JOM MELANCONG KE SEEGAPORE DENGAN TAWARAN TRAVELOKA PROMO CODE


Hi korang.. pejam celik pejam celik dah makin hampir ke penghujung tahun 2018 kan? Buat kaki jalan-jalan inilah masa yang sesuai dan mesti dah merancang untuk bercuti hujung tahun yang panjang. Buat yang ada anak-anak bersekolah memang masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga. Tunggu anak-anak habis peperiksaan baru tenang nak pergi berjalan kan? Liez pun asyik intai-intai website airlines dan hotel untuk cari kalau-kalau ada promosi best untuk disambar.. Korang dan tahu kemana destinasi yang nak dituju? 

Apa kata korang ke Singapore? Ada banyak tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga lawati. Dari Taman Tema/Taman Air, Senibina unik, Taman Rekreasi, Muzium, Galeri Seni, tempat beriadah dan banyak lagi


Universal Studio Singapore
Credit: https://www.rwsentosa.com
S.E.A Aquarium Singapore
Credit: https://www.rwsentosa.com
Esplanade – Theatres on the Bay
Credit: https://www.esplanade.com
Marina Bay Sands
 Credit: https://www.marinabaysands.com
Singapore juga syurga makanan bagi food lover. Macam-macam jenis makanan yang korang boleh dapat dari makanan tempatan dan barat.
Murtabak Zam Zam
Sup Tulang Merah

Pada yang suka aktiviti lasak dan mencabar, ada banyak lokasi dan tempat yang korang boleh cuba antaranya:
Mega Adventure
Credits: https://www.sentosa.com.sg
Kawat zip paling panjang di Asia Tenggara sepanjang 450m. Pengunjung akanditerbangkan selaju 60k/j melalui hutan dan pantai pulau

Forest Adventure
Credits: https://forestadventure.com.sg
Mempunyai 44 halangan yang berbeza, dari jambatan yang tinggi, kayu gerbang dan jaring yang goyah dari ketinggian 5 hingga 8 meter dari paras tanah

 Indoor Sky Diving
Credits: http://www.iflysingapore.com
iFly adalah simulator skydiving dalaman terbesar di dunia

Rupanya Traveloka dalam promosi menawarkan "SEEngapore - For a roaring good time!" untuk yang merancang untuk ke Singapore. Tawaran yang diberikan sangat menarik dan rugi kalau korang tak grab. Penjimatan dari tiket penerbangan dan juga diskaun untuk penginapan. Jadi,jangan lepaskan peluang untuk ke Seengapore dengan Traveloka Promo code

Traveloka adalah pakar dalam menyediakan perkhidmatan untuk percutian yang boleh korang percayai dan yang lagi penting ada banyak diskaun yang korang boleh dapat. Lagi seronok sebab korang tak perlu ke website lain untuk tempahan penerbangan dan hotel secara berasingkan kerana di Traveloka korang boleh buat semuanya. Kiranya Traveloka "one-stop travel app" yang memudahkan proses pembelian tiket penerbangan dan penginapan korang.

Traveloka ada diskaun hebat sebanyak RM50 flat rate untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia untuk ke Singapore melalui laman web atau aplikasinya. Hanya korang perlu masukkan kod kupon “GOSG”  semasa proses membuat pembayaran nanti. Liez tunjukkan cara nak buat tempahan tiket penerbangan di Traveloka ye.
Cara tempahan tiket penerbangan


1. Install aplikasi Traveloka terkini di App Store dan App store
  2. Cari dan tempahan penerbangan yang dikehendaki
 3. Buat pembayaran mengikut kaedah yang bersesuaian 
 4. Klik 'Apply' di ruang pembayaran
 5. Masukkan kod kupon GOSG dan klik 'Apply'


6. Dalam masa terdekat, e-ticket akan dihantar ke email

Kalau boleh sebelum membuat tempahan tiket penerbangan, persiapkan semua butir-butir peribadi seperti nombor MyKad/MyKid dan pasport. Bukan apa, senang kerja bila semua butiran dah ada. Tidak lah nanti tercari-carikan? Kalau kena yang ramai anak, mana nak ingat atau nak cari semua info diwaktu yang samakan?


Untuk penginapan pula, di Traveloka juga ada tawaran potongan harga bagi tempahan hotel sehingga 20% di Singapore. Woot..woot!! Memang berbaloi sangat dan bagi yang bercuti beramai-ramai memang jimat. Boleh jimat duit penginapan untuk shopping atau makan-makan di Singapore nanti. Jangan risau,nak buat tempahan hotel pun mudah di Traveloka. Liez tunjukkan ye~


Cara membuat tempahan hotel dengan Traveloka
1. Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi atau nama hotel dan tempoh penginapan anda.
2. Pilih hotel dan klik untuk melihat butiran bilik hotel.
3. Pilih jenis bilik dan bilangan bilik yang dikehendaki
4. Isi maklumat dan butiran tetamu. Pastikan semua butiran adalah betul.

5. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda.
Pastikan untuk membayar dalam had masa yang ditetapkan.
6. Email pengesahan bilik akan dihantar ke email.


Syarat-syarat tertakluk seperti dibawah
1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
5. Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa

Korang ada install applikasi Traveloka dalam hp korang? Kalau belum boleh install aplikasi disini. Mudah dan korang boleh buat tempahan bila-bila masa sahaja.


Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Post a Comment

50 Comments

  1. Syoknyaa kalau dapat repeat lagi ke Singapore, nak gi godeh traveloka laa berbaloi tu ada promosi

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnya mega adventure tu! Puas menjerit tinggi cenggitu

    ReplyDelete
  3. jom repeat!...mmg rindu nak ke sana...yukkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori ke singapore tidak pernh padam

      Delete
    2. rindu nak ke Muzaffar Center, teringat nak ke Klaki (Clarke Quay) ke idok haha...dulu mana ada Marina Bay bagaii kan

      Delete
  4. Bestnya.. Tengah ada promo ni kena booking cepat ni sebelum promo tamat.

    ReplyDelete
  5. last p spore 2012...tp pegi USS je tk sempat round2 tmpt menarik kt spore...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom repeat! tak meyesal klau pakai traveloka..ada diakaun lagi

      Delete
  6. terbaek.. belum pernah lagi ke sngapore

    ReplyDelete
  7. pergh dari singapura jadi SEEngapore gitu, hahah menarik ni memang bagus pergi Singapore dengan traveloka at least boleh plan awal awal kan... traveloka ni pun best sebab kadang kadang murah dan berbaloi tapi kena booking awal awal lah sebelum tempoh promo tamat kan heeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi tak grab..lgpun mmg byk tempat awak boleh pergi..nak theme park,adventure,nature pun ada..

      Delete
  8. sedapnya sup tulang merah dengan murtabak zam zam, haruslah search traveloka sekarang gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jln-jalan klau tak makan rugi kan.. sup merah tu terbaik..

      Delete
  9. Assalamualaikum dan selamat pagi sis liez. seegapore? See gapo? Hehe. Negara kecil di bawah semenanjung malaysia ni tak kalah kalau di banding dengan melaka. Banyak tempat menarik di lokasi yang kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. lokasi kecil tapi penuh aktiviti dan tempat naklawat..guna promo traveloka mmg boleh stay byk hari di singapore

      Delete
  10. Insyaallah kalau ada kesempatan dan di beri kelapangan rezeki, nak juga pergi ke negara kecil di bawah malaysia ni. sediakan duit lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tempat boleh pergi dkt singapore..duit tu boleh jimat dengan promo code traveloka

      Delete
  11. Kak liez, ni kan kalau saya tak pregnant ni, dah lama grab opportunity ni nak pergi singapore pakai traveloka punye voucher. Berbaloi kot nak ke sana pakai kupon dieorang. Jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking sekarang boleh pergi bila-bila..lepas pantang g jln2 as gift hihihi

      Delete
  12. Bestnya singapore. Syira tak pernah jejak lagi sana. Inshaallah nanti nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. once kena pergi singapore.. time terbaik bila traveloka bagi promo code

      Delete
  13. Dah lama nak pergi SG tapi belum ada rezeki lagi.Tapi Amni mmg pengguna tegar TRAVELOKA.Sebab banyak kot diskaun boleh dapat dekat traveloka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalnya mcm tula..dkt mmg tak pergi..bila dah jauh baru menyesal hihihi

      Delete
  14. Terasa nak pergi singapore sekarang juga.. lama dah tak pergi sg ni... so many nice places to visit..

    ReplyDelete
  15. Kebetulan pula Rawlins nak melancong ke sana hujung bulan nie sebab nak memborong perfume. Hehe. Memang best bila ada savings dan offers gini, boleh shopping lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowuntung grab traveloka promo code tu..jimat duit utk shopping pulak

      Delete
  16. Memang berbaloi kerana ada savings sebegini kan? Dengan Traveloka, maka dapat lah deal-deal yang memberi banyak potongan untuk kami pergi melancong kat Singapore. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. traveloka tak pernah mengecewakan.. promo dia mmg terbaik

      Delete
  17. Lama kita tak sampai kat Singapore ini teringin sangat nak pergi hehehe tengok lak sekarang ni harga murah dengan Trevaloka memang akan sambar hehehe sapa nak ikut sekali jom...

    ReplyDelete
  18. alamakkkk kena cepat ni.. kalau tak rugi.. dahlah singapore masuk dalam list travel tahun ni... huhu jap lagi neeza buka website traveloka usha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. singaporemmg kena lawati la sbb jiran sebalh je hihihi

      Delete
  19. Nampak juga promosi nie tadi. Kuss semangat !! Rasa mcm nk book jugak skrg. Nk kne tgok tarikh2 ygokay utk terjah SEEngapore nie

    ReplyDelete
  20. wow SEEngapore dengan tawaran terbaru. oct memang ada plan nak ke sana, so boleh lah usha traveloka kan, mana tahu ada lagi diskaun kan

    ReplyDelete
  21. teringin nak bawa famili pergi singapore. tgk harga kat traveloka not bad (still berpattan)..untung beli under traveloka ni kan

    ReplyDelete
  22. rindu lah dengan orchard road...dah lama tak singah singapore ni...

    ReplyDelete
  23. Sis jumaat ni nak masuk s'pore..tapi tak tido sana..balik hari je. Sayang pulak x tido sana..kalau tak dh boleh gunakan traveloka..sure jimat

    ReplyDelete
  24. Tak teringin lagi nak pergi melawat negeri yang kiut kecil ni. Malas sebab kecik sangat, pusing beberapa hari dah habis pusing.

    ReplyDelete
  25. A must go to universal Studio when reach Singapore and the food is good too. At must visit Bugis city. I have been to Singapore more than 5 times.

    ReplyDelete
  26. Bila baca entry ni rasa nak gi Singapore lagi. Banyak lagi tempat menarik kat sana yang x sempat visit. Booking hotel dgn Traveloka mesti berbaloi.

    ReplyDelete
  27. wahhh kawat zip & forest adventure tu bestnyaaaa tengok. teringin nak try hehehe.

    ReplyDelete
  28. Teringin juga Kak Sue nak jalan-jalan ke Singapore. InsyaAllah, satu hari nanti..

    ReplyDelete
  29. Nmpk kecik je singapore ni,kan..tapi byk tmpt2 best..jom kita cuti ke seengapore dengan traveloka...

    ReplyDelete