RESEPI RAYA 2018 : CORNFLAKES KUNING TELUR MASIN (SALTED EGG YOLK )

By Mrs Liez - 8:30 AM

Cornflakes Kuning Telur Masin (Salted Egg Yolk)
Resepi Raya 2018 : Cornflakes Kuning Telur Masin (Salted Egg Yolk) | Salam Ramadhan hari ke 6 semua. Cepat masa berlalu kan? Hampir satu minggu kita berpuasa. Lepas ni mesti mak-mak sibuk pula dengan persiapan kuih-kuih, baju raya dan berkemas rumah. Liez macam biasa memang akan jual cookies dan kerepek. Tapi tahun ini ada penambahan sikit. Liez jual cornflakes pedas dan Cornflakes kuning telur masin.

Nak resepi lain? >>>> Resepi Cornflakes Pedas

Jom Liez sharekan resepi, mana tahu tahun ni korang buat sendiri dan hidangkan masa raya nanti

Bahan-Bahan:

180g Cornflakes
70g butter
50g serbuk kuning telur masin (jenama Knorr)
Cili api
Daun kari
Sedikit serbuk kiub ayam (optional)
Gula (optional)

Cara penyediaan
- Cairkan butter dan masukkan serbuk kuning telur masin. Kacau hingga berbuih
Masukkan cili api, daun kari dan serbuk kiub ayam, kacau.      
- Masukkan cornflakes tadi dan kacau hingga semua disalut sempurna. 
- Akhir sekali taburkan gula (jika perlu)     
Siap dan biarkan sejuk dan simpan dalam bekas  kedap udara.

Nota:
Boleh gantikan cili api dengan cili kering yang dipotong halus. 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Macam² dah org boleh reka resepi cornflakes ni...Bagus la..

    ReplyDelete
  2. sekarang nie viral pulak cornflakes telur masin nie kan

    ReplyDelete