Liez antara yang tak terlepas dari masalah jerawat, biasalah kalau jenis kulit berminyak kan? Belum lagi bila menunggu hari nak datang bulan, mesti muncul sebiji dua jerawat dekat muka. Tapi Liez bersyukur sangat sebab jerawat yang hadir bukan lah jerawat batu yang boleh mendatangkan parut hitam dan parut berlubang pada wajah.
Jenis-Jenis Jerawat
1) Whiteheads(bintik putih) - Ianya terjadi bila lapisan kulit mati atau sebum menyumbat ruang pori-pori dan menyebabkan gumpalan putih di permukaan kulit.
Sumber Google |
2. Blackheads (bintik hitam) - Bila folikel rambut tersumbat dengan sebum dan sel-sel kulit yang mati.
3. Pustules- Jerawat dengan bonjolan merah dan menanah
4. Nodules - dikenali sebagai jerawat batu. Benjolan yang tidak kelihatan tetapi akan muncul berulang kali walaupun sudah kecut.
5. Cyst - Jerawat batu lebih kronik yang mengandungi cecair atau nanah, bersifat lebih lembut semasa ditekan dan mudah terdeah pada jangkitan kulit. Bila pecah, ia boleh merebak pada kulit sekitarnya.
6. Papules - jerawat yang bertimbul di bawah permukaan kulit dan kelihatan seperti gigitan nyamuk. Tidak bernanah
Apakah punca acne?Sebenarnya banyak punca-punca terjadinya jerawat atau acne dan diantaranya:
Sumber Google |
1. Pori - pori tersumbat - bila sebum tersumbat di pori-pori dan tidak dibersihkan dengan sempurna.
2. Alahan pada makanan - ada yang mengalami alergik kepada sesuatu makanan yang membuatkan kulit menhidap punca jerawat yang ketara.
3. Hormon tidak seimbang - anatar punca adalah bila nak datang bulan atau haid. Perubahan hormon boleh membuatkan jerawat muncul.
4. Penjagaan kulit tidak betul - kalau tidak kerana tidak mengamalkan rutin memberishkan wajah dengan sempurna atau menggunakan bahan atau alat solek yang tidak bersih. Ianya boleh menjadi punca kepada hadirnya jerawat.
Jenis-Jenis Acne Scar?
1. Parut jenis Ice Pick - parut mendalam dan sempit. Parut yang timbul dan paling sukar untuk dirawat. Parut berlekuk jauh di bawah permukaan kulit. Pearut jenis ini menhasilkan keradangan jerawat hingga kulit hilang kolegan.
2. Parut jenis Boxcar - parut yang berbentuk huruf U atau seperti sebuah kotak. Ianya berpunca dari jerawat yang berkumpul di atas kulit.
3. Parut jenis Rolling - Parut nampak bulat atau bergulung (rolling). Parut yang menyebabkan kulit kehilangan kolagen.
Rawat Masalah Acne Dan Acne Scar Di Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Kini tak perlu risau kerana ada rawatan merawat acne dan acne scar di Klinik Bazilah Cawangan Shah Alam. Rawatan awal dan berkesan sangat membantu mereka yang ingin merawat masalah acne dan juga acne scar ini. Antaranya:
1. Rawatan TCA Cross - bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar. Kaedah rawatan menggunaan satu asid berkonsentrasi tinggi yang disapu pada tempat yang berparut. Selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, berlaku inflamasi dan terhasilnya kolagen, tisu baru akan mengisi lubang tersebut. Rawatan ini mengambilan masa untuk menampakkan kesan atau perlu menjalani proses rawatan 3 hingga 5 kali bergantung parut yang ingin di rawat.
2. Rawatan CO2 Laser - rawatan merawat parut jerawat dengan merangsang kulit melalui CO2 Laser. Selain menaikkan lekuk parut ia juga mengecilkan liang pori-pori wajah. Kulit wajah akan lebih halus dan lembut selepas rawatan ini.
3. Subcision - rawatan memutuskan akar parut. Menggunakan Cannula tumpul dan di masukkan ke atas kulit wajah dan ia berfungsi memutuskan akar parut pada wajah.
4. Rawatan Rejuran Scar - rawatan dimana suntikan diberikan untuk merangsang kolagen dan membaiki struktur kulit yang rosak.
Alamat Dan Lokasi Klinik Dr Bazilah
Bagi yang berminat untuk mencuba rawatan acne dan acne scar, boleh terus ke klinik Dr Bazilah dan dapatkan konsultasi dari doktor-doktor mereka yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Alamat Dan Lokasi Klinik Dr Bazilah
Bagi yang berminat untuk mencuba rawatan acne dan acne scar, boleh terus ke klinik Dr Bazilah dan dapatkan konsultasi dari doktor-doktor mereka yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5 Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931
WhatsApp : +60111-590 5931 (Bangi)
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5 Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931
WhatsApp : +60111-590 5931 (Bangi)
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No Tel : 03-7661 3950
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah
Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No Tel : 03-7661 3950
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah
Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm
2 Comments
Memang laah kalo scars Krn acne dah seperti foto di atas, tak ada skincare yg mampu menghaluskan lagi. Dah harus ke klinik kecantikan ntah menggunakan laser etc . Teman saya ada yg parah sangat wajahnya. Akhirnya ke klinik, dan dpt perawatan di sana utk balik halus.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah jarang ada masalah jerawat sekarang tapi masalah milea bawah mata ni memang buat saya geram tau..
ReplyDelete