Warkah Untuk Isteri - 1st Anniversary

Assalamualaikum
sudah genap setahun kami berkahwin...masih ingat lagi pada waktu ini tarikh yang sama tetapi hari jumaat ( 08-10-10 ) aku telah melafaskan akadku....Alhamdulillah setelah berkawan hampir empat tahun sebelas bulan ( 06-11-05 ) aku telah menjadi suami yang sah kepada si isteri dengan sekali lafaz...Syukur Alhamdulillah...Kehidupanku bersama isteri tercinta bertukar sama sekali selepas ijab kabul...Pada awal kehidupan biasa sahaja yerlaa tengah mood honeymoon laa katakan...Hari berganti hari kehidupan kami bertambah cool tetapi alhamdulillah dugaan yang datang syukur boleh kami atasi dengan table talk, pillow talk or dinner talk...Itulah pendekatan yang kami lakukan dalam menguruskan hal rumahtangga kami...Aku tidak kata yang aku pandai dalam segala hal tetapi apa yang kami praktikkan kebanyakkannya dari pengalaman dari orang lain, banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu, banyak bersabar dengan kerenah masing-masing dan etc...Alhamdulillah berkat doa kami dugaan yang dihadapi tue berjaya kami atasi...Diawal perkahwinan ini, kewangan aku bersama isteri masih tidak lagi stabil tetapi kami cuba sedaya upaya untuk tidak berboros semasa hidup bujang dulu...Alhamdulillah rezeki kami murah, aku telah mendapat kerja yang baru dengan tugasan yang lebih banyak lagi dan isteriku pula kerjanya semakin hari semakin bertambah dengan monthly sales targetnya dapat achieved...Dengan perkembangan ini, kewangan kami sedikit demi sedikit berjaya kami atasi dan dalam masa yang sama kami juga telah membeli tempat kediaman dan jentera tunggangan...Dua perkara yang kami fikir penting yang perlu ada bagi pasangan yang baru berkahwin...rumah dan kereta...Aku berharap kehidupan kami selepas ini akan diberkati oleh-NYA dengan penuh kasih sayang dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah secepat yang mungkin...AMIN...Yerlah zuriat nie adalah ANUGERAH dari ALLAH bukannya hadiah...betulkan?...Agar perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhir hayat kami dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang diberkati oleh NYA dunia dan akhirat...AMIN

Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapa kami dan keluarga kami, berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka, murahkanlah rezeki mereka, lindungilah mereka daripada gejala yang tidak diingini berlaku, berkatilah kehidupan mereka dengan penuh kasih sayang...Amin

Ya Allah, ampunkanlah dosa ku dan isteriku, murahkanlaa rezeki kami sesungguhnya kami bersyukur dengan limpah rahmat mu Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami agar akidah kami tidak terpesong, Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada kami agar dapat kami beribadah kepadamu Ya Allah, hilangkanlah sifat keji, syak wasangka dan iri hati yang terdapat dalam diri kami, Ya Allah, berkatilah kehidupan kami dengan penuh kasih sayang dan kurniaan zuriat yang soleh dan solehah...Ya Allah ya tuhanku, aku bersujud dan berdoa kepada-Mu agar kurniakanlah kami anak-anak dari darah daging kami yang soleh dan solehah yang diberkati oleh-Mu dunia dan akhirat secepat yang mungkin, sesungguhnya aku tidak mampu menahan kesedihan yang dialami oleh isteriku, Ya Allah, aku berdoa kepada mu agar berikanlah peluang kepada aku dan isteriku untuk menjadi ibu-bapa yang mithali dalam mendidik anak-anak kami jalan ke arah-Mu Ya Allah...Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau perkenankanlah doa hamba-Mu yang hina ini, susungguhnya hanya Engkau yang aku Sembah dan Sujud, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengasihani, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuasa dan Maha Besar...Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya Engaku yang tahu akan isi hati kami...hanya pada-Mu kami bertawakkal dan berdoa...AMIN...


Yang Masih Bernafas
Afey.

Post a Comment

1 Comments

  1. HAppy Anniversary to Bro. fey & Lieza, Semoga ikatan perkahwinan kalian kekal abadi bahagianya hingga ke akhir hayat. Mendoakan juga kalian dianugerahkan baby2 yang tomey & soleh n solehah. May ALLAH SWT bless both of u...

    ReplyDelete