Menjadi kebiasaan bila menjengah ke hujung tahun, ramai pasangan melangsungkan perkahwinan. Dan bila majlis telah dirancang, bermulalah misi mencari busana pengantin. Menyedari peningkatan permintaan dari ramai pelanggan sempena musim perkahwinan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan “Permaisuri Sehari”.
Majlis pelancaran yang berlangsung di AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju buat pertama kalinya memperkenalkan koleksi busana pengantin RTW (Ready-to-Wear) di bawah label PUTERI. Koleksi ini bukan sahaja untuk bakal pengantin tetapi ada juga untuk bridesmaid dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz.
AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear) |
AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear) |
Koleksi PUTERI busana pengantin ini boleh mengunjungi lapan (8) AEON terpilih yang menawarkan koleksi busana pengantin ini iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.
Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia
AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.
AEON Malaysia Lancar Koleksi PUTERI AEON Busana Pengantin RTW (Ready-to Wear) |
Pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu. Selain busana pengantin PUTERI AEON RTW (Ready-to-Wear), pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” turut disertai oleh Shashas Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.
Kesemua jenama lain yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang turut diperagakan oleh Aini Sophie, pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019.
Lebih menarik lagi, tarian tradisional Melayu, Cina dan India oleh Dirgahayu Seni dari Melaka juga dipertontonkan sebagai tradisi tempatan memeriahkan lagi majlis.
AEON Malaysia juga mengadakan Peraduan “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial yang menjemput bakal pengantin untuk memenangi sepasang busana perkahwinan di samping menggalak kesedaran dan keterujaan terhadap koleksi baharu ini.
Melalui peraduan ini, tiga (3) pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk menangi busana pengantin dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.
Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag @aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.
Kami pasti ramai yang mempunyai impian perkahwinan tersendiri dan melalui kempen ini, sedikit sebanyak kami dapat merealisasikan impian mereka
Mengenai AEON Runcit
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komaiso di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.
AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.
Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
1 Comments
wah..seronok bakal raja sehari, boleh ke Aeon je mencari baju untuk di pakai masa hari bahagia..semua ready stock & ready to wear...
ReplyDelete