Menyumbang Dan Sedekah Pada Masjid, Surau Jadi Mudah Dan Cepat Dengan Aplikasi Sujood - Tabung Digital Masjid | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita dalam bulan Ramadan, bulan penuh rahmat dan bulan yang dinantikan kerana memiliki pelbagai keistimewaannya. Ganjaran yang berlipat ganda bagi mereka yang melakukan amal ibadat dan sedekah kepada yang memerlukan.
Menyumbang Dan Sedekah Pada Masjid, Surau Jadi Mudah Dan Cepat Dengan Aplikasi Sujood - Tabung Digital Masjid
Kalau dahulu, bila sebut nak sedekah atau bagi sumbangan pada masjid dan surau memang agak meragukan. Mana tidaknya, ada seseorang yang katanya mewakili masjid dan surau meminta bantuan untuk pembangunan masjid dan surau. Belum lagi tabung-tabung yang banyak diletakkan di kedai-kedai atau lokasi yang buatkan kita ragu-ragu nak menyumbang, Pernahkan korang rasa macam tu?
Belum lagi kes kecurian duit dari tabung masjid yang membimbangkan. Ada sahaja kes kecurian yang dilaporkan. Jadi ianya tidak lagi selamat untuk membiarkan tabung di masjid. Dan ada yang tiada masa untuk ke masjid atau surau bagi memberi sumbangan atau sedekah kerana kekangan kerja seharian. Jadi niat nak menderma terbantut dan akhirnya lupa.
KEISTIMEWAAN APLIKASI SUJOOD
Tapi dengan adanya aplikasi Sujood, kita boleh menyumbang secara terus tanpa syak wasangka dan urusan boleh dibuat 24 jam 7 hari seminggu. Walaupun korang berada diluar negara sekali pun, urusan menyumbang tetap boleh dibuat.
Kes kecurian akan berkurangan kerana duit derma akan masuk terus ke akaun bank masjid atau surau, transaksi masuk duit juga dapat diperiksa dalam aplikasi. Mudahkan?
Link aplikasi Sujood boleh disebarkan dan dikongsi dengan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Kita memudahkan urusan mereka tidak kira orang perseorangan atau syarikat korporat untuk menyumbang, bertambah pahala kita.
SURAU PILIHAN LIEZ UNTUK MENYUMBANG DI APLIKASI SUJOOD
Kali ini Liez memilih Surau Nur Baiduri, Puchong Selangor untuk menyumbang dan korang juga boleh menyumbang sama.
CARA MENYUMBANG DENGAN APLIKASI SUJOOD
Untuk menyumbang, korang hanya perlu muat turun aplikasi Sujood di handphone (Google Play atau App Store)
PENDAPAT PENGGUNA APLIKASI SUJOOD - TABUNG DIGITAL MASJID
PENDAPAT WAKIL MASJID/SURAU UNTUK APLIKASI SUJOOD - TABUNG DIGITAL MASJID
PENDAPAT LIEZ MENGENAI APLIKASI SUJOOD
Syukur alhamdulillah Liez ditemukan dengan aplikasi Sujood kerana Liez rasa ianya mudah dan cepat dalam memberi sumbangan kepada masjid atau surau pilihan. Lagi-lagi dibulan ramadhan ini, sedaqah jariah yang kita buat akan dilipat kali gandakan pahalanya oleh Allah SWT. Liez boleh pilih satu masjid atau surau setiap hari untuk membuat sumbangan tanpa perlu rasa was-was.
Seiring dengan perkembangan dunia teknologi, aplikasi seperti ini sangat dialu-alukan kerana ianya mudah, cepat dan diyakini selamat. Dan ianya menjadi asbab untuk kita terus menyumbang dan sedekah tidak kira bulan Ramadhan ini dan bulan seterusnya.
Menyumbang Dan Sedekah Pada Masjid, Surau Jadi Mudah Dan Cepat Dengan Aplikasi Sujood - Tabung Digital Masjid
Jangan lupa muat turun aplikasi Sujood sekarang dan jadikan ia sebagai amalam kita selalu untuk bantu masjid dan surau terlibat juga menambah saham pahala kita di akhirat nanti.
Dan bagi masjid atau surau yang mahu turut serta dalam aplikasi ini, boleh berhubung terus di email salam@sujood.net
Dapatkan info lanjut di Sujood.net
Facebook : https://www.facebook.com/sujoodappofficial
Instagram: https://www.instagram.com/sujoodapp/
Youtube: Sujood App
0 Comments