Port Makan Di Selangor - T'mor On The Rocks, Batang Kali | Kalau bab makan memang laju je Liez ni hehehe. Actually dah makin kurang nak makan-makan ni tapi sebab adik ipar Liez suka food hunting so terjebak la kita sekali. Baru-baru ni dia ajak Liez ke T'mor On The Rocks untuk makan tengahari. First time dengar nama tu, so kita google sebelum pergi.
Google punya google, jumpa FB T'mor On The Rocks, Batang Kali. Memang tempatnya cantik dengan pemandangan hutan yang menghijau, sungai berhampiran yang tenang dan indah. Excited nak pergi dan Liez bawa Najla sekali sebab biasalah kan, dia memang tak boleh nak berenggang dengan mama dia ni.
Perjalanan ke lokasi yang terletak di Batang kali pun tak jauh sebab Liez lalu jalan Ulu Yam. . Jalan yang Liez selalu guna untuk ke rumah parents Liez di Serendah. Tengok Waze, dan lokasinya adalah ke arah Genting Highlands. Lebih kurang 30 minit dari rumah Liez di Batu Caves.
Makan Set Dulang Di T'mor On The Rocks, Batang Kali
Bila sampai di lokasi, wahhhhh. Memang secantik gambar yang Liez nampak di FB, IG dan TikTok. Ramai yang share experience di sana so memang berbaloi pergi.Restoran yang terletak berhampiran dengan sungai memang menarik. Bila masuk ke restoran, lagi memukau kerana ia bercirikan suasana kampung. Dengan hiasan kain di siling restoran sangat menonjolkan ciri-ciri tradisional kena dengan selera kampung yang di hidangkan.
Menu pilihan adik ipar Liez ialah set untuk 2 - 4 orang. Sebenarnya, dia plan dengan rakan sepejabat tetapi last minit member tak dapat join disebabkan kejadian yang tak dapat dielakkan.
Pakej Hidangan T'mor On The Rocks
Pakej 1 & 2 : Dine-in sahaja atau Dine-In + Santai (sesi 1: 12pm - 2pm) (sesi 2: 2pm- 4pm)Pakej 3 & 4 : Makan ala picnic dan minum petang (11.30 am - 5.30pm)
5 Comments
Wah menarik la konsep dia. Okay masuk dalam list boleh food hunting lepas ni
ReplyDeletemenariknya tempat ni.. terasa suasana semulajadi
ReplyDeleteBaguuus memang tempatnyaaa 😍😍. Banyak pohon, hijau, kliatan sejuk kan 👍.
ReplyDeleteTapi td saya sempat bingung dengan Kata2 bilik persalinan 😅. Krn saya pikir ini kan restauran kenapa ada pula bilik bersalin. Lalu baru ingat, dalam BHS Malaysia bersalin means ganti baju. Sementara BHS indonesia, bilik persalinan artinya bilik untuk melahirkan 😅😄.
Cantik je tempat makan ni, time makan boleh terus healing sambil tengok pemandangan yang menghijau..
ReplyDeleteNampak best sebab dikelilingi pokok2 hijau, jauh dari asap2 kereta, bunyi bising...
ReplyDelete