Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H | Assalamualaikum korang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Mengejutkan raya tahun ini? Kecoh seminggu sebelum tu kata raya pada hari Isnin bukan hari Selasa seperti di kalendar. Jadi raya tahun ini HURRY RAYA sangat hehehe. Buat kenangan dan boleh la cerita dengan anak cucu nanti.

9Liez pada mulanya macam taknak ambik kisah sebab biasa la kan manusia ni selalu je dah buat kecoh.. hehehe tapi bila makin lama keluar macam-macam andaian dan info-info lain, mulanya nak percaya tapi still tunggu pengumuman dari penyimpan mohor besar nanti. Mula la teringat cerita zaman ketika bekerja di kilang di Penang. Rasanya keadaan yang sama dilalui bila masa tengah berehat, kawan-kawan kecoh kata esok raya. Sudah... memang tak beraya juga sebabnya kena kerja. Tapi itu momen yang memang Liez ingat bila raya jatuh pada hari esoknya..

Masa pengumuman di TV1 dibuat, ketika itu Liez baru selesai solat maghrib. Sementara menunggu masuk waktu Isyak, Liez keluar ke ruang tamu untuk menunggu pengumuman dibuat. Keluar je dari bilik, encik suami kat esok raya. Mula-mula ingat dia memain tapi bila dia fowardkan video rakaman ucapan pengumuman, terus gelabah. Cari pulak handphone untuk tengok staus kawan-kawan. SAH!!! Syawal 2022 jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022 bukan hari selasa 3 Mei 2022.

Tergelak la Liez, encik suami dan mak. Terus get ready untuk masak juadah untuk esok. Pada perancangan awal, hari Ahad mak Liez nak masak rendang daging (rendang Tok) dan hari isnin baru  Liez nak masak rendang ayam. Tapi bila dah raya awal, hanya sempat masak rendang Tok. Kebetulan mak dah siap perap daging dengan bahan-bahannya, jadinya menu pagi raya hanya rendang Tok. Dan kebetulan juga, siang harinya Liez dah siap beli lemang berhampiran Zoo Negara. Jadinya lengkap la juga menu hari raya nanti. Hanya perlu rebus ketupat segera dan mengemas ala kadar. Alhamdulillah walaupun simple tetapi bersyukur sangat sebab dpat beraya dengan orang tersayang.

Dan tahun ni kami beraya di Kula Lumpur, memandangkan MIL dan FIL juga beraya di sini dengan adik bongsu encik suami. So, tak adalah momen menempuh kesesakan luarbiasa untuk balik kampung tahun ini. Dengar orang bising sesak sana sini, tak kira di pekan ke jalan kampung semua sesak. Syukur Allah beri kita rezeki lagi untuk bersama yang tersayang.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA.

Semoga kita ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.



Post a Comment

1 Comments

  1. yang pasti tidak menjadi penyumbang pada kesesakan kat Ipoh kan..hehee

    ReplyDelete