Al-Fatihah buat sahabat ku Aldy Hasmi



Masih sukar untuk aku melupakan kenangan bersama kita suatu masa dahulu.. Usik dan gelak tawamu masih terngiang-ngiang difikiranku..

Tidak ku sangka, ketika menjengah facebook dan aku terbaca bahawa dirimu sudah tidak bernyawa dibumi Allah swt.. Betapa luluhnya dan sayunya hati ku ini mendapat khabaran itu.

Aku hanya mampu menitiskan air mata dan menenangkan hati untuk menerima kenyataan ini wahai sahabatku.

Tak dapat ku jelaskan hingga ke hari ini betapa hati ku sayu bila mengenangkan dirimu dan kenangan kita suatu masa dahulu. Dari saat kita berkenalan di laman chatting, bersua muka , berkawan dan menjadi sahabat yang tak mungkin dapat ku cari ganti..

Walaupun kita tidak selalu berhubungan tetapi aku dapat merasakan persahabatan kita ini sangat ikhlas dan indah.. Dikau banyak membantu diriku, banyak menasihati aku, menemani aku dan gelak tawan gurau senda mu selalu menceriakan hari ku..

Kini......
Dikau telah dijemput Illahi tanpa aku duga... Tragedi yang menimpa dikau sangat sukar ku terima.. Berulang kali aku meneliti keratan akhbar dan ucapan takziah sahabat-sahabat mu di Facebook. Aku masih tidak percaya..

Wahai sahabatku Aldy Hasmi, kehilangan mu adalah satu kehilangan bagi diriku.. Kau telah ku anggap seperti abangku. Dan tiada orang yang boleh menggantikan dirimu..

Semoga dikau bahagia disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah....


Aldy Hasmi
Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments