Kasut Lucca Vudor Pilihan Untuk Bergaya Buat Plus Size Di Hari Raya

Kasut Lucca Vudor Pilihan Untuk Bergaya Buat Plus Size Di Hari Raya | Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog mrsliez.com dan sahabat-sahabat semua. Bagaimana dengan raya tahun ini? Suprise sangat kan?? Alhamdulillah syukur sebab kita dapat beraya seperti dahulu. Tiada lagi raya PKP yang buatkan pergerakan kita terbatas, takut-takut nak keluar menziarahi.

Persiapan raya tahun ini pun lebih sikit la sebab dua tahun kita hanya beraya di rumah kan? So kali ni Liez dan encik suami berbelanja lebih sikit untuk anak-anak dan diri sendiri. Dan tahun ini Liez nak bergaya sakan dengan kasut baru, tambahan lagi nak bergerak beraya ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Harus pilih kasut yang sesuai dan selesa, kena citarasa Liez. Liez akan ada masalah untuk mencari size kasut yang kena dengan kaki Liez dan rekaan yang berkenan dihati.  Kalau fikirkan memang lama Liez tak shopping beli kasut,  rasanya kali terakhir sejak berhenti kerja 5 tahun yang lalu. 

Liez sebenarnya cerewat bab kasut, bukan dari segi material sangat tapi bab size dan rekaan mengikut kaki. Tapi jenama Lucca Vudor tak perlu risau sebabnya sizenya sehingga 41 (Asia/EU), size 11 (US) dan 8 (UK). Liez pakai size 40 atau 41 mengikut rekaan kasut juga. Kaki giant sangat hehehe!!

Rambang sebenarnya nak pilih kasut yang mana berkenan dihati. Semua cantik-cantik dan unik. Jenuh scroll kasut-kasut di website www.luccavudor.com dan akhirnya berkenan dengan Fae 358-2 berwarna Coffee black. Liez pilih Fae sebab kebetulan kasut flat Liez pun dah teruk, ialah beli tahun 2017 memang tunggu masa je nak rosak.

Dan Liez tertarik dengan rekaan klasik dan warna yang sesuai dengan suaian pakai pelbagai warna. Nak pakai dengan seluar, skirt atau baju kurung pun memang macthing sangat! Sempat la melaram dengan kasut Lucca Vudor selama bercuti di Lexis Hibiscus tempoh hari. Serius cantik dan sangat selesa.

Kasut Rekaan Terkini Lucca Vudor Bukan Sekadar Cantik 



Pertama,
keistimewaan kasut dari Lucca Vudor ini adalah setiap kasut dihasilkan dari buatan tangan sepenuhnya untuk menampilkan ciri mewah dan eksklusif.  

Kedua, ia dihasilkan dengan menggunakan kulit anak kambing untuk memberikan keselesaan kepada setiap pemakainya selain kaki mudah bernafas dan tidak merimaskan.

Ketiga, rekaan kasut yang memberi ruang kepada jari kaki supaya tidak sakit akibat pergeseran atau terhimpit.

Keempat, tapak dalam kasut direka istimewa untuk memberi sokongan kepada k kami dengan terperinci dan sempurna dalam menggabungkan keselesaan, gaya kasut kerja selesa dan gaya hidup yang paling popular di Singapura


Korang nak tahu banyak sangat yang Liez suka dan nak tahu yang mana? Ini antara yang buat mata rambang. Jika ada rezeki lagi, nak sambar juga.

  Sammie 632-51 @ S$89.90

Sarina 631-47 @ S$99.90

                                       Fallon 808-14 @ S$119.90

Bagi Liez, untuk seorang yang cerewet pasal kasut memang Liez sarankan sangat beli Lucca Vudor ni. Yang memiliki kaki yang besar, tak susah untuk mencari rekaan kasut yang cantik dan selesa. Rekaan kasut Lucca Vudor juga sangat cantik dan terkini, ada klasik dan moden sesuai dengan citarasa pemakainya tidak kira tua atau muda. Recomended!!

Kalau ada yang berkenan dihati dan nak dapatkan kasut Lucca Vudor, korang boleh ke beli secara atas tailian di www.luccavudor.com atau ke outlet Lucca Vudor Malaysia di Atria Shopping Mall. Boleh dapatkan maklumat lanjut di secial media Lucca Vudor seperti dibawah:

Facebook: Lucca Vudor SG
Instagram: Lucca Vudor SG

MALAYSIA
Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
 

SINGAPORE
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM

Star Vista #01-30

Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM

Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride

144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM 


Post a Comment

2 Comments

  1. sama la..bukan giant size...international size... saya pun adventure sgt bila bab kasut ni

    ReplyDelete