RESEPI AYAM GORENG KOREA SEDAP HINGGA MENJILAT JARI


RESEPI AYAM GORENG KOREA SEDAP HINGGA MENJILAT JARI | Assalamualaikum. Hai korang. Siapa peminat makanan korea atau teringin sangat nak makan makanan korea terutama ayam goreng korea tu? Liez tahu ramai yang suka makanan korea ni tapi biasa lah nak pergi makan di restoran, mahal atau nak kerestoran tu jauh dari rumah. Macam Liez, teringin sangat nak rasa ayam goreng korea yang viral sekarang. Alaaaa~ yang famous sekarang ayam di gulung dengan cheese cair tu. Liez seorang je yang teringin, En. Suami Liez memang tak heran bab makan ni sebab dia jaga badan.

Kalau yang follow Facebook Liez mesti tau, Liez ada update pasal makanan korea yang dipesan oleh MIL Liez. MIL memang suka makanan korea, cerita korea tau. So Liez terjebak sama la hihihi~ sempat paw sikit makanan tu antaranya Gochujang dan Gochukoru. Semua bahan makanan korea tu Liez beli dengan agen Ommasan yang kebetulan stay di kondo Liez. Memang mengundang la kan. Senangla MIL dapat stock nanti.

Semalam Liez ke Giant Batu Caves dan ternampak kepak ayam. Terus datang semangat nak cuba buat ayam goreng korea tu. Terus sambar la 1 pek kepak ayam ada dalam 4 ketul. Proses bermula bila anak-anak tengah tido waktu tengahari. So senang la nak buat tanpa gangguan kan!

Bahan untuk diperap~
4 ketul kepak ayam (basuh dan toskan)
2 ulas bawang putih(dicincang)
serbuk lada hitam
garam
tepung jagung (untuk disalut)

Cara penyediaan:
* nota: ayam akan digoreng dua kali untuk memberikan keranggupan.
> kepak ayam tadi di perap dengan semua bahan kecuali tepung jagung dalam 30 minit.
> salut kepak ayam tadi satu persatu dengan tepung jagung.
> panaskan minyak dan goreng selama 10 minit.bila nampak hendak kekuningan boleh angkat dulu. Kemudian goreng baki ayam yang ada. Proses yang sama dan angkat.
> bersihkan minyak tadi dari tepung-tepung gorengan awal tadi.masukkan semula ayam yang digoreng pertama tadi. selepas 5- 10 minit baru masukkan ayam baki gorengan kedua tu. Masak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan untuk sos~
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan Gochujang
1 sudu makan cuka apple
1  sudu makan soy sauce
2 sudu madu
2 sudu air panas
biji bijan (disangai)
garam

Cara penyediaan:
> tumis bawang putih dengan sedikit minyak
> bila bawang agak hendak garing,masukkan gochujang dan air panas.
> kemudian masukkan cuka apple, soy sauce, madu dan garam.
> bila campuran bebuih, tutup api dan masukkan ayam tadi. Gaul biar semula disalut sos. tabur kan bijan dan hidangkan.



Nota:
1. kuantiti sos ikut selera masing-masing. Sukatan yang Liez bagi sesuai untuk 4 ketul kepak ayam.
2. sos tidak begitu pedas,jika nak lagi pedas boleh letak Gochukoru.

Kali pertama rasa memang sedap tau.. Ayamnya ranggup walaupun disalut dengan sos tu.. krup krap krup krap guysss!!! kena cuba k.

Post a Comment

12 Comments

  1. Uii sedap tu kak liez. Semua bahan senang nak cari cuma Gochukoru macam payah kan je nak cari. Gochukoru tu sos apa ye kak?

    ReplyDelete
  2. best kan makan ayam korea ni! Dah lama tak buat menu ni :D

    ReplyDelete
  3. senang je kan nanti nak cuba la. Thanks Liez kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je ni kena save resepi ni nanti nak try laaa.. Thank you kak liez

    ReplyDelete
  5. adoi senang ja nak buat. haha. tapi kekangan masa dan pengorbanan diri nak buat tu la. hahahaahaha. sudah nya order kat korean food delivery ja :P

    ReplyDelete
  6. sedapnya... nanti boleh cuba buat ni...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap..SA plak jenis suka mencuba..boleh la buat nanti ni...

    ReplyDelete
  8. Resepi ayam goreng korea ni mudah je tapi Gochujang dan Gochukoru tu mana nak beli kak?

    ReplyDelete
  9. Dah makan sekali masa kat rumah nenek. Memang sedap. Thank you share resipi. Nanti nak try

    ReplyDelete
  10. Dah lama x buat.. Tengok post ni. Emmmm lapoooooo... Tempting sungguh

    ReplyDelete