KULIT SIHAT DAN SEGAR DENGAN REAL FRESH SKIN DETOXER BY ALTHEA

By Mrs Liez - 4:46 PM



KULIT SIHAT DAN SEGAR DENGAN REAL FRESH SKIN DETOXER BY ALTHEA  | hai korang. Liez nak tanya, apakah antara cara untuk memastikan kulit wajah kita sentiasa bersih dan segar? Mesti salah satunya dengan menggunakan mask kan? Tak kira bagi yang kulit berminyak, kulit normal, kulit bermasalah memang digalakkan untuk pakai mask 2 ke 3 kali seminggu. Mask pun ada jenis nya yang sesuai dengan kulit. Ada dari krim, lumpur, gel dan dalam bentuk kepingan.

Memakai mask yang bersesuaian boleh membantu kulit kita untuk bernafas kerana kekotoran yang melekat tu boleh ditanggalkan dengan cara penggunaan yang konsisten. Selain membantu menganjalkan, melembutkan, memcerahkan, memgurangkan garis penuaan, mengecilkan pori-pori kulit. Liez juga ada menggunakan mask paling kurang 2 kali seminggu untuk mengurangkan masalah kulit berminyakdan pori-pori besar.

Althea Korea telah mengeluarkan satu mask yang dibuat khusus untuk mereka yang mementingkan penggunaan produk dari sumber-sumber semulajadi dan mudah digunakan. Mereka memperkenalkan Real Fresh Skin Detoxer by Althea - 10 second wash off mask. Liez dah mencuba dan diantara orang yang terawal menggunakan sebelum dilancarkan di website Althea tau. kembang hidung kejap ~


REAL FRESH SKIN DETOXER BY ALTHEA - ROSE

  • mengandungi 100% dari kelopak bunga Rose May yang dipetik dengan tangan setahun sekali di bulan May yang hanya tumbuh di Grasse, Perancis
  • ia juga mengandungi estrak kelapa yang membantu dari keresanggan dan memiliki buih-buih lembut
  • memberikan kesan yang optimum walau hanya dalam pemakaian 10 saat sahaja.


Kelebihan :

  • Rose May dapat membantu mengimbangi PH kulit 5 kali lebih berkesan dari rose biasa
  • membantu melembabkan dan memberikan seri pada kulit dari mawar yang mengandungi mineral yang tinggi
  • membantu membersihkan kulit, menlancarkan peredaran darah, juga memastikankulit segar,cerah dan lembut

REAL FRESH SKIN DETOXER BY ALTHEA - GREEN TEA
  • antara bahan yang digunakan ialah pucuk daun teh hijau yang pertama tumbuh dari kebun teh Jeju. 100% bahan semulajadi untuk melegakan dan mengatasi kulit sensitif.
  • ia juga mengandungi estrak kelapa yang membantu dari keresanggan dan memiliki buih-buih lembut
  • memberikan kesan yang optimum walau hanya dalam pemakaian 10 saat sahaja.

Kelebihan :
  • mengandungi kepingan pucuk daun teh yang berkhasiat dalam memberi kebersihan dan menegangkan kulit.
  • mengandungi banyak Catechin yang merupakan 5 kali lebih banyak dari buah lemonyang dapat mmelindungi dari sinar UV dengan lebih berkesan.
  • membantu melegakan ketegangan kulit, mengawal sebum dan memberihkan dari kotoran
~ haaa..baca tak apa kelebihannya? Liez dah cuba kedua-duanya dan Liez dapat rasa yang kulit Liez segar dan bersih. Serius tau memang best. Patutlah kulit orang korea cantik-cantik sebab diaorang menggunakan produk terbaik sahaja.

CARA PENGGUNAAN SKIN FRESH DETOXER BY ALTHEA
1. Picitkan jumlah mask mengikut keperluan dan sapu pada wajah
2. Biarkan selama 10 saat
3. Ambil sedikit air dan gosok permukaan kulit secara membulat
4. Basuh dan bilas dengan air
5. Keringkan dengan tuala dan rasakan perbezaannya

Korang nak cuba sendiri tak Real Fresh Skin Detoxer ni? 
Boleh usha >> https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
Hanya RM77/set atau RM43/satu. Mur mur je tau,lebih berbaloi beli set tau..Boleh guna siang dan malam.

Nak tahu lebih lagi tentang produk-produk ini, korang boleh dapatkan seperti dibawah:

Website:

Facebook:

Instagram:

  • Share:

You Might Also Like

28 comments

  1. Wahhh...makin berseri la Liez... Boleh jugak lah LeYa nak try pakai detoxer ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pakai brand ni lagi. Berminat nak cuba bahan yang ada rose tu. So far lotion, scrub dan mandian ada rose. Kena try yg rose Althea ni pulak la.

    ReplyDelete
  3. bagus produk althea ni . ada bahan2 semulajadi yang freshkan kulit wajah . bagusnya . :)

    ReplyDelete
  4. Patutla kulit liez gebu & anjal.. pakai produk althea rupanya.. nak try juga la.. thanks atas info

    ReplyDelete
  5. Ramai pakai detox ni.. nk cuba la.. dh mula terminat nk cuba

    ReplyDelete
  6. Dua2 produk baru Althea , Real Skin Detoxer dah jadi favorite Lia . Kalau habis lepas ni memang nak repeat lagi .

    ReplyDelete
  7. dah tahu dah rahsia kulit berseri akak.. nanti qis nak beli dua2 ni.. nampak macam best pakai

    ReplyDelete
  8. Patutlah wajah berseri dan mulus. Ini rupanya rahsia kejelitaan kak liez. Mmg nmpk ramai bg review positif detox nie. Teringin nk cuba

    ReplyDelete
  9. Ramai blogger review produk ni dan dapat juga sample free dari pengeluar. Kalau bagus mesti akan dapat hasil baik

    ReplyDelete
  10. Best kannnn. Emi pun ada gak althea detoxer ni. Emi paling suka yg color hijau tu

    ReplyDelete
  11. Detoxer, menarik bila dengar. Sebab muka ni memang hari2 terdedah dengan habuk..hari2 ride pergi kerja

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Yang ni yang 10 saat je tu kan? Cepat betul 10 saat ja. Syira suka la yg green tea tu

    ReplyDelete
  13. nampaknya dah ramai yang mula pakai produk althea.. boleh la lawan kbeauty nanti

    ReplyDelete
  14. Hello Althea angels. We geng le. Ika sukakan Green tea. Walaupun bau lebih kuat dari rose , masa gosok dimuka keluar kotoran di muka Ika. Memang seminggu 3 kali Ika pakai.

    ReplyDelete
  15. Untunglah dapat produk free orang beri kan. Hari hari semangat nak cuci muka sebab wangi. Gosok gosok muka bagi cantik

    ReplyDelete
  16. Boleh lah sis liez rajinkan diri dan cuci muka hari hari. Rasa lebih segar dengan produk yang di gunakan

    ReplyDelete
  17. Membaca kelebihan tu pun rasa macam wow.. Patutlah makin cun kak liez

    ReplyDelete
  18. Dah cuba green tea tu! Memang lepas pakai rasa fresh dan best je. Sesuai sangat kalau ada muka sembap.

    ReplyDelete
  19. Byk feedback bagus psl produk ni. Kena cuba la.. produm althea mmg cik en pon pakai. Cuma scrub ni je x try lagi. Nnti nk order fixer cream boleh order sekali

    ReplyDelete
  20. REAL FRESH SKIN DETOXER BY ALTHEA ini bagus sekali di guna untuk perawatan kulit kita. Selain simple juga sangat baik krn bahan dasar yg diguna alami. Semoga kulit kita makin kinclong dengan produk althea

    ReplyDelete
  21. Kalau sesuai dgn kulit Wajah Tu dah Kira oklah...kdg2 tkt nk Cuba yg lain tkt xserasi dgn kulit Kita.

    ReplyDelete
  22. Nampak memang menarik , produk-produk dari althea ni memang tak pernah mengecewakan. ramai kawan-kawan guna dari brand ni

    ReplyDelete
  23. makin berseri seri lah muka akak lepas ni ;)

    ReplyDelete
  24. yeahhh kinah pun dah cuba dua-dua ni kak liez. Memang best sangat. Kinah paling suka rose bau dia wangi sangat. Walaupun dah cuci bau dia still ada lagi

    ReplyDelete
  25. Macam best ja produk dari Althea nie Liez. Anak dara Kak Sue pun ada guna produk dari Korea, tapi brand lain..

    ReplyDelete
  26. dulu jrg sgt pkai mask. skrg sejak ada ni kulit pon lebih elok dr dulu

    ReplyDelete
  27. Salah satu produk favorite ana. Suka sgt sebab kulit rasa lembap je lepas tu.

    ReplyDelete
  28. hi geng althea angel..kita pun nk kembang kempis idung gak ni sbb yg terawal cuba real fresh skin detoxer ni..hehe

    ReplyDelete