HADIAH BIRTHDAY FEY QASEH NAUSHEEN DALAM PLASTIK SAMPAH??!

By Mrs Liez - 6:03 PM


SELAMAT ULANGTAHUN KE-5 FEY QASEH NAUSHEEN | Assalamualaikum korang. Harap korang diberikan kesihatan yang baik ye.. Dengan cuaca yang tak menentu ni memang cepat je rasa tak sihat. Anak-anak Liez baru je baik dari batuk selsema, Alhamdulillah lega rasanya.

Liez nak share tentang sambutan hari ulangtahun ke-5 puteri sulung Liez, Fey Qaseh Nausheen pada 5 September. Nak buat sambutan dengan kawan-kawan di sekolah tapi disebabkan masa tidak mengizinkan jadi Liez rancang untuk raikan secara kecil-kecilan di rumah je. Itu pun hanya jemput adik ipar dan suami serta adik Liez.

Pagi-pagi lagi Qaseh dapat voicemail dari AtokOpah di Ipoh. Bangun pagi bersiap untuk ke sekolah dah dapat call dari AtokOpah. Beriya dan tersengih-sengih bila atok menyanyi lagu happy birthday. Babanya dah berjanji nak belikan kek bila balik kerja nanti. Lagi berbunga la hati dia.

Balik rumah dari sekolah dia asyik ingatkan tentang harijadi dan baba akan belikan kek. Yang Liez dah siap beli barang basah untuk masak hidangan untuk majlis malam nanti. Just simple menu, Spicy Seafood Aglio Olio dan Vietnamese Spring Roll.(tak sempat nak snap gambar sebab masing-masing kelaparan hihihi~)

Dapat tahu Ayahchor (abang ipar Liez) ada kerja di KL dan akan join majlis selepas selesaikan urusan kerja. Yang ni tak bagitahu Qaseh sebab nak suprisekan dia. Dah lama anak-anak tak jumpa Ayahchor dan Ayahchor plan nak buat suprise!!

Bila tiba masa baba dan adik Liez sampai, kantoi Qaseh nampak box kek Baskin Robin dan dia dah mula tersengih-sengih. Siap sound Liez kata " baba nak buat suprise untuk kakak kan"? hahahha

Tak lama lepas tu, Ayahchor sampai dan both Qaseh dan Niyaz terkejut tengok Ayahchor ada. Siap berlari terus peluk. Rindu sangat-sangat sebab last jumpa di Ipoh hujung bulan Jun. Dapat lagi hadiah bajuMedic tu dan puzzle.. Last sekali Achu Qiqi dan Achu Khairul sampai bawa hadiah bag sekolah Smiggle lagi dari AtokOpah.


Dua minggu sebelum, anak-anak dah dapat banyak toys dari Achu Qiqi dan Achu Khairul diaorang. Sorang satu plastik sampah besar, so boleh imagine tak banyak mana dua beradik ni dapat toys?? Bertambah pening Mama Baba nak kemas toys dua beradik ni.


HAPPY BIRTHDAY BUAH HATI PERTAMA MAMA. WALAUPUN KAKAK SELALU KENA MARAH SEBAB SUKA CARI PASAL DENGAN NIYAZ, KADANG-KADANG TAKNAK DENGAR CAKAP. MAMA TETAP SAYANG KAKAK HINGGA AKHIR HAYAT MAMA.


  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. wooooo banyak gile hadiah tu... Pape pun epi bedey utk budak tecik comey tu..

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah Qaseh. Acik doa kan semoga qaseh sihat dan berjaya. Wah banyak dpt hadiah. Bestnya.

    ReplyDelete
  3. ololo.. happy birthday cute girl :D

    ReplyDelete
  4. banyaknya hadiah! happy birthday feyyy

    ReplyDelete
  5. semoga menjadi anak solehah.. berjaya dalam akademik.. :)

    ReplyDelete
  6. wahhh...seronoknya dpt byk mainan.. happy belated birthday ya...

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Qaseh semoga jadi anak solehah

    ReplyDelete
  8. seronok la bebudak tu ye..bila tiba bessday mmg bebudak la seronok kan

    ReplyDelete
  9. meriah hadiah..happy birthday kakak qaseh..moga membesar jadi anak yg baik & mendengar kata & cemerlang dlm pelajaran..

    ReplyDelete
  10. Bila tengok gambar adik birthday girl yang over tu, macam anak saya, yang si abang yg selalu macam tu, asal sambut birthday orang, dialah yang lebih-lebih macam tu birthday dia pulak...

    Anyway... happy birthday fey qaseh nausheen

    ReplyDelete
  11. Happy birthday Qaseh... untung la adik pun dapat hadiah sampai penuh plastik sampah

    ReplyDelete
  12. Banyak hadiah harijadi anak-anak you dapat. Mereka mesti sangat gembira.

    ReplyDelete