Sahabat Media MMSOS Ke Gua Damai Extreme Park | Assalamualaikum semua. Kali ini Liez nak kongsikan satu program yang Liez sertai bulan lepas dengan team MMSOS. Ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh MMSOS bersama sahabat media yang bertempat di Gua Damai Extreme Park Batu Caves, Selangor.
Apa itu Panic Button MMSOS? Aplikasi Bantuan Kecemasan Pantas
Program Sahabat media MMSOS ini adalah salah satu inisiatif untuk memberikan lebih pendekatan kepada keperluan dan aplikasi Panic Button MMSOS tidak kira dimana dan bila masa sahaja pengguna berada.
Sahabat Media MMSOS Ke Gua Damai Extreme Park | Pengalaman Beraktiviti Lasak |
Selain itu, objektif lain program Sahabat Media MMSOS diadakan ialah:
- Membina jati diri para peserta disamping meningkatkan kualiti kerja
- Meningkatkan kemahiran asas kepimpinan dan keyakinan peserta
- Menanam sikappeka terhadap peranan individu dalam komuniti atau organisasi
- membeerikan pendedahan dalamaspek kemahiran berkomunikasi dan kemahiran interpersonal
- mengetahui keperluan asas dalam aspek nilai tambah kemahiran individu
- memupuk sikap bekerjasama dikalangan rakan sekerja dan masyarakat
- memberikan pendedahan terhadapcara menyelesaikan masalah
- peserta dapat bersuai kenal dengan lebih rapat diantara satu sama lain dari segi komunikasi, kepimpinan, mengatur strategi dan bekerjasama dalam satu pasukan.
- peserta berpeluang mengenali kebolehan dan kelebihan diri sendiri dalam menghadapi cabaran.
Sahabat Media MMSOS Ke Gua Damai Extreme Park | Pengalaman Beraktiviti Lasak |
Selain itu, program Shabat media MMSOS ini sangat berfaedah untuk para peserta menonjolkan sifat kepimpinan, gaya pengurusan, pengurusan masa dan kerja berpasukan. Ia juga mewujudkan semangat setiakawan dalam menghadapi masalah dan rintangan yang ditempuh sepanjang aktiviti di Gua Damai ini.
PENGALAMAN MENJELAJAH GUA DAN TREKKING | Teruja dan berjaya ditempuhi
Cabaran yang telah diatur dalam program ini adalah peserta akan menjalankan aktiviti jelajah gua (caving) dan trekking. Ini adalah pertama kali Liez mencuba sesuatu yang mencabar diri Liez bersama dengan rakan-rakan yang lain di Gua Damai Extreme Park.
Sahabat Media MMSOS Ke Gua Damai Extreme Park | Pengalaman Beraktiviti Lasak |
Perasaan agak gentar dan tidak yakin di awalnya sebab memandangkan Liez tidak membuat sebarang persiapan dari segi fikizal dan mental sebelum menyertai acara ini. Dalam rasa tidak yakin, tapi hati Liez tetap berbisik untuk mencuba aktiviti ni. Kalau difikirkan balik, kalau Liez sahaja nak mencuba aktiviti macam ini seorang diri memang takkan berlaku, kan?? Jadi ini adalah peluang untuk Liez dan juga peserta lain untuk merasai cabaran ini. Sejujurnya Liez bukan seorang yang phobia pada gelap atau tempat yang sempit, jadi ini yang buat Liez nak cuba.
Bermula dengan menjelajahi gua yang sempit dan gelap. Uisshhh, agak-agak dengan badan Liez yang comel ini lepas ke untuk masuk ke celah-celah batuan gua tu? Memasuki dua gua di antara tujuh gua yang ada disitu pada awalnya mudah walaupun terpaksa memanjat batu dan mendaki tangga yang kecil. Kemudian terpaksa meniarap dan mengesot untuk memasuki ruang gua yang kecil dan unik memang buat Liez bangga dengan diri Liez sendiri. Alhamdulillah, Liez berjaya tempuhi untuk memasuki ruang gua yang sempit.
Keluar dari gua dengan memanjat tangga kecil yang tegak untuk meneruskan aktiviti trekking. Yang ini Liez dah pernah buat walaupun laluan trekking yang pendek. Tapi kali ini laluan trekking untuk sampai ke tempat berkumpul mengambil masa satu jam. Mencabar sangat dengan laluan yang curam dan licin. Ada sahaja rakan-rakan lain dan Liez sendiri mengalami masalah tergelincir dan jatuh. Belum lagi kena memanjat batu-batu yang tajam dan jauh langkahannya. Nasib ada rakan-rakan yang sanggup memberi bantuan.
Sebenarnya sepanjang beraktiviti lasak di Gua Damai Extreme Park ini, korang tak perlu risau kerana akan ada orang yang berpengalaman ditugaskan untuk mengawal pergerakkan dan keselamatan di sana. Mereka adalah yang terlatih dalam semua aktiviti di Gua Damai Extreme Park ini.
Sahabat Media MMSOS Ke Gua Damai Extreme Park | Pengalaman Beraktiviti Lasak |
Akhir kata, Liez boleh katakan program Sahabat Media MMSOS di Gua Damai Extreme Park ini berjaya mendapat sokongan dari pihat media dan juga peserta-peserta dari MMSOS sendiri.Program yang berjaya mendidik dan memberikan semangat kepada peserta juga kepentingan menjaga keselamatan diantara satu sama lain. Liez berharap agar pihak MM Synergy Sdn Bhd dapat meneruskan program begini untuk masa akan datang.
Bagi yang ingin mencuba aktivitidi Gua Damai boleh dapatkan maklumat lanjut seperti dibawah:
Gua Damai Extreme Park
Kampung Melayu Wira Damai,
Batu Caves Selangor
Waktu operasi:
Isnin - Ahad
9.00pagi - 6.00 petang
23 Comments
bestnya, dah lama tak buat aktiviti lasak camnii..
ReplyDeleteSeronok sesekali buat aktiviti lasak begini kan, husniey last rasanya zaman belajar dulu kot. Rinduuu.. Baguss aktiviti macam ni mendidik banyak benda
ReplyDeleteBestnyaa! Kita dah lama x masuk gua. Last masuk Gua Tempurung masa zaman sekolah lol. Masuk Gua Kelam lalu path tu tak kira la kan. Hehe
ReplyDeleteVery interesting. I like extreme activities but nowadays no time for that. Need to find some time and go do these activities soon.
ReplyDeletewah ramai juga ya yang join .selalu nampak blogger share psal mmsos tapi ni baru tau dengan jelas. tq sis sebab share info ni! berguna sangat !
ReplyDeleteAktiviti sebegini memang best kalau buat as aktiviti dalam kumpulan untuk team building. Boleh la nak suggest kat boss untuk next event.
ReplyDeleteDah lama tak buat aktiviti lasak macam ni. Cx a bit afraid la ntk try semua ni tapi pernah je try . Last time masa study dulu. Bagus MMSOS ni buat aktiviti mcm ni dgn rakan media. Dapat bantu banyak benda, menerapkan sifat kerjasama amtara pasukan dan meningkatkan jati diri juga keyakinan. Terbaik
ReplyDeleteseems like a fun and thrilling place! i bet it would be very suitable for teambuilding or some bonding trip for companies or even clubs and society from university.
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Nice to become a member of MMSOS kan. dapat free trip is so nice la. it looks like you have enjoyed yourselves there a lot. yay!
ReplyDeleteSeronoknya ad aktiviti lasak mcam ni. Boleh aktifkan badan yang lesu setelah penat berkerja. Nak try juga lah kesini. Nk try. Mcm best. huhuhu
ReplyDeleteBestnya beraktiviti lasak mcm ni...
ReplyDeleteKalau dulu time U rajin la join. Dah jadi mak org ni terhad skit. Seronok tengok liez join activity ni
Amboiii sakam seronok p trekking erk. Azni ni hahaha kalau tak terpaksa mmg malas nak trekking. Tp bila ramai2 mcm nj enjoy lahkan
ReplyDeleteSeronoknya pergi ramai ramai dan buat aktiviti lasak macam ni. Mesti havoc dan kecoh sakan kan. Enjoy je tengok korang semua.
ReplyDeleteBestnya dapat join aktiviti macam ni, cuma sis ni dah tak boleh nak lasak2..nanti ada je lah sakit sana sakit sini..hehehe.
ReplyDeleteBagus ya MMSOS adakan aktiviti cam ni..syiok je tgok uoll
nampak meriah dan aktif geng mmsos...apatah ada aktiviti adventure macam ni mengukuhkan lagi ikatan silaturahim sesama mereka...
ReplyDeletewah seronoknya dapat join aktiviti adventure macam ni.. kita suka panjat gunung tapi panjat gua tu belum lagi.. teringin nak mencuba sebab perlukan semangat yang kental utk lalu laluan sempit dalam tu kan.. bgus la MMSOS ni buat aktiviti cmni, mengajar kita utk kawal diri kat sini dan mengeratkan hubungan sesama sendiri,,
ReplyDeleteBila lah I ada masa untuk pergi join sendiri aktiviti adventure macam ni.. teringin memandangkan anak anak i pun dah start membesar I ingat nak juga expose dekat mereka macam ni.. bagus bukan setakat seronok tapi dapat bertemu dengan orang ramai tu yang best kan
ReplyDeleteDah lama tak join aktiviti lasak camni. Rasa badan ni kurang bertenaga. Hehe. Teringin jugak nak pegi tempat camni. Dapat rehatkan minda, relax, team building dan,dapat energy baru. Badan sihat.
ReplyDeleteBagus program macam ni kan,dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama blogger dan paling best adalah caving 😊
ReplyDeleteBagusnya aktiviti adventure macam ni. Sesekali join cabar diri sendiri ok gak. Kalau diberi peluang nk jugak ikut. Moga aktiviti seperti ni dapat dikembangkan lagi dan menarik ramai orang untuk menyertainya
ReplyDeletewah aktiviti yg sihat..
ReplyDeletewahh untung dapat join aktiviti ekstrem macam ni dengan mmsos....so far dekat jer kan gua damai ni..tak sangka kat situ boleh buat banyak aktiviti mencabar ...nanti nak pergi cuba jugak teroka gua damai...
ReplyDeleteAktiviti yang menarik.. Sha tak pernah lagi buat aktiviti jelajah gua nie..
ReplyDelete