Doctor tue datang rupanya untuk check bukaan.... Huwaaaaaaaa malu makkkk !!!
Sekali dia seluk.. Uiisshhhh sakit giler huhuhu
Doctor kata dah bukak 5cm dan dia yang pecahkan air ketuban ku
Rasa panas bila air ketuban pecah. Dan tak rasa sakit.
So lepas je doctor blah, nurse dah bagi 1st induce. Tak rasa ape-ape pun lagi. Then datang serombongan doctor wanita masuk dalam labor room. Diaorg nak advice.
Doc: So puan ada rasa sakit sekarang?
Aku: Takde rasa ape-ape
Doc: Ok, kami nak advice puan nak ambik epidural ke?
Aku: (Dengan selamba dan riak) Taknak la, terima kasih
Doc: (Sambil senyum) Amboi confident nya. Nanti kita akan bagi 2nd induce lagi sakit ye.
Bila bukaan dah buka 7cm kita dah tak boleh bagi epidural pada puan.
Jadi puan kena decide.
Aku: Saya yakin saya tak nak
Doc: Ok takpe.. Selamat ye puan
Haaaaa..nampak tak diaorg nie saje je kan nak tawar menawar nie.. Aku memang dah nekad tak nak ambik epidural. Bila dengar benda negative je pasal kesan epidural nie. Nak rasa sendiri sakitnya bersalin. Insya allah semua akan selamat.
Opps lupa pulak nak cerita pasal air selusuh. Actually aku ader air selusuh yang dibuat oleh Achik My dearie kat Ipoh. So nak jadi cerita, masa 4hb malam mak ader pesan suruh minum air selusuh sikit. Minum senyap-senyap..hihihi Bukan ape tau, sebab ader notice tidak dibenarkan bawa atau minum air selusuh atau air jampi di hospital. Hahaha pelik kan
Padahal air je. So aku ape lg malam tue sebelum tidur minum air selusuh sikit.
Masa dalam labor room, nurse ader tanya aku ader air selusuh ke. Aku cakap la ader.Dia pesan suruh Dearie aku bawak bila nak masuk nanti.. So aku ingat dia nak bg aku minum.Tapi bila Dearie aku bawak botol air selusuh, dia biarkan air tue kat atas meja dengan penutup dibuka. So aku macam pelik sikit kenapa dia beriya tanya pasal air selusuh tp tak bagi aku minum pun.
Lepas doctor keluar bilik, Dearie aku sampai. Dalam masa tue, nurse akan masuk kan tiub untuk keluar kan air kencing. Memang senang tapi ader sekali punya banyak air kencing sampai tilam lencun. huhhhhhh lega dapat buang air.
Kemudian nurse bagi 2nd induce. Katanya akan sakit. That time dah pukul 12 la. Haaaaa this time setiap 3-5 minit dah mula contraction. Sakitnya tak boleh nak di describe la. Sebab induce cucuk belah kiri, sakit tu tangkap ke pinggang kiri sahaja. Waktu nie aku dah macam meronta tak hinggat. Even maybe sakit tangan my Dearie aku ramas. Sampai ader satu ketika aku rasa aku ader sebut nak epidural sebab sakit yang teramat sangat. Memang sakit la.
Dalam masa tue nurse akan akan check bukaan.. Dalam pukul 1.00 petang aku dah mula rasa macam nak berak. Rupa-rupanya memang rasa macam nak meneran buang air besorrr.
That time doctor dah ader. Bagus doctornya sebab dia bagi kata - kata semangat. Tak lupa jugak My Dearie yang tak putus putus bagi kata-kata semangat untuk aku push.Masa push tue memang sakit la. Nafas pendek so ader la beberapa kali meneram dan alhamdulillah lahir lah permata hati kami yang di tunggu -tunggu setelah hampir 3 tahun berkahwin.
Indah nya perasan bila dapat melihat si kecil manis yang diletak kan di atas dada ku. Subhanallah .... tak boleh nak di ucap dengan kata-kata. Lagi si kecil manis tue dah membuka matanya seperti melihat aku. Ya Allah memang tak boleh nak di ucapkan, semua perasaan bercampur aduk.
Sikecil manis berusia 5 jam |
Ketika berusia 10 jam |
0 Comments