RESEPI KEK SUNQUICK GEBU

By Mrs Liez - 6:51 PM


RESEPI KEK SUNQUICK GEBU | kenapa Liez kerap baking? Actually Liez buat bisnes kek kecil-kecil dari rumah. Satu lagi memang Liez minat sangat kalau baking ni berbanding masak-masak. Kena pulak En Dearie, anak-anak dan family memang suka makan jadi makin semangat bagi keluarga makan hasil air tangan Liez. Sekarang pulak anak-anak dah pandai requestkan ~ hari ini Liez nak share resepi kek Sunquick gebu pilihan Liez. Liez tak pasti mana Liez dapat resepi ni tapi memang terbaik dan yang penting cepat dan sedap.

Bahan-Bahan;
250g butter/majerin
1 cawan gula castor

2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
5 sudu besar pati sunquick
5 biji telur size B
Kulit limau disagat (optional)
* ayak

Cara penyediaan:
1. Panaskan oven terlebih dahulu 160c selama 10 minit
2. Pukul butter dan gula hingga kembang atau betukar warna pucat
3. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan pukul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kering tadi dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan pati sunquick dan kulit limau disagat
6. Masukkan bancuhan dalam loyang 8 inci yang dilapik dengan kertas baking
7. Bakar selama 45 minit atau berhantung pada oven masing-masing. Cucuk bahagian tengah kek untuk tahu kek sudah masak.

Nota:
1. Asas kekini boleh ditukar jadi kek lemon, kek orange dengan menukar pati sunquick kepada pati lemon atau orange.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. thanks share, ada masa boleh buat

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Terima kasih share resepi nanti raya haji miza nak buatlah

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je ni kak liez, bahan dan cara pun tak renyah mana

    ReplyDelete