mewah atas air yang direka bentuk menyerupai bunga raya di Malaysia. Dan pemegang Guinness World Records untuk "The most swimming pools in a resort" dan "The most overwater villas in a resort" sejak tahun 2016 lagi. Nak tahu ada berapa banyak villa disini? Ada 639 unit pool villa, iaitu 117 tower rooms dan 522 villa di atas laut. Ada 7 kategori villa iaitu Executive pool villa, Premium pool villa (Beach View atau Sea View), Panorama pool view (Beach view atau Sea view), Sky pool villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presidential Suite.

Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my

Setiap villanya mempunyai private pool dan sebab utama kenapa Liez nak bawa anak-anak ke sini. Anak-anak dapat mandi pool sepuasnya tanpa Liez rasa takut, trauma berada bersama orang ramai. Ada juga steam room atau bilik sauna buat mak-mak, kakak-kakak menikmati haba panas lepas kesejukan mandi pool tu. 

Liez pilih Executive pool villa yang cukup selesa, besar sesuai untuk Liez 5 sekeluarga kerana ada 2 King bed dan lengkap keperluan di dalam villanya. Wifi pun ada, jangan risau okey? Selain itu, Lexis Hibiscus Port Dickson ada menyediakan beberapa kemudahan lain seperti Lobby shop, Concierge, Gym dan Photo booth. Kalau bab makan pula, ada lebih dari 5 restoran, bar dan lounge yang boleh dicuba nanti. Opps lupa pula, buffet breakfast juga disediakan. 

Picture: www.lexis.my

Picture: www.lexis.my

Buggy service ada disediakan untuk memudahkan tetamu untuk ke villa atau ke sekitar kawasan Lexis Hibiscus Port Dickson. Kiranya, tak perlu risau jika ada yang membawa ibu bapa atau warga emas bersama-sama. Selain itu, ada disediakan kemudahan Indoor untuk dicuba seperti Games room, Kidz World, Spa dan bilik karaoke. Untuk aktiviti luar, tetamu boleh mencuba aktiviti berbasikal atau Ninebot Segway keliling resort, memanah, menaiki cruise dan banyak lagi. Makin rasa teruja dan tak sabar nak ke sana nanti.

Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my

Lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson sangat strategik sebab ia berada berhampiran dengan tempat-tempat tarikan pelancong yang mudah untuk dikunjungi. Antaranya, Pantai Teluk Kemang, PD Ostrich Farm, Kota Lukut, Sky Ladder Pineapple farm dan banyak lagi. Port tempat makan pun banyak terutama sekali buat peminat makanan laut. Banyak kedai atau foodcourt yang menyediakan makanan laut yang fresh dan sedap. 

Picture: www.lexis.my
Picture: www.lexis.my

Survey kami bukan sekadar untuk berseronok sahaja tetapi kami memilih untuk bercuti dengan SOP yang ketat. Lega bila mendapat tahu yang semua staff di Lexis Hibiscus telah lengkap menerima suntikan vaksin. Jadi, tetamu yang ingin menginap di sini tak perlu risau dan hanya perlu mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kita kekal bebas dari Covid-19.

Post a Comment

4 Comments

  1. kak ana pun teringin nak ke lexis ni,mudah-mudahan kesampaian satu hari nanti Liez,aamiin.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak ke sini pula. Last year pergi Grand Lexis. Memang best.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah stay kat Lexis Hibiscus masa ia baru-baru bukak dulu. Best sangat

    ReplyDelete
  4. mmg best kot dan kalau tengok drama The Hotel pun shooting kat sini

    ReplyDelete