Petua nie aku dapat hasil dari google jugak.
Seminggu sebelum Paksu Qaseh nak bernikah di Johor,
Qaseh dah start demam, batuk dan selesema.
Orang-orang tua cakap sebab nak bertukar bulan,
means umur tue nak masuk setahun ke , 2 bulan ke.
So, bila dah batuk dan selesema confirm malam mesti tidur tak nyenyak.
Asyik batuk je. So kesian pulak dekat anak dara nie, aku terus google la
apa-apa petua yang boleh dilakukan untuk mengurangkan batuk dan selsema. Dapat la petua yang selalu orang guna.
Untuk Selsema dan Batuk Bayi
1. Bakar bawang putih (jangan buang kulit) dan lenyek sedikit dengan minyak zaiton. Kemudian sapukan pada dada, belakang dada, tapak kaki dan ubun-ubun. Alhamdulillah, kurang sikit Qaseh batuk dan selsema
2. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah
disagat pada tepi lesung.
3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan
menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi
sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
4. Sediakan sup ayam. Yang nie kita selalu tak perasan. Makanan panas boleh
merawat selesema dan batuk
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya. Atau sapukan minyak telon selepas mandi di ubun-ubun,tapak kaki bayi
selsema selepas mandi
6. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
7. Habbatulsauda pun boleh bagi pada bayi. Makanan sunah lagi kan.
Apabila Bayi Demam
1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi,
celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut. Tapi aku letakkan cuka masak dalam air untuk di tuam atas badan dan dahi.
2. Monitor suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat
pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga
No comments:
Post a Comment