AEON Melancarkan Pakaian Athleisure, Jenama iC Innercasual Dengan Teknologi Fabrik Dari Jepun | Baru- baru ini bertempat di TRIBE BOXING STUDIO Tropicana Garden Mall telah menjadi rakan kolaborasi dengan AEON Malaysia dalam pelancarkan koleksi pakaian Athleisure innercasual dinamakan iC.
AEON Melancarkan Pakaian Athleisure, Jenama iC Innercasual Dengan Teknologi Fabrik Dari Jepun |
Koleksi innercasual atau iC sangat sesuai dan mengikut trend terkini dimana sudah ramai yang suka bersukan atau beriadah. Koleksi iC direka menggunakan fabrik berkualiti, rekabentuk terkini yang sesuai dalam pelbagai saiz dan umur selain harganya yang berpatutan dan mampu milik. iC berhasrat untuk mengembangkan lagi penguasaannya di Malaysia dengan memperkenalkan 3 gaya tersendiri iaitu ActiveWear yang menyeronokkan dan berfungsi; PeaceFit teknologi untuk meningkatkan gaya hidup, serta Sustainable fashion rangkaian fesyen Lestari dengan kerjasama pereka dan aktivis ikonik British, Katherine Hamnett, salah seorang perintis dalam fesyen beretika.
AEON Melancarkan Pakaian Athleisure, Jenama iC Innercasual Dengan Teknologi Fabrik Dari Jepun |
Setiap helaian koleksi iC yang dihasilkan dari kapas organik - ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau bahan kimia. Selain ianya kekal lama walaupun ia dipakai dalam jangka masa yang lama. Sesuai dengan mesej 'Saving The Planet', Katherine mahu ianya dapat melindungi alam sekitar.
AEON Melancarkan Pakaian Athleisure, Jenama iC Innercasual Dengan Teknologi Fabrik Dari Jepun |
Hadir bersama untuk melancarkan jenama iC adalah Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata "innercasual adalah tentang keselesaan selain ianya fleksibel dengan cara gaya hidup kita dan ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk memastikan jenama itu dibawa ke Malaysia yang bersesuai dengan strategi gaya hidup zaman sekarang."
AEON Melancarkan Pakaian Athleisure, Jenama iC Innercasual Dengan Teknologi Fabrik Dari Jepun |
Keistimewaan koleksi iC adalah ianya sangat selesa dan lembut pada kulit, menyerap peluh dan cepat kering selain ianya stretchable. Material yang ringan untuk memudahkan pergerakan pemakainya, juga direka dengan anti-bau, anti-bakteria dengan perlindugan UV sesuai dipakai walaupun di bawah sinaran matahari.
Low Ngai Yuen, the Chief Merchandise and Marketing Officer berkata " Pemilihan TRIBE BOXING STUDIO adalah kerana objektif kami adalah sama iaitu aktif dan mengutamakan kecergasan serta mementingkan gaya hidup yang sihat tidak kira bentuk badan seseorang. Dan kepada pelanggan AEON member, kami menjemput anda semua untuk merasai pengalaman boxing di TRIBE dan kepada komuniti TRIBE, kami sangat mengalu-alukan kerjasama bersama dalam menjalani kehidupan yang sihat dari segi pemakanan untuk meningkatkan tenaga dan menguatkan badan."
iC ialah kedai konsep khusus pakaian AEON bagi pakaian dalam, pakaian aktif dan pakaian kasual. iC komited sepenuhnya membangunkan produk yang sesuai dengan gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum. Selain itu iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz badan. 5 jenama utama dalam koleksi iC ialah PEACE FIT, ACTIVE WEAR, KATTHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, COTTON ORGANIK memfokuskan untuk pakaian harian.
Korang yang nak dapatkan koleksi iC boleh ke AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City.
Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual
Facebook: Inner Casual By AEON Malaysia
Instagram: innercasual.my
2 Comments
Material kain nampak selesa, kena pergi dan belek sendiri baru puas hati..
ReplyDeleteTerbaik AEON. Material kain pun nampak selesa
ReplyDelete