Coklat Dubai oleh PHINIX STORE Tular dalam Shopee Live

Coklat Dubai oleh PHINIX STORE Tular dalam Shopee Live | Penjual Lokal Berjaya dengan Tawaran ‘Niche’ Unik dalam Talian

PHINIX STORE adalah penjual tempatan yang menularkan Coklat Dubai dalam Shopee Live. Menggunakan pendekatan kreatif dan sistematik strim langsung, pengasas Husman Setta dan Khaled Hassan (juga dikenali sebagai Abang Ah Ah) beralih daripada laman dagangan sosial ke Shopee Live pada Julai 2023 dan menyaksikan penggemar gula-gula membuat lebih 1,000 pesanan setiap hari daripada mereka, melebihi sasaran asal mereka iaitu 50 pesanan setiap hari.
Menurut mereka, perniagaan mereka yang berkembang pesat, dengan 90% kenaikan dalam jualan adalah disebabkan Shopee Live menghubungkan mereka dengan sasaran pelanggan yang sesuai dan platform ini bersesuaian untuk melangsungkan jualan secara langsung berbanding aplikasi lain di mana penonton lebih mahukan hiburan daripada membeli-belah.

“Dahulu, coklat ini kurang dikenali di media sosial atau di platform membeli-belah… Kini saya boleh katakan 90% daripada jualan harian kami adalah daripada Shopee Live, terutamanya daripada pelanggan setia yang kerap membeli. Kami dapat membina hubungan dengan pelanggan dan berinteraksi baik dengan mereka. Pelanggan kami juga sudah menjadi seperti kawan kami di mana mereka sertai strim langsung untuk lepak bersama. Walau di luar talian, kadang-kadang pelanggan kami kenal kami dan mengajak berbual bersama,” kata Husman.

Buat PHINIX STORE, mereka bebas untuk berkomunikasi intim melalui saluran ini, di mana mereka mendidik secara langsung tentang cara menyimpan dan menikmati coklat, dan berkomunikasi dua hala secara langsung yang membolehkan mereka membina kepercayaan jenama dengan cepat.

Mengambil peluang penyelesaian berintegrasi Shopee untuk penjual e-dagang, PHINIX STORE bermula dengan menarik perhatian pelanggan menggunakan Shopee Coins, kemudian menggunakan ciri tinjauan pendapat (poll) di Shopee Live untuk mendapatkan makluman pengguna terhadap produk yang akan terjual, menggunakan laporan jualan untuk mengagak cara terbaik untuk menjalankan jualan langsung, dan mempengaruhi aktiviti pembelian dan kesetiaan dengan ganjaran barangan percuma kepada pelanggan.

Khaled, yang mengacarakan strim langsung, menerangkan bagaimana dia memacu pembelian pantas ketika sesi strim langsung yang berjangka pendek: “Kami menggunakan pemasa kiraan detik untuk mengujakan dan menggesa penonton membeli produk pada harga istimewa ketika sesi permainan. Kami juga memberi ganjaran terhadap kesetiaan: jika mereka membeli produk pada kuantiti tertentu, kami akan memberi mereka hadiah percuma. Sebagai contoh, dengan setiap pembelian coklat lebih 1kg, kami beri mereka 100g percuma.”
Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami amat gembira PHINIX STORE sudah menemui cara untuk penjual tempatan berjaya dalam talian. Shopee Live semakin pesat berkembang sebagai platform yang efektif untuk membina hubungan dua hala dan keterlibatan berperibadi antara penjual dan pengikut untuk memacu jualan segera. Kami berniat untuk terus memperkasakan lebih banyak perniagaan tempatan untuk lebih maju dalam talian menggunakan platform ini.”

Memberi komen tentang rancangan masa hadapan dan aspirasi untuk penjual tempatan seperti mereka, Khaled dan Husman bersetuju bahawa “Rancangan kami adalah untuk mengembangkan perniagaan kami di luar Malaysia melalui platform Shopee International, dengan produk wangian kami, Hush, dan produk makanan. Kami menggalakkan semua penjual mempunyai kedai dalam talian dengan Shopee untuk kecapaian pasaran yang lebih meluas. Shopee mempunyai platform terbaik untuk menjual dan mempromosi produk. Shopee juga boleh mengajar penjual untuk cara menjual produk buat mereka yang kurang berpengetahuan tentang strim langsung.”

Terkini, PHINIX STORE telah berjaya meraih 74,000 pengikut di Shopee. Pengikut mereka ini telah membeli 85,714 kilogram Coklat Dubai, dan 163,000 biji Milo Energy Cubes. Kedai ini juga menawarkan wangian mewah dan sambal, sesuai dengan cita rasa tempatan.

Shopee Live: 
https://help.shopee.com.my/portal/article/78854-[Shopee-Live]-What-is-Shopee-Live

*Kedai PHINIX STORE: https://shopee.com.my/phinixstore

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Post a Comment

5 Comments

  1. penggemar coklat mesti suka, mudah nak beli coklat

    ReplyDelete
  2. Cuya pernah beli coklat dubai gak kt tiktok....
    Coklat sama, tapi harga tersangat murah. Kalau membeli ni kena rajin survey mana yang murah kan, baru berbaloi.. hehe

    ReplyDelete
  3. Saya jadi penasaran dengan rasa coklatnya. Kebetulan suami sukaaa sangat coklat. Walo terkadang harus saya batasi Krn tak nak dia makan gula berlebih.

    Hanya bisa dibeli online ya kak? Tak ada offstore kah? Kalo memang hanya bisa beli online, terkadang harus minta bantuan teman di sana utk Bantu membelikan dulu, atau kalo saya sedang liburan lama di Malaysia, bikin account baru shopee Malaysia , baru bisa beli 😅

    ReplyDelete
  4. Ada tengok haritu, dia jual murah tapi kita tak suka coklat dubai, too sweet. Jadi tak beli pun

    ReplyDelete
  5. macam-macam cara orang buat pemasaran sekarang...tapi kebanyakkan berkesan

    ReplyDelete