Resepi Pho (Sup dari negara Vietnam)
Bahan-Bahan untuk Pho (SUP)
2kg Tulang lembu
1kg Shabu-Shabu atau daging (boleh tukar nak lembu ke kambing)
2 biji Bawang holland (belah 2, bakar atas pan)
5 inci Halia (dihiris besar, bakar atas pan)
Rempah (Sangai hingga naik bau)
2 batang kulit kayu manis
4 bunga lawang
6 bunga cengkih
4 buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil biji ketumbar
Kuewtiaw halus / bihun vietnam
Tauge
Daun selasih
Daun bawang
Bawang holland (hiris)
Limau nipis
Cili api
Cara Penyediaan:
1. Rebus tulang dan daging hingga empuk. Buang air dan bilas tulang dan daging hingga bersih.
2. isi air dan rebus semula tulang dan daging tadi.
3. Masukkan bawang holland dan halia yang disangai bersama dengan rempah yang disangai tadi. biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, garam, gula batu, serbuk lada sulah. Siap untuk dimakan.
Nota:
1. Daging Shabu-shabu boleh masak sekali dalam sup atau nnt tuang sup panas-panas ketika dihidangkan.
2. Bahan-bahan rempah tu boleh tambah ikut berapa banyak sup yang korang nak.
Nak tengok video resepi Pho
.jpg)
0 Comments